8 Tips Awet Muda Dan Cantik Di Usia 40an | Sebenarnya tak susah pun nak kekal awet muda dan cantik kenalah lakukan 8 amalan ini. Barulah dikata tak nampak tua dari usia sebenar seperti lewat 40an. Usia belum pun cecah 40an tetapi sudah kelihatan garis-garis halus di dahi dan bahagian tepi mata.
Malah wajah juga kelihatan kusam dan lebih tua berbanding usia sebenar. Tak naklah nanti dikatakan masih muda, tetapi penampilan seperti orang yang sudah berusia. Boleh hilang keyakinan jika ditempelak dengan kata-kata begitu.
Artikel Lain: Sofea Jane Pilih Vege, Rahsia Cantik 53 Tahun
Ciri-Ciri Orang Awet Muda
Sebagai orang yang masih dalam peringkat usia muda, sangat penting untuk seseorang wanita itu menjaga penampilannya agar sentiasa tampil cantik, menawan dan selesa biarpun hanya bergaya sederhana. Inilah yang dikata ciri2 orang awet muda. Sentiasa menjaga kecantikan dirinya walaupun hanya dalam rumah.
Penjagaan dari dalam rumah itu juga sangat penting. Kita perlu sentiasa memastikan rutin kecantikan seperti membasuh muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari, sentiasa mengekalkan kelembapan dan jangan lupa apply sunscreen atau sunblock pada wajah.
Namun begitu, ada juga yang mengalami masalah kulit wajah dek kerana beberapa faktor. Jika sejak awal 20an lagi sudah malas menjaga kecantikan kulit wajah, sukar untuk memastikan korang berdepan dengan masalah seperti jerawat, jeragat atau kulit yang sentiasa kering dan menggelupas.
Jadi sis nak ingatkan jangan malas untuk membuat rutin kecantikan wajah dengan apply pelembap atau sunscreen sebelum tidur. Inilah baru dikatakan tips awet muda 10 tahun dari usia sebenar.
Artikel Lain: Cara Pikat Hati Suami, Rahsia Kekal Bahagia
Tips Tampil Cantik & Awet Muda Serta Bermaya
Apa faktor sebenarnya terjadinya masalah ini. Semuanya adalah berkaitan dengan faktor pemakanan dan kurang menjaga kesihatan diri. Ramai yang agak malas bab menjaga kesihatan diri memandangkan tiada masa dan sibuk dengan urusan kerja.
Sebenarnya menjaga kesihatan diri adalah rutin harian yang tidak boleh kita abaikan bagi memastikan diri kekal sihat dan bertenaga. Jangan ada sifat malas jika tidak mahu dikata orang nanti lebih tua berbanding usia sebenar.
Jika ada antaranya yang menjadi amalan anda, tinggalkan tabiat ini agar wajah anda kembali segar, bermaya dan nampak muda.
Tak susah pun untuk diikuti kerana yang penting keinginan untuk memastikan tubuh kita sentiasa sihat dan terjaga dari sebarang permasalahan. Jom kita lihat apa agaknya 8 tips awet muda dan kekal cantik walau di usia masuk 40an.
Tips diberikan juga sebagai peringatan dan cara awet muda untuk wanita yang perlu dielakkan bagi menjaga keanjalan kulit wajah. Banyak sebenarnya carian yang menjurus kepada tips agar awet muda dan cantik secara alami, misalnya hanya menggunakan bahan dapur seperti timun untuk dibuat masker.
Artikel Lain: Petua Awet Muda Cara Islam
8 Tips Awet Muda Dan Cantik Di Usia 40an
1. Terdedah Cahaya Matahari Berlebihan
Terlalu terdedah kepada cahaya matahari boleh merosakkan kulit sekali gus menyebabkan berlakunya penuaan kulit melalui tekanan oksidatif. Sentiasalah memakai krim pelindung wajah atau sebaiknya kurangkan aktiviti anda di luar rumah. Jika boleh ketika di dalam rumah boleh memakai krim ini. Ini antara 8 tips awet dan cantik di usia 40an yang jangan dipandang remeh. Bagi memberi perlidungan pada wajah dan elak terlihat tua sebelum usianya.
