Kad Kahwin Nostalgia Klasik Paling Indah

Kad kahwin nostalgia klasik yang sangat indah untuk dikenang. Mana taknya apabila zaman sudah berubah, rasanya tiada lagi penghantaran kad kahwin.

Semuanya kini guna e-card. Senang nak jemput tetamu sebab boleh terus hantar tanpa guna sis pengeposan. Kalau dulu lain, mak ayah kita kena bertandang rumah jiran untuk hulur kad jemput kenduri.

Entri lama yang sis edit balik supaya lebih sedap untuk dibaca. Ketika ini sis masih lagi bergelar mak pengantin dan ilmi menulis mencurah bagai air hujan.

Minggu lepas En Abah menunjukkan sekeping kad pada sis. Sekali imbas seperti kalendar. Tetapi setelah dilihat rupa-rupanya kad jemputan kahwin.

Sisa cukup teruja untuk lihat siapa pengirimnya. Siapa sangka jemputan itu dari jiran kami di BP ini. Bayangkan hampir 8 tahun mendiami kejiranan ini, inilah jemputan kahwin pertama kami terima.

Sebenarnya sis rasa seronok kerana dapat jemputan itu dan dalam masa sama sis tersenyum sendiri. Macam-macam kreativiti pasangan mempelai yang diilhamkan dalam membuat persiapan perkahwinan.

Mengimbas saat sis mahu berkahwin dulu 20 tahun lalu, persiapan biasa-biasa saja. Maksud sis tidaklah terlalu canggih dan hebat seperti sekarang.

Masa sis dulu kad kahwin yang ditempah biasa-biasa saja (cuma ada tarikh, masa, alamat & tanpa gambar). Berbanding sekarang, kad kahwin dibuat pelbagai bentuk dan rekaan.

Sis pernah lihat kad kahwin yang diilhamkan dari facebook, peta, buku nota, pasport, tiket kapal terbang dan macam-macam lagi.

Biasanya pasangan muda yang mencipta idea ini dan direalisasikan oleh pereka kad kahwin ini. Kalau ada seorang grafik designer lagi mudah.

Anda boleh cipta pelbagai karakter dan hantar saja ke kedai untuk mencetaknya. Atau jika punya kawan GD, beri sahaja idea dan dia akan usahakan dan sebagai upah (belanja minum jer).

Tapi mungkin kad kahwin kreatif begini sesuai diberi untuk kawan-kawan rapat sahaja. Untuk jemputan VIP sis kira kena bagi yang lebih proper untuk lebih memudahkan kehadiran mereka.

Sisa dulu pun hanya print kad untuk teman-teman rapat sahaja dan untuk orang kampung pula kad jemputannya sangat simple. Janji ada tarikh, masa dan alamat.

Hanya kepingan kertas berwarna yang dicetak nama pasangan mempelai, tarikh, masa dan alamat rumah (part ini yang penting) tidak kira secanggih mana kad kahwin anda.

Kalau nak lebih tradisional, ikut cara mak sis yang jemput dari rumah ke rumah. Bukan sahaja pesanan lebih cepat sampai tetapi juga boleh merapatkan silaturrahim.

Zaman sekarang ini, jemputan seperti itu mungkin tidak lagi diamalkan. Lebih canggih lagi jemputan melalui media sosial. Paling penting jimat bajet untuk keperluan lain lebih penting.

Create sahaja page jemputan dan anda akan di tanya join, maybe or decline. Selalunya ramai yang kata join tapi rupanya hado…(kekangan masa kot).  Page jemputan sebegini bukan sahaja untuk urusan kahwin tetapi juga birthday, open house atau majlis kenduri.

Namun bagi sis walau semoden mana anda, jemputan melalui kad kahwin perlu diteruskan. Rasa seperti tak lengkap majlis perkahwinan tanpa adanya kad jemputan ini.

Malah kad jemputan (tak kisah bagaimana rekaannya) tetap menerbitkan nostalgia tatkala melihatnya kelak.

Buktinya seorang teman Fasya Fazida yang menyambut ulang tahun ke 8 minggu lalu, sempat menitipkan sekali kad kahwinya (warna hitam gitu) dalam coretan madahnya di FB.

Moga bahagia hingga ke jannah ye Fasya Fazida. Seperti dia, sis juga masih menyimpan kad kahwin kami (siap lekat dalam album lagi).

Agak-agak anda juga begitu ke? Kalau ya, maknanya kita masih lagi suka mengenang momen lama yang akan kekal terpahat dalam ingatan.

Ciri-Ciri Baik & Jimat Kad Kahwin Nostalgia:

  1. Perlu ada nama, alamat, tarikh, masa dan peta.
  2. Jika buat di dewan atau hotel, pastikan ad tulis RSVP untuk menyenangkan tempahan katering dan tempat duduk.
  3. Jangan terlalu fancy bimbang akan menyukarkan untuk membacanya.
  4. Jangan juga kad jemputan yang terlalu kecil atau besar.
  5. Tempah awal untuk elak jika ada masalah timbul (berhubung cetakan).
  6. Advantage jika anda atau pasangan kreatif dan mendesign sendiri (untuk bajet).
  7. Bincang dengan pasangan dan kongsi soal jemputan esp membabitkan teman sama.
  8. Survey dua tiga tempat sebelum mencetak kad jemputan.

Mak Pengantin – 4/12/2014

Artikel Lain: Fesyen Pelik Uyaina Arshad Dalam Drama Love Elsa

3 thoughts on “Kad Kahwin Nostalgia Klasik Paling Indah

  1. Thank you kakak reen sayang. sempat memasukkan cerita kad kahwin saya dalam entry kamu. ekceli, kad kawin saya kaler biru gelap sebenarnya. bukan hitam. hehehehe…

  2. Salam,

    Kemunculan lokasi majlis terkini di Ulu Kelang – THE MZH2 (MZH Function Centre)

    Kami menyediakan kemudahan sewa dewan dan juga auditorium di The MZH2, sesuai untuk pelbagai majlis.

    DEWAN PERDANA SURIA (1300 pax)
    DEWAN SINARAN (240 pax)
    AUDITORIUM MZH (200 pax)

    Kemudahan seperti sistem PA, pentas, skrin LCD, projektor, parking kereta, surau, kerusi dan meja disediakan.

    Tel: +603 4107 8580
    Email: info.mzhfunction@gmail.com
    Website: http://www.mzhfunction.blogspot.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *