Resepi Siakap 3 Rasa, Ini Rahsianya Sedap & Mudah

Resepi siakap 3 rasa paling sedap dan tak perlu banyak bahan. Ini menu yang kita selalu order kalau makan di kedai. Seekor rasa tak puas. Lagi-lagi makan bersama ahli keluarga.

Rasanya lebih puas kalau dapat masak sendiri. Tak kisah follow resipi macam mana janji mudah & sedap. Maklumlah banyak blog masakan yang share resipi.

Paling banyak orang cari macam mana nak buat resepi siakap 3 rasa Thai, resepi siakap 3 rasa tanpa nenas, resepi siakap Azie Kitchen, siakap 3 rasa Khairul Aming, siakap 3 rasa limau nipis, resepi siakap 3 rasa Yatie Kitchen atau resepi siakap guna sos mahsuri.

Resepi Siakap Tiga Rasa

Kalau rajin boleh cari pelbagai resepi siakap ini di YouTube, page FB Masakan Apa Hari ini atau layan je video masakan CheNom. Sis suka juga layan Che Nom sebab comel dan suaranya lemah lembut gemalai.

Yang tak reti masak pun confirm boleh pandai. Sis taklah se terror CheNom, sebab masak ikut selera sendiri. Lagipun tak suka yang banyak sangat bahan nak cari.

Sis gunakan cara ringkas untuk masak resepi ni. Tak perlu banyak banyak (macam kita makan di kedai) memadai ada bahan utama sepeti sos cili, sos tomato & sos plum.

Artikel Lain: Resepi Mi Bandung Asli

Walaupun banyak resipi lain boleh dicuba, tapi sis kongsi ini bagi yang ada bahan sedia ada dalam peti. Kata orang habiskan bahan dalam peti sejuk.

Ini sis nak share bahan ikan siakap 3 rasa.

Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Confirm Sedap

Bahan-Bahan:

  • Ikan siakap – goreng garing dengan kunyit, garam & tepung jagung
  • Bawang merah, bawang putih, halia – hiris harus
  • Sedikit sayuran – carrot, tomato – potong kiub kecil (boleh juga campur sayuran lain)
  • Sos cili, sos tomato, sos tiram, SOS PLUM (rahsia resipi sis)
  • Sedikit cili boh
  • Garam, gula & bahan perisa secukupnya
Bahan-Bahan Siakapa 3 Rasa

Cara Membuat Yang Simple:

1. Panaskan minyak, masukkan bawang dihiris halus tunggu seketika. Masukkan cili boh.

2. Masukkan semua sos dan sedikit air. Kalau dan masak biar sedikit berminyak.

Masukkan segala sos untuk Siakap 3 Rasa

3. Masukkan sayuran tadi dan perasakan secukupnya.

4. Apabila siap, tuangkan atas Ikan Siakap tadi. Nak hias daun bawang pun ok.

Hidangan siap. Siakap 3 Rasa Confirm Sedap

Petua Jangan Lupa

Cara masak resepi ini mungkin macam orang lain, tapi rahsianya terletak pada Sos Plum. Lain orang lain caranya. Kalau suka boleh follow. Confirm rasanya lebih sedap dari kedai. Tak percaya boleh cuba.

Oh ye, sis nak share juga resepi siakap ala Thai yang juga cukup popular melalui carian di internet. Mungkin rasanya yang sedikit masam-masam manis menjadikan resepi ini paling banyak dicari.

Sesuai dihidangkan untuk makan tengah hari hingga ke malam. Paling penting ikan perlu digoreng garing, barulah sedap terangkat. Ini juga yang jadi rahsia resepi ikan siakap 3 rasa ala kedai

Resepi Siakap 3 Rasa Ala Thai

Bahan-bahan:

  • Ikan siakap 1 ekor
  • Serai 1 batang
  • Bawang besar potong dadu 1 biji
  • 3 ulas bawang putih cincang halus
  • 1 inci halia cincang halus
  • Cili merah 1 biji
  • 3 biji cili api
  • Timun 1/2 biji
  • Tomato 1 biji
  • Nenas 1 potong
  • 4 helai daun limau purut
  • Sedikit daun sup sebagai hiasan

Bahan Untuk Sos:

  • Cili kering 3 sudu besar
  • Sos cili 3 sudu besar
  • Sos tomato 2 sudu besar
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos ikan

Cara Penyediaan:

  1. Lumur ikan dengan garam dulu, kemudian bedakkan dengan tepung jagung. Tepung jagung buat ikan tu lagi rangup.
  2. Goreng ikan tu. Pastikan minyak panas betul-betul ye sebelum menggoreng.
  3. Sementara ikan digoreng, panaskan kuali sebelah dan tumis bawang putih, halia, bawang merah.
  4. Masukkan cili besar dan cili api. Lagi banyak cili api lagi padu. Saya letak sikit je sebab tak tahan pedas. Masukkan juga serai dan 3 sudu cili kering. Biar sekejap je bagi cili kering tu masak.
  5. Masukkan pula sos cili, tomato dan tiram. Kacau sampai pecah minyak.
  6. Masukkan 1 cawan air. Bila kuah dah pekat, letakkan sos ikan.
  7. Campakkan daun limau purut. Benda ni la yang buat kuah semakin sedap.
  8. Seterusnya, masukkan timun. Bila dah nak masak, baru masukkan tomato dan nenas.
  9. Simbah ke ikan yang digoreng tadi. Siap!

Kredit: Liza Idris

Artikel Berkaitan: Penangan Ayam Masak Kicap @ Sumor, Resipi Istimewa Arwah Mak

2 thoughts on “Resepi Siakap 3 Rasa, Ini Rahsianya Sedap & Mudah”

Leave a Comment

error: Content is protected !!