Cara renew roadtax online| Kalau roadtax dah mati tak perlu risau bergegas ke JPJ. Korang sebenarnya boleh buat sendiri. Ini caranya buat secara online lebih mudah, cepat & selamat.
Sebelum guna sistem ini, pengguna perlu register mendaftar langkah-langkah berikut untuk cara renew roadtax kereta online:
- Layari portal menerusi pautan https://www.myeg.com.my/
- Klik pada ‘Login/Register’ dalam laman web tersebut.
- Klik butang ‘Create Account’ untuk mendaftar.
- Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan.
- Klik pada ‘I’m not a robot’
- Klik ‘Enter Details.’
- Link pengesahan akan dihantar ke email.
- Semak email dan klik pada link pengesahan yang dihantar.
Artikel Lain: 10 Produk Sunblock Terbaik Untuk Wajah 2023
Apa Itu Roadtax & Insuran Kenderaan
Sebagai seorang pengguna kenderaan ringan, memang perlu untuk kita perbaharui cukai jalan untuk dipandu di jalan raya secara sah setiap tahun. Kadar cukai jalan ini adalah etap dan tidak berubah. Apa yang membezakannya nihai kenderaan dibawa dan tempoh untuk buat 6 bulan atau setahun.
Namun sebelum renew roadtax, kita perlu membeli insuran terlebih dahulu. Insuran pula merujuk kepada perlindungan yang dibeli pemilik kerata. Ini bertujuan untuk melindungi pengguna dan kurangkan kos kenderaan jika berlaku apa-apa kemalangan atau keroskan kereta.
Dan sekarang ini tak perlu bersusah payah pergi ke kaunter JPJ sebaliknya boleh saja kita buat secara online. Tak susah pun dan jimat masa untuk tujuan cara renew roadtax kereta online termasuk insuran.
Cara Renew Insuran Kereta Online
- Layari laman web MyEG kemudian daftar akaun anda pada halaman Register
- Setelah selesai, log masuk akaun anda
- Di halaman utama, tekan pilihan Jabatan Pengangkutan Jalan
- Seterusnya pilih sama ada anda ingin perbaharui insuran kereta atau motor
- Di halaman berikutnya, tekan Compare Now untuk membandingkan harga serta perkara yang dilindungi beberapa syarikat insurans dan takaful yang berbeza
- Setelah itu, masukkan nombor pendaftaran kenderaan anda dan tekan Next
- Beberapa maklumat kenderaan anda akan dipaparkan pada halaman seterusnya dan anda perlu sahkannya
- Kemudian, masukkan maklumat pemilik kereta supaya sistem boleh sediakan sebut harga insurans untuk anda, tekan Next
- Pilih syarikat insuran yang tersedia untuk dapatkan harga terkini, kemudian tekan Submit
- Seterusnya anda boleh nampak harga insurans yang dikenakan bagi setiap syarikat yang anda piilih tadi. Tekan Buy Now pada mana-mana insuran yang anda mahu
- Anda kemudian perlu masukkan maklumat pemandu tambahan jika ada, serta pilih sebarang Add-ons yang diperlukan
- Akhir sekali, lakukan bayaran
- Setelah bayaran dibuat, anda boleh memuat turun resit bayaran dan sijil perlindungan (cover note) sebagai rujukan. Ini yang perlu kita tahu untuk cara renew roadtax kereta online.
Ini Pula Cara Renew Roadtax Online
Untuk urusan cara renew roadtax kereta online pula, korang boleh terus beli di MYEG bila insuran dan live. Ini cara mudah buat untuk cara renew roadtax kereta online.
- Log masuk dalam laman web MyEG dan klik pada ikon Jabatan Pengangkutan Jalan
- Klik pada butang Perbaharui Cukai Jalan
- Kemudian pilih sama ada anda ingin perbaharui cukai jalan motor atau kereta
- Kemudian, lengkapkan maklumat yang diminta seperti nombor kad pengenalan, nama, nombor telefon, alamat e-mel, nombor pendaftaran kenderaan dan tempoh pembaharuan cukai jalan
- Anda juga boleh buat pilihan sama ada cukai jalan itu dihantar ke rumah anda atau anda ambilnya sendiri di Pejabat MyEG berdekatan. Penghantaran ke alamat pilihan akan dikenakan caj penghantaran
- Pastikan semua maklumat yang diisi adalah tepat. Sebut harga dan caj yang dikenakan akan dipaparkan pada skrin. Jika anda setuju dengan sebut harga tersebut, tekan butang Confirm & Pay
- Lakukan bayaran
- Muat turun resit pembayaran dan simpannya sebagai rujukan
- Tunggu sehingga cukai jalan dihantar ke rumah anda
Jadi anda tidak perlu lagi keluar rumah slawal page untuk ke JPJ atau beratus lama untuk mendapatkan insuran dan roadtax ini. Semuanya di hujung jari dan tunggu sahaja penghantaran yang mengambil masa sehari dua. Tiada masalah untuk cara renew roadtax kereta online.
Namun untuk urusan lain berkaitan kenderaan seperti tukar nama, urusan hilang atau lain-lain, masih perlu lakukan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Sis senaraikan JPJ sekitar Lembah Klang.
