Catuan Air Selangor, Terus Check-In Hotel

Catuan air Selangor beberapa tahun lalu menyebabkan sis pernah check-in hotel.

Walaupun setelah berpindah ke kawasan lain, momen ini akan tetap dikenang selamanya. Ini disebabkan sikap sambil lewa atau malas tadah air di rumah sediri.

Catatan ini ditulis ketika musim catuan air viral di Selangor. Oleh kerana ketika itu sudah lama sis pendam hasrat untuk kembali menulis, maka terjadilah entri ini.

Artikel Lain: Tonton Drama Kerana Cinta Itu Ada Lakonan Mantap Nabila Razali

Entri Catuan Air

Entri merapu ini ditulis sempena harijadi anak ke 2, Syed Adam Hakimi yang masuk 8 tahun…sis gagahkan diri membuka lappy dan jari-jari mula menari.

Sebenarnya banyak benda nak dicurah, tetapi kengkangan masa dan faktor lain menyebabkan niat yang satu itu tertunda.

Namun hari ini dan apatah lagi bila melihat sifu Netty sudah kembali aktif berblog kembali (mungkin masanya yang hilang sebelum ini sudah jumpa), melihat beberapa entri di laman FBnya, terciptalah entri ini.

Hari ini menurut pekeliling yang sis terima mengatakan catuan air Selangor akan berakhir. Dan sis menunggu dalam debar apakah benar pekeliling itu.

Biar tak elektrik dari air.

Kalau tidak pukul 9 pagi sahaja, air sudah ditutup. Dan kini (merujuk waktu sis menulis), jam menunjukkan pukul 9.35 pagi dan air tetap keluar. Biasanya air akan dicatu selama dua hari dan kemudian barulah akan ada air semula.

Sepanjang hampir dua bulan air dicatu, sis akui memang agak payah. Mula-mula tu kami anggap perkara biasa. Lama-lama saya jadi fedup. Banyak benda tertangguh nak dilakukan gara-gara ketiadaan air ini.

Artikel Lain: Siapa Ira Kazar, Ini Biodata Ramai Tak Tahu

 Leceh Bila Jadi Catuan Air Selangor

Nak membasuh kain, basuh pinggan hatta memasak juga perlukan air yang banyak. Malah jika ada sesiapa nak datang rumah pun sis tak benarkan. Bukannya tak suka acara lepak-lepak ni, tetapi leceh bila keperluan air tiada.

Kami sekeluarga pula hanya harapkan air tangki untuk  mandi basuh pinggan dan segalanya untuk tempoh 2 hari itu. Kalau orang lain stand by botol, baldi atau tong besar tetapi kami memang harapkan air tangki semata-mata.

Gara-gara harapkan air tangki jugalah menyebakan kami terpaksa check in di hotel. Bukan nak berlagak kaya, tetapi itu hakikatnya. Cerita dua minggu lepas, balik dari kerja, anak-anak sis kerah mandi. Tetapi diorang menjerit mengatakan ‘mama air takde’.

Artikel Lain: Entri Tak Habis Ditulis, Idea Tak Datang

Sis ingat diorang main-main, sekali sis periksa, memang betul air Tak ada. Padahal itu hari pertama air Tak ada. Masakan air tangki tidak mencukupi untuk kami enam beranak. Bayangkan setitis air pun takde. Setelah diselidik En Abah, rupa-rupanya air tidak dipum sebaiknya menyebabkan tangki kosong.

Lupa nak tadah air.

Memandangkan esok budak-budak masih bersekolah dan kami pula bekerja, jadi nak tak nak hotel adalah persinggahan terbaik. Memang boleh tumpang mandi rumah adik yang tinggal berdekatan, tetapi takkan esok pagi-pagi nak ketuk rumah dia.

Artikel Lain: Hiking Setia Alam Trail – Tips Untuk Beginner

Stay Hotel, Cadang Baik

Ketika En. Abah cadangkn lepak di hotel sis cuma ketawa dan rasa membazir. Tetapi setelah dipikir, itulah cara terbak untuk kami semua bersiap ke tempat masing-masing.

Walaupun hanya beberapa jam sahaja berada di hotel, tetapi sekurang-kurangnya kami dapat mandi, solat dan juga berehat seketika sambil melupakan masalah air untuk seketika.

Apabila bercerita dengan teman-teman pejabat ramai yang kata ‘tula apasal tak tadah air’. Memang silap kami, tetapi tak sanggup rasanya tadah air setiap dua hari untuk jangka masa dua bulan itu.

Artikel Lain: Rezeki Tak Kemana. Just Go With The Flow.

Ramai yang marah pimpinan sedia ada berhubung masalah air. Kata mereka biar tak ada elektrik daripada air. Huh..bagi sis sama je air atau elektrik. Jika duduk di kampung, tak de elektrik tak apa lagi kerana cuaca sepoi-sepoi bahasa. Tetapi di bandar, macam terkepung dalam oven jika tiada kipas.

Catuan air suatu ketika dulu.

Dan ketika artikel ini ditulis (jam 10:23 pagi) air masih ada. Hati sis mula senang kerana jika sudah melepasi jam 9 pagi dan air masih keluar itu tanda catuan air Selangor sudah berakhir.

Jangan Terlalu Alpa

Walaupun catuan dikenakan tempohari, hidup tetap diteruskan seperti biasa. Kita terpaksa bekerja, anak-anak pula kena kena sekolah, ada yang bercuti dan sebagainya. Kata orang tak de air tak efek apa pun. Itu sudah lumrah kehidupan. Takkan nak bersedih sebab air tak ada kan…

Apa-apapun itu semua kuasa Tuhan. Mungkin Tuhan tak tunjukkan kita sesuatu yang selama ini kita alpa. Maklum bila hujan turun je mulalah bebel ‘alamak kereta baru basuh’, ‘habislah becak sana’ sani’ dan ‘hish, sebab hujan susah nak pergi mana-mana’.

Hakikatnya, bila hujan turunlah air di empangan Klang Gate ke, Hulu Langat ke air akan naik dan berada pada paras mencukupi.

Justeru, sama-samalah kita muhasabah diri dan ingat kes ketiadaan air ini adalah suatu masalah yang kecil, tetapi akan jadi besar bila ia berterusan (hujan tidak turun).

Mungkin lepas ini jika catuan air dikenakan lagi, kami anak beranak akan check in hotel lagi…gara-gara pum tidak berfungsi dengan baik.

Mama Reen
10:34 am – 3/5/2004

Leave a Comment

error: Content is protected !!