10 Idea Dulang Hantaran Tunang Terkini Yang Simple Dan Praktikal

Risau nak beri apa untuk dulang hantaran? Hantaran tunang adalah pemberian hadiah daripada kedua-dua pihak lelaki dan wanita dalam menjalin satu ikatan sebelum berkahwin dan bergelar suami isteri.

Pemberian berupa hadiah ini juga selalunya diberikan melalui persetujuan kedua belah pihak sebagai menghormati adat dan budaya dalam masyarakat Melayu.

Bagi mereka yang melalui fasa alam pertunangan ini dilihat sebagai proses untuk lebih saling mengenali antara satu sama sebelum keduanya bersatu dalam ikatan yang lebih halal iaitu sebuah majlis perkahwinan.

Pertunangan Menurut Islam

Pertunangan dalam Islam adalah bertujuan bagi mengenal akhlak dan sifat pasangan sebelu diadakan akad nikah. Situasi ini dapat membantu menguatkan hubungan cinta serta mempersiapkan diri masing-masing sebelum berkahwin.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda kepada sahabat yang ingin bertunang:

انْظُرْ إِلَيْهَا فَإِنَّهُ أَحْرَى أَنْ يُؤْدَمَ بَيْنَكُمَا

Maksudnya“Lihatlah perempuan itu dahulu kerana ia akan lebih mengekalkan kasih sayang antara kamu berdua.”

Riwayat al-Tirmizi (1087)

hantaran tunang
Buat secara sederhana sudah memadai.

Hantaran Tunang Wajib Atau Tidak

Sebenarnya hantaran yang dilakukan semasa majlis tunang atau masa akad nikah tidak diwajibkan dalam Islam. Biasanya hantaran ini sebagai persembahan yang dilakukan atas persetujuan kedua-dua belah pihak bagi menghormati majlis. Dan bagi memudahkan perjalanan majlis, kedua pihak berbincang untuk memberi berapa dulang hantaran tunang sebelum acara diadakan.

Dulang Hantaran Tunang

Dalam hal ini, kedua-dua pihak bersetuju untuk memberi berapa dulang hantaran tunang. Biasanya pihak lelaki akan memberi dalam angka ganjil seperti 3,5 atau 7 dulang hantaran tunang.

Manakala bagi pihak perempuan pula akan membalas lebih dari itu untuk dulang hantaran tunang berkenaan. Kalau nak simpe cukup sekadar 5 dulang hantaran tunang berbalas 7 daripada pihak perempuan.

Untuk design dulang hantaran tunang untuk lelaki dan dulang hantaran tunang untuk perempuan pula bergantung pada kreativiti tukang gubah. Kalau nak praktikan letak saja dalam box kerana lebih mudah untuk di bawa.

Zaman sis dulu, sis rajin gubah dan buat sendiri dulang hantaran untuk lelaki. Terasa lebih puas dapat gubah walaupun gubahannya tidak sempurna seperti tukang gubah yang profesional. Masa itu rujukan kita hanyalah majalah Pesona Pengantin, tidak seperti hari ini boleh melayari youtube atau medium sosial lain.

13 Idea Hantaran Tunang Simple Dan Jimat

Jadi bagi mereka yang akan bertunang dan masih tercari-cari apa dulang hantaran tunang untuk dibawa boleh lihat senarai yang dikongsi ini. Pesan sis cari dan bawalah hantaran tunang yang simple dan mudah bawa lagi-lagi jika tempat dituju jauh.

Lagi satu sediakan hantaran tunang mengikut bajet dan kemampuan masing-masing. Atau boleh juga berbincang dengan pasangan, cukup sekadar hantaran tunang, nanti bila majlis kahwin tak perlu sediakan hantaran ini lagi.

1. Sirih Junjung

Ini adalah hantaran tunang yang perlu disediakan sebagai menghormati adat masyarakat kita. Sirih junjung ini boleh digubah mengikut kreativiti masing-masing. Buat yang simple dan pastikan digubah sehari sebelum majlis, bimbang layu jika dibuat terlalu awal.

hantaran tunang

2. Cincin Tunang

Sebagai pemberian atau tanda si dia diikat dan dalam proses bersedia untuk menjalin ikatan yang sah di sisi agama iaitu hubungan perkahwinan. Beli cincin tunang mengikut bajet kemampuan dan pastikan pasangan juga tak terbeban semata-mata mahu memberikan yang terbaik. Pemberian cincin ini seperti ‘wajib ada’ berbanding memberikan hadiah lain. Kalau masa kahwin nanti tak salah nak beli gelang atau rantai leher.

3. Persalinan Pakaia Ela

Sepasang persalinan juga antara hantaran tunang yang wajib korang beri pada pasangan. Kalau boleh berikan baju untuk majlis akad nikah iaitu berupa kain ela. Jadi boleh ditempah dan pakai untuk majlis akad nikah. Kebanyakan pasangan lebih gemar pilih warna putih atau pastel untuk diberi sebagai hadiah hantaran tunang. Dapat berikan dengan sehelai tudung juga sebagai pelengkap dulang hantaran ini.

