Pneumonia| Bila kenang balik simptom dan kesannya, teringat sis pernah alami pneumonia enam tahun dulu. Penyakit ini hampir meragut nyawa kerana doktor memberitahu ketika itu sis berada dalam kondisi 50/50.
Sebenarnya waktu itu, ramai yang tidak tahu sakit yang kita gelar jangkitan kuman pada baru-paru. Bunyinya nampak biasa tetapi impaknya amat-amat menakutkan.
Sebelum Dah Rasa Tak Sihat
Ingat lagi dua tiga hari sebelum itu memang dah rasa tak sihat. Sudahlah cuaca ketika itu sangat panas dan memang banyak kerja nak buat disebabkan ada karnival di office.
Macam sebelumnya kalau ada karnival, memang satu team tak menang tangan membuat persiapan. apatah lagi cuaca memang panas waktu itu.
Memang dua hari sebelum rasa macam nak demam tapi kuatkan je badan. dan pada hari karnival, tetap maintain bertugas seperti biasa. Dek kerana panas, tak sudah-sudah minum satu air kotak perisa tek bunga. Dari sekotak ke sekotak. tak cukup itu beli pula minuman air di gerai jualan di luar.
Pada hari pertama jualan, masih boleh tahan, tapi masuk hari kedua memang tak boleh tahan. Ketika dalam perjalanan balik, saya memang tak boleh bangun. Melepet je dalam kereta. Nasib baik En Abah datang ambik di office. Rasa masa tu memang nak baring je atas lantai kereta. Kepala jadi pusing gila.
Alami Cirit-Birit Berterusan
Sampai je rumah, belum sempat masuk bilik sis dah rasa nak terberak. Bukan biasa tetapi cirit. Bukan sekali tapi berkali-kali. Hinggakan kain batik yang dipakai turut terkena najisnya. Sis memang betul-betul tumbang. Kepala memang sakit rasa nak pecah kat dinding.
Keesokan harinya saya memang tak larat dan tak lalu nak makan. Asyik nak buang air besar je. Berak cirit yang membuatkan sis memang tak selesa. Apabila pergi ke klinik, doktor kata hanya demam biasa. Hinggalah hari Isnin, sis gagahkan diri pergi ke klinik untuk check darah. Manalah tahu kena denggi.
Apabila doktor check tekanan darah sangat rendah dan suruh sis terus refer terus ke hospital. Waktu itu memang betul-betul tak bermaya. Badan jadi seram sejuk dan memang tak tahan. Sampai je di hospital, sis terus di bawa ke wad kecemasan. melihat keadaan sis yang tak bermaya terus sis diperiksa doktor bertugas.
Kebetulan pula doktor yang check di DEMC ketika itu kawan sekolah En Abah, Dr Sam. Dia terus buat pemeriksaan dan katanya tekanan darah betul-betul rendah dan keadaan saya berada dalam level 50/50. Mereka terus masukkan air dan pastikan tekanan darah sis kembali normal.
Terus Dimasukkan Ke ICU
Oleh kerana katil penuh, Dr Sam suruh tempatkan sis di wad ICU. Dan apabila kes dipindahkan ke Dr Rashidi, doktor terus buat pemeriksaan detail. Sis perlu ambil antibiotik dan untuk mempercepatkan proses terus ditebuk di bahagian dada menuju ke paru-paru.
Ini kerana setelah dibuat xray, virus putih baru mula merebak dan jika tidak cepat akan mrebak ke seluruh paru-paru. Katanya buah pinggang sis juga sedikit rosak, tetapi sis tak pasti disebabkan apa. Sis hanya reda dengan apa yag doktor buat.
Waktu itu kepala memang sakit, ditambah dengan batuk yang memang gatal di tekak. Bukan itu sahaja sis masih lagi terberak-berak hinggakan staff nurse terpaksa memakaikan pamper dewasa.
