Adat Salam Cangkuk, Tradisi Masih Diamalkan

Adat salam cangkuk sangat biasa kita lihat apabila berkunjng ke sesebuah majlis perkahwinan. Macam tak sah kalau pulang begitu saja dan mengambil doorgift tanpa menghulurkan sesuatu sumbangan.

Rentetan dari entri terdahulu, ketika sis bergelar Mak Pengantin. Sis nak cerita keterujaan pergi ke majlis perkahwinan jiran kami di Bandar Puteri, Klang.

Mak Pengantin dengan jiran sebelah berpakat pergi dengan ditemani anak-anak (En. Abah tiada daya nak pergi kerana demam). Terpaksalah sis jadi wakil.

Seperti biasa, kami pergi dalam pukukl 1, tetapi alahai wrong timing. kenapa Mak Pengantin cakap begitu? Kerana ketika itu berpusu-pusu orang keluar masuk.

Sudahlah membawa anak-anak, sudahnya makan ala kadar sekadar menghormati majlis. Kata orang kalau dah datang kenalai meraikan tuan rumah yang berusaha menjemput kita.

Jamuan Makan Secara Rewang

Dengar cerita dari seorang teman Eizan (suaminya orang kuat surau BP), makanan dimasak secara rewang dengan orang-orang kuat di BP. Lauknya boleh tahan sedap dan disulami makanan lain seperti tapai, buah rambutan, bubur kacang dan rojak buah.

Artikel Lain: Resepi Carbonara Asli Spaghetti, Rasa Memang Power

Sudah seperti trend sekarang, pasti ada hidangan sampingan sebagai pencuci mulut. Malah ada juga yang membuat stall dengan menghidangkan pelbagai hidangan ringan seperti roti canai, ayam golek, keow teow goreng dan sebagainya. Itu jika punya bajet lebih.

Dalam pada enak makan, Mak Pengantin sempat mengerling ke pelamin ala Javaniesse di hall depan. Nampak cantik dan menurut Eizan, keluarga ini mempunyai sangkut paut dengan keturunan orang Indonesia. Patutlah pelamin itu sangat gah rupanya. Berwarna warni.

Adat salam cangkuk
Berunsur Jawa.

Ada juga pelamin biasa di depan jalan. Macam biasa kerusi besar serta rimbunan floral menjadi pilihan mempelai masa kini.

Sebelum balik Mak Pengantin sempat mengambil beberapa gambar, maklum dah jadi mak pengantin ni perlu tahu soal kerja-kerja kahwin ini.

Sebaik makan memang terus bergegas balik kerana tak tahan dengan perangai anak-anak (Adam dan Aqil). Mereka ini bergaduh berebut untuk duduk di sebelah Mak Pengantin. Sudahnya nasi yang saya bawa tumpah gara-gara sikap nakal mereka.

Artikel Lain: Kad Kahwin Nostalgia Klasik Paling Indah

Adat Salam Cangkuk Masih Diamalkan

Ikutkan nak saja Mak Pengantin cubit atau pukul diorang ni, tetapi pikir di rumah orang hanya mulut membebel. Aqil memang tak suka ikut pergi kenduri (terutamanya jika dibuat di rumah) panas katanya. Tapi gedik nak ikut mama.

Dan seperti biasa, sebelum balik, kami bertemu dengan tuan rumah. Kebiasaannya juga dalam adat masyarakat melayu akan ada ‘salam cangkuk’.

Ianya masih diamalkan sehingga hari ini (jika majlis di rumah) dan jika di dewan Mak Pengantin tak pasti kerana macam tak pernah nampak acara ‘salam cangkuk’ ini. selalunya mereka datang bawa hadiah besar (jika majlis di adakan di dewan).

Adat salam cangkuk
Pelamin cantik.

Mak Pengantin teringat masa zaman Mak Pengantin kahwin dulu dan selalunya di kampung, salam cangkuk ini duitnya diisi dengan kertas tisu.

Dalam gumpalan tisu terselit wang kertas yang nilainya agak kecil (kata orang janji bagi). Atau juga diletakkan duit syiling yang juga nilainya kecil.

Sebenarnya tak kisah berapa nilai yang diberi janji ikhlas. Sebenarnya salam cangkuk ini bukan wajib tetapi lebih kepada menghormati tuan rumah.

Artikel Lain: Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah Boleh Strim Online Di TONTON

Tapi Ada Juga Yang Menolak

Mak Pengantin pernah hadir ke suatu majlis kahwin yang mana tuan rumah tidak menerima salam cangkuk ini. Ditolak dengan baik dan katanya majlis ini lebih kepada kesyukuran. Mulia sungguh hati tuan rumah.

Cuma Mak Pengantin nak pesan jika nak bagi salam cangkuk ni jangan tulis nama (jika jumlahnya sikit). Bukan apa nanti takut dibanding oleh tuan rumah dengan tetamu lain (yang mungkin beri lebih).

Adat salam cangkuk
Persembahan menarik.

Sebenarnya hadir ke majlis itu juga lebih afdal kerana kita hormat dengan undangan itu dan tanda kita hidup berjiran.

Cuma kalau dia tulis bersama pasangan, maknanya tak boleh bawak anak-anak. Tapi kalau dijemput sekeluarga, bolehlan bawak semua kaum keluarga (anak-anak).

Layari Fan Page: sitizurinamatsaman

Artikel Lain: Entri Panas Enjin, Lepas 8 Tahun Berbloging

Leave a Comment

error: Content is protected !!