4. Telekung Dan Sejadah

Bagi hantaran tunang untuk perempuan, boleh berikan telekung dan juga sejadah. Kalau dapat telekung Siti Khadijah memang pasangan akan tersenyum lebar. Lagi best kalau disertakan sekali dengan sejadah gebu yang jadi idaman ramai. Dan hantaran untuk lelaki pula eloklah sekadar sejadah dan juga sepasang kain pelikat. Sudah memadai.

5. Naskhah Al-Quran

Salah satu hantaran tunang yang bagus untuk diberi adalah senaskah Al-Quran. Kalau boleh beri yang ada tafsirannya agar mudah untuk dibaca dan difahami penceritaan kitab suci ini. Tak perlu perlu terlalu besar, memadai yang memudahkan pembacaan kedua-dua pasangan. Korang boleh cari pelbagai jenis Al-Quran di Karya Bestari yang menjualnya dengan harga mampu milik. Dapat Quran Amazing memang amazing hidup berumah tangga yang bakal dibina nanti.

6. Kasut Sneakers/ Sport Shoes

Dewasa ini ramai pasangan yang gemar memberikan kasut sebagai hantaran tunang. Baik lelaki atau perempuan masing-masing boleh beli sendiri dan beri pada pasangan untuk dijadikan dulang hantaran. Kalau kedua-duanya jenis minat berlari, apa kata korang beli saja sport shoes kerana lebih praktikal dan mudah. Malah ada juga yang pakai sneakers untuk majlis kahwin dan ini yang dikatakan lain daripada lain. Zaman sis dulu hantaran kasut juga tapi jenis tumit tinggi. Siap dapat handbag lagi ketika itu.

7. Coklat Dan Manisan

Hantaran tunang lain yang simple adalah pemberian coklat. Korang boleh beli coklat mahal seperti Ferero Rocher, Cadbury, Beryl atau Tobleronce. Ada coklat yang diletakkan dalam box dan ada yang korang kena gubah ikut citarasa dan nampak lebih mahal. Pastikan hantaran tunang coklat digubah sehari sebelum untuk elak cair jika dibiarkan di luar. Oh ye ada juga yang memberi hantaran tunang manisan yang bersifat tradisional seperti dodol, wajik atau halwa maskat.

8. Kek

Masih ramai yang memberikan kek sebagai salah satu barang hantaran tunang yang mudah. Kalau rajib boleh buat sendiri kek ini atau tempah saja mengikut design yang disukai. Tak rugi beri kek kerana ahli keluarga pasangan boleh makan usai majlis tunang tamat. Malah kek juga boleh jadi hantaran tunang yang last minute boleh diganti jika barangan lain tidak sempat disiapkan atau terlupa beli. Cari saja kedai Secret Recipe, ada macam-macam flavour seperti Chocolate Indulgence atau Black Forest.

9. Bunga Rampai

Untuk yang nak jimat dalam pemberian hantaran tunang adalah bunga rampai atau potpouri. Kalau nak lebih klasik berilah bunga rampai iaitu daun pandan yang dipotong halus bersama bunga lain dan diletakkan sedikit minyak wangi. Letakkan dalam bekas cantik dan harum daun pandan akan menaikkan lagi aura majlis pertunangan nanti.

10. Buahan

Bagi yang berhajat nak beri buahan untuk hantaran tunang juga sangat dialu-alukan. Dapat buahan segar seperti epal merah, oren sunkist, buah naga, kiwi atau anggur juga sudah memadai. Berikan saja satu bakul buahan dan pemberian ini pasti menggembirakan keluarga pasangan anda. Idea hantaran tunang buahan ini memang sangat similar dengan majlis pertunangan sejak dulu lagi.

11. Set Mandian

Hantaran tunang simple yang lain adalah set mandian. Boleh cari set mandian kegemaran pasangan yang biasanya sudah dibungkus cantik. Untuk elak pembaziran tanya pasangan set mandian mana yang sering digunakan. Selain set mandian, korang juga boleh berikan set wangian atau produk kosmetik. Selalunya didatangkan dengan losyen tangan dan badan untuk kegunaan harian. Yang ini selalunya daripada dulang hantaran untuk perempuan.

12. Gajet Terkini

Zaman dunia teknologi terkini menyebabkan ramai yang memberi gajet seperti table atau smart phone kepada pasangan. Walaupun harganya mahal, tetapi berbaloi terutama bagi mereka yang mahu menggantikan smart phone baru. Tentu pasangan jadi lebih sayang kalau dapat barangan gajet ini sebagai hantaran tunang.

