‘TheNoor’ Aplikasi Islamik Terbaru, Kini Boleh Download!

‘TheNoor’, aplikasi Islamik terbaru diperkenal oleh Walau dilanda selebriti Neelofa. Walau dilanda pelbagai kontroversi, tetap bergerak ke depan dengan aplikasi ini dibawah syarikat Noor Luminous Sdn Bhd.

Aplikasi ‘TheNoor’ didatangi khas dengan rakaman bacaan tafsiran al-Quran dalam lima bahasa yang berbeza termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil dan Bahasa Indonesia.

Neelofa & Kelebihan ‘TheNoor’

Banyak lagi kelebihan ‘TheNoor’ ini untuk pengguna, lebih penting lagi aplikasi ini juga boleh dipakai bagi Muaalaf untuk memudahkan mereka memahami bacaan al-Quran.

Neelofa perkenal aplikasi Islamik. Kredit IG Neelofa.

TheNoor’ dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri khas seperti waktu solat, arah kiblat, lokasi-lokasi masjid berdekatan dan tafsiran bacaan al-Quran. Pendek kata, aplikasi ini diibaratkan ‘semua dalam satu’ untuk kegunaan penganut agama Islam tidak kira di mana mereka berada sekalipun.

Aplikasi TheNoor dilengkap dengan ciri-ciri menarik untuk kaum Muslimin diibarat menjadi ‘pembantu di alam maya untuk kita melaksanakan tugas harian dengan cepat dan muda.

Boleh dimuat naik dan dalam pelbagai bahasa. Kredit IG Neelofa.

“Saya juga berharap TheNoor dapat digunakan di seluruh dunia termasuk negara-negara Asia dan Eropah.

Dalam Banyak Bahasa

Selain, lima bahasa yang diperkenalkan dalam aplikasi ini, Neelofa selaku Ketua Pegawai Eksekutif Noor Luminous Sdn Bhd memaklumkan mereka dalam perancangan untuk menambah lagi bahasa-bahasa lain. Antara bahasa yang dimaksudkan itu termasuk Bahasa Turki, Perancis, Spanyol, Urdu dan Hindi.

“Alhamdulillah dengan bangganya aplikasi TheNoor dilancarkan setelah enam bulan perancangan dan ianya boleh digunakan oleh semua umat Islam seluruh dunia.

“Selain itu, kami juga merancang untuk memperkenalkan fungsi wasiat dan faraid yang membolehkan pengguna mengelolakan wasiat mereka juga membayar zakat menerusi aplikasi ini seiring dengan undang-undang Syariah.

Walau dilanda kontroversi, Neelofa tetap melangkah kehadapan. Kredit IG Neelofa.

“Sejajar dengan perkembangan jualan atas talian dan galakan pembayaran tanpa tunai, kami turut akan memperkenalkan dopet digital iaitu E-Wallet yang mempunyai fungsi Bad Pra-Bayar Visa menwrusi Fasspay. Kaedah ini sedang dalam proses kelulusan Bank Negara Malaysia.

Aplikasi TheNoor sudah boleh dimuat turun di aplikasi Play Store bagi pengguna android. Manakala, bagi pengguna Apple boleh muat turun di Apps Store dan semoga bermanfaat untuk semua Muslim.

Baca lagi: Giler tulis blog

Leave a Comment

error: Content is protected !!