Port Makan Best & Viral Kat Selangor. Rugi Tak Cuba!

Port makan best dan viral mana yang korang selalu lepak especially di Selangor. Sis memang suka makan dan sangat rugi kalau tak cuba rasa pelbagai sajian menarik ini.

Sebenarnya nak bagi tahu kat Shah Alam pun banyak tempak lepak yang best-best. Tapi macam biasa time lunch je mula la blur nak makan di mana.

Paling senang pikir kedai mamak sebab confirm dah tahu nak makan apa. Nasi dengan ayam goreng dan sayurt serta kuah. Setel, harga pun tak mahal kenyang sampai malam.

Artikel Lain: Hiking Setia Alam Trail – Tips Untuk Beginner

Tapi macam biasalah orang ramai dan kalau time lunch boleh tengok kaum lelaki je suka lepak mamak ni. Sis rasa diorang jenis suka hidangan yang simple, paling penting nasi penuh pinggan.

Port Menarik Untuk OOTD

Tapi kalau perempuan, leceh sikit. Ada yang tak nak panas la, nak tempat sejuk aircond dan kalau boleh tak bagi mekap cair. Bonus kalau tempat makan itu ada port menarik nak OOTD.

Sebenarnya di Selangor ni, banyak lokasi menarik yang viral. Menurut Tourism Selangor, lokasi gerai/restoran best boleh kita cari di beberapa daerah seperti Gombak, Hulu Langat, Kuala Selangor, Klang dan Petaling.

Carilah nak masakan kampung, western atau ala hipster semuanya ada. Nak tahu sedap tak sedap kenalah cuba satu persatu. Bagi sis selera makan kita semua tak sama.

Ada yang tak kisah makan nasi ayam hari-hari, ada jugak tak boleh makan tanpa sambal atau kari. Bagi sis dapat nasi dengan ikan masin atau pekasam dan boleh buka selera.

Silap-silap mahu makan berpinggan-pinggan. Tapi bagi food hunter, sedap mereka bila dapat lihat presentation sesuatu hidangan itu. Kalau cantik rupa pembuatannya, confirm rasanya boleh buat kita nak datang lagi.

Ayuh, kita lihat port makan best dan viral sekitar Selangor. Lepas PKP nanti, boleh layan dengan keluarga, crush, atau baby sayang. Tak pun lagi seronok lepak dengan #genglunch sebab boleh membawang apa saja. Maklum setelah berbulan tak jumpa secara bersemuka.

Port Makan Viral & Best

Port makan & viral
Nasi Kukus Sotong Besar Klang
Rugi tak cuba.
Hulu Langat pun banyak makanan best-best.
Macam menarik je port sini.
Port makanan viral wajib singgah
Pelik nama tapi viral.

1 thought on “Port Makan Best & Viral Kat Selangor. Rugi Tak Cuba!”

Leave a Comment

error: Content is protected !!