2. Perubahan Dalam Badan
Perubahan dalam badan yang disebabkan oleh molekul reaktif tinggi yang dikenali sebagai radikal bebas boleh merosakkan sel-sel kulit. Jadi sentiasa peka dengan perubahan yang berlaku pada sistem badan kita.
3. Gangguan Tekanan
Tekanan yang berlebihan boleh mempercepatkan penuaan otak sekali gus meningkatkan tekanan darah dan mengganggu tabiat tidur yang akhirnya merangsang proses penuaan badan secara keseluruhan. Sentiasa bersikap positif dan kalau boleh biarlah diri kita berada dalam persekitaran yang selesa agar dapat mengurangkan rasa stress yang boleh ganggu urusan harian. Ini antara 8 tips awet muda dan cantik yang kalau boleh dilakukan untuk pastikan kita sentiasa tampil cantik walau di usia 40an.
4. Posisi Tidur Salah
Tidur menelungkupkan muka pada posisi yang sama di bantal setiap hari jjuga boleh mempercepatkan penuaan dan menimbulkan kedutan atau garis-garis tidur. Jika tidak selesa dengan tempat tidur, boleh cuba tukar dekorasi agar dapat melelapkan mata dengan senang.
5. Tidak Cukup Tidur
Pastikan anda tidur secukupnya setiap malam. Apabila anda tidak cukup tidur atau mempunyai tidur yang tidak berkualiti, ia akan memberi banyak kesan pada kesihatan antaranya meningkatkan berat badan, menjadikan kulit pucat dan wajah nampak tua, menjejaskan sistem imun dan daya ingatan serta mengurangkan tumpuan. Ini juga antara 8 tips awet muda dan cantik yang boleh dilakukan dan sentiasa pastikan tidur sentiasa cukup sekurang-kurangnya 8 jam sehari.
6. Terdedah Pada Pencemaran
Kulit yang terdedah pada pencemaran seperti asap, habuk, kekotoran dan bahan kimia juga boleh menjadi antara punca berlakunya penuaan kulit kerana ia boleh merangsang pelepasan radikal bebas yang merosakkan kulit. Sentiasa memakai pelitup muka. Selain mengelak jangkitan bakteria, juga dapat menghalang kulit terdedah pada pencemaran.
7. Merokok & Menghidu Asap Rokok
Seorang perokok tegar memiliki wajah yang kelihatan lebih tua berbanding umur sebenarnya. Merokok dan menghidu asap rokok boleh menghasilkan banyak radikal bebas yang mempercepatkan penuaan kulit. Tabiat tidak sihat ini juga boleh meningkatkan risiko pelbagai penyakit antaranya penyakit jantung, kemandulan, tekanan darah tinggi dan pelbagai jenis kanser khususnya kanser paru-paru.
8. Berat Badan Berlebihan
Kebanyakan masalah kesihatan seperti penyakit jantung, diabetes, kanser dan arthritis berkait rapat dengan berat badan berlebihan. Ia mungkin disebabkan oleh sel-sel lemak yang menggalakkan proses penuaan.
Sentiasa menjaga pemakanan kita dengan mengamalkan diet seimbang. Jika anda rasa berat sudah berlebihan, hadkan pengambilan makanan bergula dan gunakan kaedah diet suku-suku separuh. Kalau boleh untuk sarapan makan Roti Gardenia Wholemeal yang sesuai untuk jaga kesihatan. Untuk kelihatan sentiasa sihat dan kekal cantik, berat badan memang perlu dijaga sebaiknya. Ini juga menjadi sebahagian 8 tips awet muda dan cantik di usia masuk 40an.
Walaupun begitu, selain 8 tips awet muda dan cantik di usia 40an ini, seseorang itu juga perlu menjaga kecantikan dalaman. Amalkan juga sentiasa mengambil wuduk dengan tujuan membersihkan wajah dari segala kotoran dan juga boleh amalkan beberapa zikir mudah di bibir.
Artikel Lain: 10 Skincare Kulit Berminyak Di Watson
Patutlah sis reen awet muda
Tq kak tips nya.. walaupun dah tak mudo dah .. kiki