13. Tuala

Antara hantaran tunang paling bajet adalah pemberian tuala. Korang boleh beli tuala apa-apa jenama dan gubah menjadi bentuk seperti itik, kelopak bunga atau jadi tengkolok. Apa juga gubahan dibuat apa yang penting pemberian berkenaan memang ikhlas sebagai hantaran tunang untuk yang tersayang.

hantaran tunang

Sekitar Selangor:

1. Hantaran Qaseh
Jalan Lombong Besi 29/3A Seksyen 29, Shah Alam

2. CT Handicraft
7, Jalan Pinang E, Seksyen 18, Shah Alam

3. Romantika
3rd Floor Plaza Alam Sentral, Shah Alam

4. Valoobuy
No 11, 15/24 Jalan Linggir, Seksyen 15, Shah Alam

5. SSF Home Deco
Cawangan Klang Parade

6. Fah Lean Floral Trading
No 2 & 2A Jalan 1/3, Taman Industri Selesa Jaya, Balakong

7. WH Floral Trading Sdn Bhd
Taman Industri Selesa Jaya, Balakong

8. GM Klang Wholesale City
Bandar Botanic Klang

Sekitar Kuala Lumpur

1. Bunga Reben TAR
155 Jalan Tunku Abdul Rahman, KL

2. Sin Yin Sdn Bhd
118, Jalan Tunku Abdul Rahman KL

3. Kedai Alat Jahitan Kim Lai
Ground Floor Pertama Shopping Complex, Jalan TAR KL

4. Florist Vivia
Kuala Lumpur

5. Yen Riben
Lot B1.88B, Semua House, Jalan Bunus 6, City Centre, 50100 Kuala Lumpur

6. Sayang You Sdn Bhd
Bangi Utama Shopping Complexs, Bandar Baru Bangi

Sekitar Johor Bharu

1. Kedai Bunga & Hantaran Mulan
19,17, Jalan Titiwangsa 3, Taman Tampoi Indah, 81200 Johor Bahru, Johor

2. IKAHWIN
No 37 & 39, Jalan Dataran Larkin 1, Taman Dataran Larkin,, Johor Bahru, Malaysia

3. Pusat Pengantin Dan Kraftangan Impian
Plaza Angsana, L4-28, Skudai Lbh, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru

4. Lynn Gubahan Hantaran One Love
No. 42, Jalan Bentara 2, Taman Tun Aminah, Johor, 81300 Johor Bahru

5. Dulang Hantaran by_ CW JB
17, Jalan Bestari 25/1, Taman Bestari Indah 1, 81800 Ulu Tiram, Johor

6. Kahwins Wedding Acc Sdn Bhd
PTD 100802, Jalan Simbang, Taman Perling, 81200 Johor Bahru, Johor

Tips Dulang Hantaran Tunang

  1. Bincang dengan pasangan nak bawak berapa dulang hantaran tunang. Kalau boleh biar jumlahnya sama ada 3 berbalas 5, 5 berbalas tujuh atau 7 berbalas 9 dulang hantaran. Tidak perlu bawak terlalu banyak kerana menyukarkan si pembawa dulang.
  2. Untuk lebih praktikal, pilih dulang hantaran tunang yang senang untuk dibawa. Misalnya kotak, atau atau balutan kain yang dihias menarik. Nak lebih jimat boleh buat sendiri gubahan dulang hantaran ini. Atau mahu yang eksklusif boleh tempah dengan mereka yang pakar.
  3. Pastikan barangan dulang hantaran boleh dipakai untuk majlis kahwin nanti. Misalnya hantaran pakaian, kasut atau songkok yang memang jadi keperluan kedua mempelai kelak.
  4. Untuk gubahan sirih junjung, pastikan digubah sehari sebelum majlis untuk elak gubahan nampak tidak segar. Lagi-lagi jika menggunakan fresh flower. Pastikan juga menggunakan span basah untjk kekalka kesegaran sirih dan bunga segar.
  5. Pemberian biarlah ikut kemampuan. Jangan terlalu mengikut orang lain yang majlisnya lebih gah. Dalam Islam pemberian tidak wajib sekadar untuk memeriahkan majlis saja. Apa yang penting majlis ijab dan kabul itu nanti untu menghalalkan sebuah perhubungan.
  6. Kalau tak sempat beli barang hantaran atau hiasan untuk dulang, korang boleh gunakan perkhidmatan Jnt Johor terutama bagi mereka yang tinggal di Johor. Bagi negari lain buat saja carian Jnt seluruh negeri di Malaysia.
hantaran tunang

Layari page sitizurinamatsaman.com untuk lebih info

4 thoughts on “10 Idea Dulang Hantaran Tunang Terkini Yang Simple Dan Praktikal”

  1. Citarasa ikut kemampuan nak letak apa dlm dulang hantaran asalkan tidak membebankan pihak pengantin.

    kak pip dulu kawin tiada dulang hantaran pasal dah sepakat tak nak add extra cost.

    Tapi husband dah siapkan barangan rumah peti sejuk, TV, washing machine, alatan memasak.. so memang happy lepas kawin masuk2 ja rumah sewa, barangan dah complete.

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!