Petua Kekal Cantik Dan Awet Muda Ikut Islam | Sebagai seorang wanita kita sangat digalakkan untuk menjaga kecantikan diri. Kecantikan ini bukan saja melalui luaran, tetapi juga merangkumi penjagaan dalaman yang sangat membantu untuk sentiasa kekal awet muda.
Sebenarnya tak perlu pun buang duit untuk tampil cantik dan berseri. Ini kerana ada juga antara petua untuk kekal awet muda dan cantik secara alami dan menurut Islam. Kata orang lebih selamat dan menjimatkan.
Artikel Lain: 8 Tips Awet Muda & Cantik Di Usia 40an
Antaranya seperti minum air suam sebaik bangun tidur, sentiasa ambik wuduk dan beberapa lagi petua lain yang mudah untuk diamalkan.
Jika kita kekal mengamalkannya akan membantu penampilan jadi lebih cantik dan cukup sempurna di mata orang yang kita sayang, terutama pasangan. Barulah wajah kelihatan berseri-seri walaupun hanya sekadar berbedak dan mengoles sedikit gincu pada bibir.
Jom kita lihat amalan atau petua kekal cantik dan awet muda ikut Islam. Tak rugi untuk diamalkan kerana ada antaranya yang memang jadi amalan setiap hari dan waktu seperti solat dan berzikir mengingatiNya.
Petua Kekal Cantik Dan Awet Muda Ikut Islam
1. Minum Air Suam Sebaik Bangun Tidur
Sejurus bangun tidur pada waktu pagi, minum air suam terlebih dahulu. Adalah disarankan minum air suam dengan cara membiarkan air di dalam mulut kira-kira 10 saat sambil selawat tiga kali, kemudian baru telan.
2. Jangan Makan Bersulam Air
Seelokknya untuk kelihdatan antik semulajadi juga perbanyakkan minum air masak. Kalau boleh minum air kosong 30 minit sebelum makan dan 30 minit selepas makan. Elakkan makan nasi bersulam air. Tidak bai untuk sistem penghadaman juga. Ini juga antara petua awet muda dalam Islam yang bagus untuk diamalkan.
3. Amalkan Bangun Pagi Dan Mandi Sebelum Subuh
Sebenarnya banyak kelebihan jika anda amalkan mandi sebelum Subuh. Mandi air sejuk juga dapat mengurangkan kegelapan bawah mata. Mlah kulit juga akan jadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit akan jadi lebih lembut dan halus. Salah satu cara mudah petua kekal cantik dan awet muda ikut Islam mudah untuk kekal awet muda.
4. Buat Urutan Wajah Dengan Selawat
Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi.
Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
Artikel Lain: Cara Zikir Rasulullah SAW
5. Amalkan Baca Surah Al-Waqiah
Dianjurkan membaca surah Al-Waqiah ayat 35-38 dalam hati. Ketika mandi sewaktu curahan air yang pertama, ia perlu bermula pada kepala. Jika mandi menggunakan shower, bacalah ketika air menyentuh kepala. Antara petua kekal cantik dan awet muda ikut Islam yang sangat bagus untuk diamalkan sebagai rutin harian.
6. Setiap Kali Lepas Solat Subuh Amalkan Baca Surah Yusof
Jadikan amalan membaca surah Yusuf dan minum air suam tiga teguk sahaja. Namun begitu, amalan ini perlu dilakukan dengan jujur dan ikhlas. Insya-Allah, wajah anda akan kelihatan lebih muda daripada usia sebenar. Juga antara petua kekal cantik dan awet muda ikut Islam.
7. Baca Doa Ini Bila Depan Cermin
Setiap kali anda berhias di hadapan cermin, bacalah doa dan selawat di kedua tapak tangan kemudian sapukan ke muka sambil niat dalam hati agar diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf.
Ia perlu diamalkan setiap pagi. Doanya begini:
‘Segala puji-pujian bagi Allah sebagaimana Engkau telah menantikkan diriku dan juga akhlakku. Semoga Engkau menjauhkan wajahku daripada api neraka’
8. Jangan Tinggal Solat
Solat perkara yang diwajibkan dalam Islam, air wuduk yang disapu pada wajah lima kali sehari itulah pencuci muka paling berkesan untuk menyerikan wajah dan juga hati kita. Ini juga sebagai petua awet muda cara Islam yang turut kita jadikan pegangan bagi memenuhi tanggungjawab sebagai seorang muslim.
9. Banyakkan Selamat, Sedekah Senyuman
Kita juga digalakkan untuk banaykkan Selamat ke atas Nabi junjungan kita dan sentiasa basah lidah dennen selawat. Selain itu cuba banyakkan bersedakah pada insan yang lebih memerukan. Jika tidak pu memadai sedeqak senyuman yang paling senang dilakukan. Jagan lupa jaa untuk berusaha dan perbanyaiakan solat tahajjud pada waktu dinihari. Ini antara tips untuk awet muda cara Islam yang sangat bagus untuk dijadikan amalan.
10. Potong Kuku Hari Tertentu Seperti Jumaat
Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur. Sentiasa menjaga kebersihan diri dengan mandi dengan tujuan membersihkan anggota badan lain. Bila badan bersih, kita juga akan tampil cantik dan selesa.
Melalui amalan yang dilakukan ini, insyaAllah aura wajah akan terserlah. Perlu diingatkan juga bahawa kecantikan bukan nahaja tertumpu pada segi luaran sahaja tetapi juga dalaman. Hati yang bersih dan ikhlas akan memancarkan seri wajah seseorang secara semula jadi.
Zikir Penyeri Wajah
Sebagai orang Islam, kita juga digalakkan untuk sentiasa berzikir dengan memuji Allah. Pasti ada ganjaran untuk mereka yang sentiasa berzikir mengingati Maha Pencipta. Untuk tampil cantik juga, ada antara zikir awet muda yang digalakkan. Barulah wajah berseri seri dalam Islam dan kekal cantik walaupun usia masuk 50an.
1. Dilakukan selepas solat Isyak
- Ambil segelas air
- Baca Al-Fatihah sekali
- Ayatul Qursi sekali
- Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali
- Tiup pada air dan minum.
Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan untuk kebahagiaan rumah tangga
2. Zikir untuk sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara berikut:
- Baca ‘Ya Badiyah” sekali
- “Ya Nur” sekali
- “Ya Hadi” sekali
- “Ya Allah” tiga kali
- Baca zikir berikut dan tiup ke tapak tangan kemudian sapu ke muka.
Amalkan zikir ini setiap hari.
Artikel Lain: Cara Putihkan Gigi Dengan Berkesan
Bagusnya info ni. kena amalkan zikir ni lah nampaknya. harap-harap boleh nampak muda 10 tahun.
Patutlah kekal cantik, rupanya banyak rahsianya…. Love💋
Thanks so much for sharing this beauty info from Malay Muslims perspective, learnt it & some of the non religion one I can learn for beauty purpose. Cheers Siennylovesdrawing
tqqq
should try yer..hehe
Tenkiu share info bermanfaat. Tak pernah terfikir pun nak zikir2 utk penyeri Muka, rupanya memang ada Dan senang nak buat. Tq tq.
try sis…baca yg simple2 je
Terima kasih share. Ada yang memang biasa kita buat kan tiap hari
kannn
Tq ka Reen share infonya.. patutlah kak reen mantain cantik.
Tq kongsi petua cantik ni. sangat menarik. Bolehla dipraktikkan, sebab kebanyakkan yang tersenarai mmg kita buat setiap hari. Apa²pun niat jaga 😊 betul sangat tu sis
haa niat kena jaga sis..hehe