Sukan Bowling, Aktiviti Santai Paling Dirindu

Sukan bowling antara acara santai paling sis suka. Bukannya, apa, sambil main boleh gelak-gelak bercerita perihal masing-masing. Aktiviti ini sebenarnya lebih kepada mengeratkan tali silaturrahim dengan kawan-kawan.

Entri ini sis tulis hampir 10 tahun lepas ketika kami sama-sama habiskan cuti hujung minggu bermain bowling. Inilah masanya sis keluar tanpa ada anak-anak, jadi kemeriahan lebih berganda. Tak target nak menang pun sekadar isi masa senggang.

Tapi acara begini, agak sukar untuk dilakukan kini, dek pandemik Covid-19 yang masin lagi tinggi. Jadi doa sajalah semoga virus ini segera berlalu pergi.

Isi Hujung MInggu Main Sukan Bowling

Semalam sis sempat menghabiskan hujung minggu dengan seronoknya. Kenapa ye? Sebabnya sis berpeluang bermain sukan bowling bersama teman-teman.

Semua ni kaki bowling.

Opss ini bukan game saja-saja tetapi mewakili rumah sukan pejabat iaitu Blue Team. Walaupun sekejap tetapi bagi sis cukup bermanfaat. Maklum sis pergi seorang (ditemani Yus tanpa kehadiran anak-anak).

Bukannya sis tidak suka anak-anak ada sekali, tetapi lebih menyenangkan kerana tidak perlu fikirkan kehendak mereka (jika ikut sama). Bimbang akan menjejaskan mutu permainan….hehehe.

Artikel Lain: Jadi Bibik Sebenar Tugas Paling Mencabar

Biarpun ketika mahu pergi Adam sibuk bertanya “Mama nak pergi keje ke, Adam tak boleh ikut”. Sis katakan tidak kerana ini bukan kerja tetapi pergi sukan (selalunya jika pergi opis, sis akan bawak budak-budak ni).

Enjoy Tanpa Pikir Anak-Anak

Adam memang gemar menyendeng sis (untuk pergi kemana-mana), tetapi kali ini dia tewas.

Tidak seperti Aqil yang tidak kisah sis pergi mana dan pantang baginya mengikut sis ke pasar. So alasan selalu sis gunakan (tanpa membawanya) “Mama nak pergi pasar ni”. Pasti dia tidak akan ikut.

10 tahun dulu.

Manakala Aiman sis senang tinggalkan dengan pengasuh, biarpun En Abah kata boleh jaga. Sis tak nak susahkan dia dan better pengasuh yang take care of him.

Walaupun enjoy bermain tetapi fikiran sis tetap pada anak-anak. Bagaimana dengan makanan mereka, apa mereka sedang buat dan sebagainya.

Sebenarnya dah lama tak main bowling. Dulu rajin juga bermain dengan jiran-jiran tatkala hujung minggu. Biasanya kami berlawan sesama sendiri dan menikmatinya dengan rasa seronok.

Alhamdulillah berkat teman-teman sepasukan, abang Hamid, abang Halim, en Hasli, Lan, Yus, Zubed, Lili, Nana dan Mek Na, kami berjaya rangkul tempat kedua. Habuannya kami dapat ‘duit gaji’ sebanyak RM58 dan bagi sis sudah memadai.

Sebenarnya sis tidak fikir duit kerana apa yang penting seronok sekali sekala dapat lepaskan diri dari anak-anak.

Artikel Lain: Bantuan Kebajian Bantu Ringan Beban Ibu Tunggal

Sebaik lepas main, saya gegas balik rumah. Biarpun tarikan ‘sale’ di Setia City Mall begitu memanggil-manggil (maklum sis ni kaki shopping), namun ingatan pada Piqa, Adam, Aqil dan Aiman lagi kuat.

Sudahnya setelah berpusing-pusing sekejap di H&M, sis kemudiannya terus balik. Maaf pada member sebelah, Yus kerana terpaksa tinggalkannya.

Ingatan Tetap Pada Mereka

Biarpun seronok bermain, tetapi ingatan tetap pada anak. Lebih-lebih lagi ada teman-teman lain seperti JJ yang bawa suami dan anak. Antara geng paling terror dalam permainan sukan bowling ini.

Berbaloi dapat nombor 2.

 

Sis bayangkan apa yang mereka buat ketika itu. Biarpun kadangkala pening dengan sikap anak-anak yang memang ‘notty’ tetapi mereka menghibur hati.

Sebaik sampai rumah, Adam menyambut saya di muka pintu. Pertanyaannya, “Mama tak beli apa-apa ker?”. Mujur kami bukan sahaja dapat duit poket tetapi juga jajan (makanan ringan).

Memang sis sukakan senyuman manis Adam, tak sabar nak mengusik si demok Aqil (dia selalu marah apabila diusik, menyuruh Piqa buat itu dan ini, dan paling saya rindukan Aiman yang sudah mula dapat kaki.

Bahagia hati sis melihat dia jalan ke sana kemari dan biarpun penat (walaupun hanya main 3 game), sis masih boleh melayani segala pertanyaan anak-anak.

Kenangan mengusik jiwa.

 

Mama Reen – 30/12/2013

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *