Kad Kahwin Nostalgia Klasik Paling Indah

Kad kahwin nostalgia klasik yang sangat indah untuk dikenang. Mana taknya apabila zaman sudah berubah, rasanya tiada lagi penghantaran kad kahwin seperti dulu. 

Semuanya kini guna e-card. Senang nak jemput tetamu sebab boleh terus hantar tanpa guna sis pengeposan. Kalau dulu lain, mak ayah kita kena bertandang rumah jiran untuk hulur kad jemput kenduri.

Artikel Lain: Adat Salam Cangkuk, Tradisi Masih Diamalkan

Entri lama yang sis edit balik supaya lebih sedap untuk dibaca. Ketika ini sis masih lagi bergelar mak pengantin dan ilmu nak menulis mencurah bagai air hujan. Terus terkenang perihal kad kahwin nostalgia klasik masa sis jadi Raja Sehari.

Kad Kahwin Nostalgia Klasik

Minggu lepas En Abah menunjukkan sekeping kad pada sis. Sekali imbas seperti kalendar. Tetapi setelah dilihat rupa-rupanya kad jemputan kahwin.

Sisa cukup teruja untuk lihat siapa pengirimnya. Siapa sangka jemputan itu dari jiran kami di BP ini. Bayangkan hampir 8 tahun mendiami kejiranan ini, inilah jemputan kahwin pertama kami terima.

Sebenarnya sis rasa seronok kerana dapat jemputan itu dan dalam masa sama sis tersenyum sendiri. Macam-macam kreativiti pasangan mempelai yang diilhamkan dalam membuat persiapan perkahwinan.

Kad kahwin nostalgia klasik

Mengimbas saat sis mahu berkahwin dulu 20 tahun lalu, persiapan biasa-biasa saja. Maksud sis tidaklah terlalu canggih dan hebat seperti sekarang.

Masa sis dulu kad kahwin yang ditempah biasa-biasa saja (cuma ada tarikh, masa, alamat & tanpa gambar). Berbanding sekarang, kad kahwin dibuat pelbagai bentuk dan rekaan.

Sis pernah lihat kad kahwin yang diilhamkan dari facebook, peta, buku nota, pasport, tiket kapal terbang dan macam-macam lagi. Memang ketika ini idea menghasilkan kad kahwin nostalgia mencurah-curah.

Biasanya pasangan muda yang mencipta idea ini dan direalisasikan oleh pereka kad kahwin ini. Kalau ada seorang grafik designer lagi mudah.

Anda boleh cipta pelbagai karakter dan hantar saja ke kedai untuk mencetaknya. Atau jika punya kawan GD, beri sahaja idea dan dia akan usahakan dan sebagai upah (belanja minum jer).

Tapi mungkin kad kahwin kreatif begini sesuai diberi untuk kawan-kawan rapat sahaja. Untuk jemputan VIP sis kira kena bagi yang lebih proper untuk lebih memudahkan kehadiran mereka. Tak kisah kad kahwin nostalgia klasik atau modern yang penting niat sampai untuk menjemput.

Artikel Lain: Bergelar Mak Pengantin, Momen Indah Untuk Dikenang

Sisa dulu pun hanya print kad untuk teman-teman rapat sahaja dan untuk orang kampung pula kad jemputannya sangat simple. Janji ada tarikh, masa dan alamat.

Kad Jemputan Lebih Simple

Hanya kepingan kertas berwarna yang dicetak nama pasangan mempelai, tarikh, masa dan alamat rumah (part ini yang penting) tidak kira secanggih mana kad kahwin anda. Ini baru dikatakan kad jemputan kahwin simple. Yang penting semua info ada di dalamnya.

Kad kahwin nostalgia klasik

Kalau nak lebih tradisional, ikut cara mak sis yang jemput dari rumah ke rumah. Bukan sahaja pesanan lebih cepat sampai tetapi juga boleh merapatkan silaturrahim.

Zaman sekarang ini, jemputan seperti itu mungkin tidak lagi diamalkan. Lebih canggih lagi jemputan melalui media sosial. Paling penting jimat bajet untuk keperluan lain lebih penting.

Create sahaja page jemputan dan anda akan di tanya join, maybe or decline. Selalunya ramai yang kata join tapi rupanya hado…(kekangan masa kot).  Page jemputan sebegini bukan sahaja untuk urusan kahwin tetapi juga birthday, open house atau majlis kenduri.

Namun bagi sis walau semoden mana anda, jemputan melalui kad kahwin perlu diteruskan. Rasa seperti tak lengkap majlis perkahwinan tanpa adanya kad jemputan ini.

Malah kad jemputan (tak kisah bagaimana rekaannya) tetap menerbitkan nostalgia tatkala melihatnya kelak. Apa yang penting kad kahwin klasik yang ada nilainya untuk dikenang.