Begitu juga dengan salur kencing perlu menggunakan tiub kerana sis tidak boleh bergerak langsung. Terasa bagai mayat hidup pun ada, sebab hanya mata berkelip sahaja tanpa boleh gerakkan tubuh. Sehari semalam di tempatkan di ICU dan apabila tekanan sedikit stabil barulah sis di pindahkan ke wad HDCU (separa kritikal).
Waktu ini rasa badan macam sudah kuat, tetapi rupanya tidak. Kepala masih sakit dan batuk tetap sama. Sampaikan sis perlu jalani fisioterapi beberapa kali untuk keluarkan kahak.
Tak dapat bayangkan mereka tepuk bahagian belakang dan memang sangat menyakitkan. Sis dipaksa batuk untuk keluarkan kahak. Ada kalanya sedikit terkucil kerana tidak tahan dengan batuk yang berterusan.
Masuk Ubat Antibiotik
Ubat antibiotik tetap dimasukkan. Nampak macam sihat tetapi tidak. Malam je rasa macam badan tak sihat. Sis kemudiannya dipindahkan pula ke wad biasa dan baru ada selera untuk makan.
Setelah dua hari sis mintak keluar tapi doktor tak benarkan. Hampir seminggu jugalah berada di situ barulah doktor izinkan balik rumah. Tetapi dengan syarat kena MC di rumah dan tak boleh skip makan ubat.
Memang lega apabila dapat keluar tapi masih tak berapa sihat. Sis terus maintain makan ubat hingga betul-betul kembali sihat. Apabila bertemu semula Doktor Rashidi, beliau menceritakan ada sebab sis tak dibenarkan keluar awal.
Katanya doktor perlu pastikan paru-paru sis clear dari tompokan putih. Jika antibiotik tak sesuai mungkin keadaan akan jadi makin worst. Seram pulak dengar penjelasannya, sambil beliau bercerita sebelum itu ada pesakitnya yang meninggal kerana antibiotik tak dapat terima badan.
Katanya juga nyawa sis ketika itu memang 50/50 kerana tekanan darah yang memang rendah. Katanya sis batuk bukan kerana minum ais atau apa, tetapi disebabkan virus yang menyerang.
Sama juga kenapa sis asyik cirit-birit juga disebabkan virus yang berbahaya ini. Jika salah antibiotik mungkin sis tak dapat diselamatkan. Oh patut la doktor berkeras tak nak sis keluar walaupun sudah nampak pulih seketika.
Gejala Hampir Sama Pneumonia
Dan betapa sis tahu betapa kritikalnya sis ketika itu. Tak dapat bayangkan jika itu semua terjadi. Sis tak sangka ia sangat serius kerana ingatkan hanya demam biasa atau cirit disebabkan salah makan.
Alhamdulillah kini sudah enam tahun berlalu dan sis bersyukur kerana Tuhan masih panjangkan usia sis. Mungkin berkat doa suami dan anak-anak sis masih boleh bernafas di muka bumi ini. Insya-Allah pengalaman lalu jadi pengajaran berguna pada sis agar sentiasa mengingati Allah.
Justeru apabila kita dilanda pandemik Covid-19 ini sis dapat rasakan gejala hampir sama. Ini kerana C19 ini juga ada stagesnya. Membaca seorang pesakit dari Sabah yang dijangkiti Covid-19 stage 5.
Gejala dialami hampir sama, deman, batuk, sakit kepala dan turut alami cirit-birit. Cuma sis tak hilang deria rasa atau bau, cuma tiada selera makan. Semoga kita sentiasa menjaga SOP ditetapkan dan sentiasa ada penjagaan kendiri.
P/S: 2 minggu selepas sis sihat, kami juga turut menerima berita ibu mertua, Allahyarhamah Puan Kamariah Abu Bakar turut dimasukkan ke HUKM kerana jangkitan sama. Allah lebih menyayangi arwah Mama. Allahyarhan pergi setelah seminggu tidak sedarkan diri di hospital. Al-Fatihah (dengan bacaan) untuknya.
Seram pulak baca kak.. memang dahsyat dia punya simptom tu kan.
haha kann…