INTEC Anjur K-Fest 2023, Tarik Minat Pelajar Sambung Belajar Di Korea

INTEC | Sejak 10 tahun lalu siapa sangka fenomena Kdrama yang berasal dari Korea Selatan memberi impak yang sangat besar kepada masyarakat di seluruh dunia.

Ramai yang terpesona dengan keindahan negara beriklim 4 musim ini yang dipaparkan dalam setiap filem atau Kdrama yang ditayangkan. Antara Kdrama yang diingati dan viral seperti Winter Sonata, Crash Landing On You, Descendant Of The Sun, Squid Game dan banyak lagi.

Ternyata kecantikan pemandangan negara yang menarik memang menggamit perasaan untuk turut serta berada di negara berkeluasan 100,363 kilometer persegi dengan penduduk seramai 50 juta ini.

INTEC

INTEC Beri Peluang Kepada Pelajar Lepasan SPM

Ternyata kebangkitan gelombang Hallyu telah menarik perhatian penggemarnya dalam pelbagai bidang termasuk dalam bidang pendidikan. Ini antara yang sangat dekat dengan masyarakat kita untuk menyambung pengajian di sini.

Program pendidikan inilah antara yang paling mendapat perhatian terutama kepada pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menyambung pengajian di Korea Selatan.

Menyedari fenomena K-Pop dan Korean Style yang semakin menarik minat anak muda zaman kini, INTEC Education College bakal menganjurkan Hari Terbuka INTEC yang berkonsepkan ala Korea. K-Fest ini akan memberikan satu kelainan dan vibes yang tersendiri buat pengunjung yang hadir pada 17 Jun 2023 (Sabtu) ini.

Banyak aktiviti yang dijalankan semasa K-Fest ini berlangsung termasuklah booth-booth akademik untuk mereka yang berminat sambung belajar ke luar negara, diploma dan juga profesional perakaunan.

Tujuan Utama Program INTEC K-Fest:

Program INTEC K-Fest ini diadakan adalah bertujuan untuk: 

1. Menjadi medan platform yang bagus untuk memperkenalkan Program Persediaan ke Korea melalui pelbagai aktiviti yang akan diadakan nanti.

2. Untuk memberi kesempatan dan peluang yang baik dalam membina hubungan antara pelajar, INTEC Education College sendiri serta komuniti tempatan seperti organisasi-organisasi Korea yang boleh membantu para pelajar mendapatkan maklumat lanjut berkenaan laluan kerjaya mereka apabila belajar di negara Dasar Pandang ke Timur ini.

Antara Aktiviti Yang Akan Diadakan:

  1. Food truck dan aneka jualan makanan berkonsepkan Korea.
  2. Pengalaman merasai budaya masyarakat Tradisional Korea – Hanguk Minsok Nori (Jegi, Cham cham, dakji etc).
  3. Konsultasi laluan akademik untuk para pelajar lepasan SPM.
  4. Kaligrafi Korea.
  5. Kelas Bahasa Korea Asas.
  6. Pakaian Tradisional Korea & Photobooth.
  7. Barangan Cenderahati, Jualan dan banyak lagi
INTEC

Tempat Diadakan:

INTEC Educatio College, Seksyen 17, Shah Alam 

Waktu: 9 pagi – 3 petang

Sepanjang aktiviti ini berlangsung, pelajar juga akan didedahkan tentang Program Look East Policy yang ditawarkan di INTEC seperti Program Persediaan Korea dan Program Persiapan Jepun.

Pengunjung juga boleh mendapatkan maklumat berkenaan dengan program-program lain seperti diploma dan Profesional Perakaunan yang ditawarkan di INTEC sepanjang K-Fest ini berlangsung.

Menariknya, mereka yang mahu melanjutkan pelajaran sama ada di Korea atau Jepun terlebih dahulu akan menjalani program kelas secara insentif selama 8 bulan di INTEC sebelum terbang ke destinasi pilihan.

Jadi bagi pelajar lepasan SPM yang berminat, jangan lepaskan peluang untuk datang ke K-Fest untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.

Sebarang informasi lebih lanjut korang boleh layari platform media sosial INTEC:

Instagram: INTEC Education College

Facebook: INTEC Education College

INTEC

Layari juga page sitizurinamatsaman.com untuk lebih info

Leave a Comment

error: Content is protected !!