Tips Hilangkan Mulut Berbau Lebih Berkesan

Tips Hilangkan Mulut Berbau Lebih Berkesan | Tidak dinafikan masalah bau mulut akan menyebabkan kita rasa kurang berkeyakinan. Ia juga buat orang lain rasa tak selesa. Tiada guna berwajah cantik tetapi mulut berbau. Jangan risau ada cara untuk hilangkan

Malah bau mulut ini juga sebenarnya menghilangkan keyakinan setiap kali berdepan orang kan. Tapi korang tak payah risau ada cara untuk menghilangkan bau mulut ini.

Selain menggosok gigi setiap kali, ada beberapa tip boleh lenyapkan masalah mulut berbau ini yang tidak menyenangkan orang sekeliling. Mungkin selepas ini korang boleh tersenyum dengan lebih yakin.

Tips Hilangkan Mulut Berbau Lebih Berkesan

Ada pelbagai cara untuk hilangkan bau mulut dengan lebih berkesan ini. Pertama sekali kita perlu sentiasa menjaga kebersihan diri dengan menggosok gigi lebih kerap. Bersihkan dulu masalah karang atau plak gigi agar ia tidak akan menyebabkab mulut berbau.

Membersihkan gigi dan mulut setiap hari

Pastikan anda memberus dan juga menggunakan benang flos dengan betul setiap hari kerana ini akan membuang bakteria dan juga lebihan makanan yang digunakan oleh bakteria untuk hidup.

Artikel Lain: Gaya Amelia Berkebaya Dalam Cik Ayu Mee Sanggul

Dengan ini bakteria tidak akan menghasilkan sulfur yang menyebabkan mulut anda berbau.

Pastikan juga anda tidak tergesa-gesa memberus dan flos gigi anda kerana ianya tidak akan menghilangkan semua bakteria tersebut.

Ambillah masa sekurang kurangnya dua atau tiga minit untuk memberus gigi dan lidah anda. Gunakan benang flos untuk membersihkan sisa-sisa makanan di celah-celah gigi.

Tips Hilangkan Mulut Berbau
Penting juga bersihkan lidah.

Membersihkan Lidah Setiap Hari

Ramai yang terlupa untuk membersihkan lidah semasa menggosok gigi. Ingatlah bahawa banyak bakteria bersembunyi di rekahan pada lidah dan juga di bahagian belakang lidah. Anda boleh membersihkan lidah dengan menggunakan pembersih lidah (tongue cleaner).

Ada juga berus gigi yang mempunyai pembersih lidah di belakang kepala berus gigi. Selain itu, anda juga boleh menggunakan berus gigi yang lembut untuk memberus lidah anda secara perlahan-lahan dengan menggerakkan berus dari belakang lidah ke bahagian hadapan berulang kali sehingga bersih.

Minumlah Air

Anda disarankan untuk meminum air sekerap yang boleh sepanjang hari.  Dengan ini mulut anda akan sentiasa dibasahi air sepanjang hari. Bagi mereka yang mengalami masalah kekeringan mulut disebabkan ubat atau mereka yang selalu bercakap, cara ini paling bagus untuk memastikan mulut anda sentiasa berair.

Minum air boleh merangsang pengeluaran air liur, membilas lebihan sisa makanan pada gigi dan juga melembabkan mulut boleh membuatkan suasana mulut kurang sesuai untuk pembiakan bakteria anaerob.

Tips Hilangkan Mulut Berbau
Kerap minum air.

Elakkan Mengguna Pencuci Mulut Beralkohol

Ramai yang menyangka bahawa dengan menggunakan pencuci mulut, bau nafas akan menjadi segar dan tidak berbau tetapi mereka tidak merawat punca sebenar mulut mereka berbau jadi cara ini hanya bersifat sementara.

Jika menggunakan ubat kumur yang mempunyai alkohol, ia boleh menyebabkan kekeringan di dalam mulut yang menggalakkan pembiakan bakteria yang menyebabkan mulut berbau. Jika hendak menggunakan ubat kumur, pastikan ia tidak mengandungi alkohol.

Mengunyah Gula Getah Tanpa Gula

Jika anda tidak dapat memberus gigi selepas makan (terutamanya makan tengah hari ataupun snek), anda boleh mengunyah gula getah tanpa gula. Dengan mengunyah gula getah, sisa-sisa makanan boleh dibersihkan dan pengeluaran air liur akan dirangsang.

Periksa Gigi Jika Ada Tanda Penyakit Gusi & Tulang (Gingivitis, Periodontal problem)

Penyakit gusi (periodontal problem) adalah disebabkan jangkitan kuman pada gusi dan juga pada ligamen yang memegang gigi. Ini menyebabkan poket gusi menjadi dalam dan bakteria suka bersembunyi di situ.

Berjumpalah Doktor Gigi Untuk Pemeriksaan

Selalunya anda tidak menyedari yang anda mempunyai masalah gigi dan gusi sekiranya tidak berjumpa doktor gigi untuk pemeriksaan. Jika gigi berasa sakit, maka selalunya tahap kerosakan atau penyakit gusi telah serius. Doktor gigi boleh mengesan lebih awal sekiranya anda mempunyai masalah dan segera mengatasinya sebelum ia menjadi teruk.

Tips Hilangkan Mulut Berbau
Buat pemeriksaan secara berkala.

Hilangkan Bau Mulut Tradisional, Ini Caranya

Salah satunya caranya adalah dengan menggunakan lemon. Air lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut terutama di awal pani. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan. Untuk membersiihkan bau mulut, anda minum segelas air lemon setiap awal pani atau berku mur menggunakan air lemon ini.

Tips Hilangkan Mulut Berbau

Artikel Berkaitan: Biar Isteri Tonton Drama Elak Burnout

Leave a Comment

error: Content is protected !!