Semua urusan tertakluk pada waktu operasi iaitu dari Isnin hingga Khamis (8 pagi – 1 petang), rehat 1 petang hingga 2 petang dan buka semula 2 petang hingga 5 petang
Manakala untuk Jumaat pula masa beroperasi pada 8.00 pagi hingga 12.15 petang, rehat 12.15 hingga 2.45 petang dan sambung pula 2.45 petang hingga 5 petang.
Senarai JPJ Sekitar Selangor & Kuala Lumpur
Selangor | Kuala Lumpur |
Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Selangor Jalan Padang Jawa 40620 Shah Alam Telefon: 03-55669555 Faks: 03-55432202 | Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Lot 14264 53300 Setapak Telefon: 03 40241200 Faks: 03-40236599 |
Cawangan Kuala Kubu Bharu 44000 Hulu Selangor Telefon: 03-60641130 Faks: 03-60643731 | Cawangan Bandar Sri Permaisuri No 1, Jalan Permaisuri 8, 56000 Cheras Telefon: 0391727461 Faks: 0391727343 |
Cawangan Sabak Bernam Batu 2, Jalan Besar, Tebuk Pulai, 42500 Sabak Bernam Telefon: 03-32161466 Faks: 03-32164929 | Cawangan Maju Junction Level 2 Maju Junction Mall 50250 Wilayah Persekutuan Telefon: 03-26989572 Faks: 03 26989470 |
Cawangan Petaling Jaya Jalan Sultan 46620 Petaling Jaya Telefon: 03-79569194 Faks: 03-79564230 | |
Cawangan Banting No 1 , Jalan Campaka Sari 2 42700 Banting Telefon: 03-31872591 Faks: 03-31229698 | |
Cawangan Bangi Lot 139 Jalan 7/7C Seksyen 7 43650 Bandar Baru Bangi Telefon: 03-89258386 Faks: 03-89257959 |
Cara Renew Lesen P Ke CDL Di JPJ
Dan perlu tahu Lepas habis tempo percubaan 2 tahun kena renew lessen P kepada lesen Full Competent Driving License (CDL). Ramai yang tahu sebenarnya kita boleh tukar lesen P ke lesen penuh 7 hari sebelum tamat tempoh percubaan.
Dan korang ada masa selama setahun untuk renew lesen P daripada tarikh tamat percubaan. Jika lambat korang tidak akan didenda. Dan tarikh tamat lesen memandu akan diselarikan dengan tarikh lahir.
Cuma jika lewat atau lambat renew, perlu membayar lebih sedikit untuk samakan dengan tarikh lesen dengan tarikh lahir.
Korang juga boleh tukar lesen P ke lesen penuh ini di mana-mana pejabat JPJ atau Urban Transformation Centre (UTC).
Prosedur Renew Lesen P Ke CDL
- Pegi ke pejabat JPJ atau UTC terdekat.
- Ambil borang JPJ L1 dan isi.
- Ambil borang dan tunga giliran
- Bila number dipanggil, pergi ke kaunter dan beritahu ingin tukar lesen P ke lesen CDL.
- Serahkan kay pengenalan dan lesen P anda
- Beritahu Pegawai bertugas berate tahun untuk renew lesen.
- Boleh juga jika ingin tukar gambar, bawa bersama gambar berlatar belakang putih berukuran 25mmX32mm.
- Buat bayaran dan tunggu lesen CDL akan siap dalam beberapa minit.
- Tidak boleh renew lesen P di mana-mana Pejabat Pos atau MYEG.
- Bayaran untuk lesen bergantung berapa tahun korang nak renew. Jika setahun bayaran dikenakan RM30, 2 tahun RM60, 3 tahun RM90, 4 tahun RM120 dan 5 tahun RM150.
Info Terkini: Tiada Lagi Pamer Pelekat Kenderaan
Mula February 2023, JPJ telah mengumumkan pemilik kendereaan persendirian tidak perlu lagi untuk mempamerkan cukai jalan pada kenderaan masing-masing.
Ini adalah disebabkan beberapa aduan orang ramai sebelum itu yang memberitahu pelekat cukai jalan ini tidak berkualiti, cepat rosak dan tidak tahan lama kalau ditanggalkan.
Malah ia juga jadi kabur dan kurang jelas sebelum tamat tempoh dan sisa gam juga melekat pada cermin agak sugar untuk ditanggalkan. Namun begitu, ada beberapa fakta penting seperti yang diumumkan Menteri Pengangkuan Loke Siew Fook.
- Pemilik kenderaan persendirian tidak perlu lagi pamer cukai jalan di kenderaan masing-masing mulai Februari 2023.
- Warganegara boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) melalui portal awam JPJ atau aplikasi MyJPJ bawah satu projek perintis.
- Ini selaras dengan pelaksanaan langkah digitalisasi dalam perkhidmatan teras JPJ, iaitu cukai jalan dan lesen memandu oleh Kementerian Pengangkutan.
Baca Lain: Kelebihan Guna Mae Maybank, Senang Dapat Cashback