Buktinya seorang teman Fasya Fazida yang menyambut ulang tahun ke 8 minggu lalu, sempat menitipkan sekali kad kahwinya (warna hitam gitu) dalam coretan madahnya di FB.

Moga bahagia hingga ke jannah ye Fasya Fazida. Seperti dia, sis juga masih menyimpan kad kahwin kami (siap lekat dalam album lagi).

Agak-agak anda juga begitu ke? Kalau ya, maknanya kita masih lagi suka mengenang momen lama yang akan kekal terpahat dalam ingatan.

Kad kahwin nostalgia klasik

Ciri-Ciri Baik & Jimat Kad Kahwin Nostalgia Klasik:

  1. Perlu ada nama, alamat, tarikh, masa dan peta.
  2. Jika buat di dewan atau hotel, pastikan ad tulis RSVP untuk menyenangkan tempahan katering dan tempat duduk.
  3. Jangan terlalu fancy bimbang akan menyukarkan untuk membacanya.
  4. Jangan juga kad jemputan yang terlalu kecil atau besar.
  5. Tempah awal untuk elak jika ada masalah timbul (berhubung cetakan).
  6. Advantage jika anda atau pasangan kreatif dan mendesign sendiri (untuk bajet).
  7. Bincang dengan pasangan dan kongsi soal jemputan esp membabitkan teman sama.
  8. Survey dua tiga tempat sebelum mencetak kad jemputan.

Kad Kahwin Digital

Sebenarnya kita juga boleh mereka sendiri kad kahwi digital untuk diberikan melalui layangan ecard. Cara ini sebenarnya lebih mudah dan menjimatkan masa. Korang boleh mereka sendiri kad kahwin mengikut design yang disukai.

Apa yang penting dalam kad kahwin design ini mengandungi segala info seperti tarikh, masa, tempat dan nama kedua-dua pengantin. Korang juga perlu tambah masuk nombor telefon atau lokasi mengikut waze bagi mengelak tetamu tersesat nanti.

Untuk mereka kad kahwin template ini menggunakan aplikasi canva yang sangat mudah untuk dibuat dan boleh diubah suai sehingga korang puas hati.

Dengan lebih sejuta imej, grafik dan illustrasi stok serta ratusan reka bentuk templat e-Kad menakjubkan yang dihasilkan secara profesional untuk kad kahwin jemputan online ini.

Artikel Lain: Siapa Ira Kazar, Ini Biodata Ramai Tak Tahu

Cara Membuat E-kad

  • Buka Canva
    Jika anda pengguna baharu, daftar diri ke Canva menggunakan Facebook atau Google. Jika anda pernah ke sini sebelum ini, log masuk ke akaun anda dan cari jenis reka bentuk “e-Kad”. Buka halaman yang baharu untuk memulakan.
  • Cari templat yang betul
    Semak imbas templat untuk setiap tema gaya e-Kad. Cari templat yang sesuai untuk anda dengan menambahkan kata kunci yang sesuai dengan suasana, skema warna dan gaya anda untuk mempersempit carian anda. Hanya klik pada templat yang anda mahu mula mereka bentuk.
  • Eksperimen dengan ciri
    Di pustaka Canva, anda akan menemui berjuta-juta foto, imej, ikon, pelekat, ilustrasi dan grafik lain untuk menjadikan kad anda menonjol. Gunakan penapis foto atau gunakan alat animasi untuk membuat bahan leper, runtuh atau timbul ke halaman.
  • Peribadikan kad anda
    Jadikan kad anda unik seperti penerimanya. Muat naik imej dan foto anda sendiri untuk menjadikan reka bentuk anda lebih peribadi. Pilih skema warna dan kombinasi latar yang sesuai dengan personaliti rakan atau ahli keluarga anda.
  • Simpan dan kongsikan
    Muat turun dan simpan kad anda sebagai JPG atau PNG. Kongsi di Facebook, Instagram atau melalui e-mel hanya dengan beberapa klik. Kembali ke reka bentuk anda bila-bila masa dan membuat edit yang diperlukan.

Layari fanpage sitizurinamatsaman

Artikel Lain: Fesyen Pelik Uyaina Arshad Dalam Drama Love Elsa

3 thoughts on “Kad Kahwin Nostalgia Klasik Paling Indah”

  1. Salam,

    Kemunculan lokasi majlis terkini di Ulu Kelang – THE MZH2 (MZH Function Centre)

    Kami menyediakan kemudahan sewa dewan dan juga auditorium di The MZH2, sesuai untuk pelbagai majlis.

    DEWAN PERDANA SURIA (1300 pax)
    DEWAN SINARAN (240 pax)
    AUDITORIUM MZH (200 pax)

    Kemudahan seperti sistem PA, pentas, skrin LCD, projektor, parking kereta, surau, kerusi dan meja disediakan.

    Tel: +603 4107 8580
    Email: info.mzhfunction@gmail.com
    Website: http://www.mzhfunction.blogspot.com

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!