Duka Seorang Sahabat, Hingga Akhir Hayat

Duka seorang sahabat dibawa hingga ke akhir nyawa. Siapa sangka jika kita lihat sebelum ini dia gembira bersama teman-teman, tetapi rupanya menyimpan seribu penderitaan.

Entri ini sis tulis hampir 10 tahun lalu. Walaupun entri lama, tetapi apabila dibaca kembali, terkenang momen pernah bersahabat dengannya yang kini sudah menemui PenciptaNya.

Artikel Lain: Kelebihan Puasa Bulan Rejab & Kejar Syafaatnya

Duka Seorang Sahabat

Semalam sis mendengar perkhabaran gembira kerana seorang teman Rosmah Idayu baru sahaja melahirkan anak ke limanya.

Baby ini cukup istimewa kerana dilahirkan melalui ‘tingkap’. saya terbayang jika ‘dia’ masih ada, sudah tentu kandungan memasuki 5 bulan.

Tentang Ayu ini, kami sama-sama boleh dikatakan senang untuk hamil dan biasanya bila jumpa berceloteh benda yang sama iaitu pasal anak-anak.

Duka seorang sahabat
Ayu, sahabat yang baik.

Dengarnya juga selepas nombor 5 ini Ayu dah ‘tutup pintu’. Melihat gambar babynya di Instagram buat hati sis sedikit sayu….kalaulah dia masih ada, mestilah jadi anak bongsu paling manja. Tetapi itulah Tuhan Maha Mengetahui segala-galanya. Walau sedih, tapi sis reda.

Artikel Lain: Sehari Bergelar Guru & Cerita Morning Sickness

Dan pagi ini sis mendengar satu lagi perkhabaran tetapi bukan gembira sebalikinya duka. Seorang teman (di bahagian IT) yang sudah lama berjuang melawan ‘kanser’ akhirnya menemui Penciptanya.

Semalam lagi kami mendengar arwah Erni sakit tenat tetapi kekangan masa menyebabkan niat untuk melawat tertangguh hinggalah dengar berita pemergiannya.

Duka seorang sahabat
Arwah Ernie (tengah) berbaju oren ketika majlis Yayasan Nur.

Nampaknya hajat untuk melihatnya tidak kesampaian. Dia meninggal dalam usia  yang muda (muda dari saya) dan rasanya meninggalkan dua anak yang masih kecil.

Terus sis terbayang seorang lagi teman kami yang juga meninggal dunia dalam muda. Arwah Mira meninggal juga disebabkan kanser dan turut meninggalkan tiga anak kecil.

Memang kanser sejenis penyakit yang begitu membahayakan. Kata seorang doktor yang merawat arwah emak yang juga meninggal di sebabkan kanser, kanser ini dianggap sebagai ‘similar to die’.

Tatkala dia berkata begitu sis akur akhirnya seseorang yang menderita kanser akan pergi jua. Cuma masanya yang kita tidak ketahui.

Sis juga mempunyai seorang Makcik (sebelah En Abah) yang juga seorang pesakit kanser payudara. Sudah lama dia berjuang dan alhamdulillah masih lagi sihat.

Sentiasa Ceria & Positif

Ubatnya apa? Memang kita tahu akan kembali kepada pencipta-Nya tetapi jika sentiasa positif dan ceria, insya-Allah usia akan dipanjangkan Tuhan.

Memang Makcik sis ini yang saya panggil Chik Jah, seorang yang sentiasa ceria dan positif. Jarang sis nampak dia sedih dan paling best jika balik Kemaman, sure singgah rumah dia.

Macam-macam kami kongsi cerita. Kalau musim raya, dia sanggup beli mercun banyak-banyak sebab nak main dengan cucu-cucunya (anak-anak sis dan sepupu-sepupunya).

Duka seorang sahabat
Chik Jah (tengah) ketika sambut raya bersama-sama.

Sis juga teringat kata-kata seorang pesakit kanser juga yang sis pernah temubual. Bagi yang menghidap sakit ini jangan sesekali sentiasa murung dan berada dalam kesedihan. Jika sedih ia akan menyebabkan emosi kita terganggu dan hanya fikirkan soal mati.

Sebaliknya dia menyuruh sentiasa ceria, positif dan kalau boleh kongsi pengalaman berjuang dalam kanser ini kepada orang ramai.

Atleast boleh dijadikan panduan untuk yang menghidap sakit sama (dia yang saya juga anggap teman ini sudah meninggal dunia akibat kanser payudara).

Artikel Lain: Minggu Kalut: Antara MH370 & Jadi Bibik Sebenar

Jangan Luah Di Media Sosial

Sis kira walaupun kita sakit atau tidak, hidup itu perlu sentiasa ceria. Kata orang masalah dalaman itu biar kita sembunyi dalam diri sendiri.

Dan kalau ada seseorang yang benar-benar memahami boleh ceritakan pada dia. Ingat, bukan berkongsinya dalam laman sosial kerana boleh mengundang masalah (terutamanya bab rumahtangga).

Sebelum mengakhiri entri di pagi hari ini, sis ingin pesan, jaga diri, sentiasa ceria dan positif dalam apa jua hal. Insya-Allah Allah akan permudahkan segala urusan nanti.

Layari Fan Page sitizurinamatsaman

Artikel Lain: Catuan Air Selangor, Terus Check-In Hotel

Leave a Comment

error: Content is protected !!