Ini 5 Senarai Doa Mustajab Waktu Sujud Terakhir, Sebelum Tahiyat Akhir

Tahiyat Akhir merupakan salah satu rukun solat yang wajib dilakukan untuk menyempurnakan solat sama ada solat sunat atau fardhu. Kalau tak buat tahiyat akhir ini, boleh sebabkan solat korang tak sah dan sempurna.

Pengertian Tahiyat Akhir

Dikenali juga sebagai tasyahud akhir yang merupakan salah satu ruku solat wajib dilakukan ketika solat. Perbjatan ini terdiri dariada pergerakan anggota (duduk antara dua sjud) dan kerja lidah membacakan bacaan doa tertentu yang perlu dibaca pada rakaat terakhir pada setiap solat.

Ada bacaan tertentu ketika menyempurnakan tahiyat akhir ini yang boleh dibaca dalam bahasa Jawi atau bacaan dalam bahasa Rumi.

Ikut keselesaan tetapi sis lebih gemar bacanya dalam bahawa Jawi kerana ini yang telah diajar oleh guru agama ketika bersekolah dulu. Apabila sudah jadi amalan tak susah untuk lakukannya dalam setiap solat.

Hukum Baca Doa Tahiyat Akhir

Melakukan dan membaca doa tahiyat akhir ini adalah rukun solat dan jika kita tidak melakuannya maka solat jadi tak sah walaupun diganti dengan sujud sahwi. Jadi bagi yang lupa membaca doa tahiyat akhir lengkap, wajib ulang semula solat kerna kurangnya satu rukun wajib dalam solat.

Sebelum itu jangan lupa juga untuk baca tahiyat awal. Ada maksud bacaan tahiyat awal dalam solat yang juga menjadi rukun dalam solat perlu dilakukan.

Bacaan Tahiyat Akhir Dalam Jawi

tahiyat akhir

Bacaan Tahiyat Akhir Dalam Rumi

Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu laillah. Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh. Assalamu’alaina wa’la ‘ibadillahis salihin.

Asyahadu alla illaha illallah. Wa’asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma solli’ala Muhammad wa’ala aliMuhammad.

Kama sollaita’ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim. Wabarik ‘ala Muhammad wa’ala aliMuhammad. Kama barakta ‘ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim. Fil ‘alamina innaka hamidummajid.

Sebenarnya ramai tak tahu kelebihan tahiyat akhir ini. Ini yang sis mahu kongsi apa sis amalkan dalam sujud sebelum tahiyat akhir. Kita memang sangat digalakkan untuk berdoa memohon apa jua hajat diingini dan selalunya lepas salam.

Tetapi pernah tak korang amalkan doa sebelum sujud terakhir sebelum tahiyat akhir. Kalau tak pernah buat, cubalah amalkan kerana dengan izinNya doa korang akan dimakbulkan. Sis percaya jika kita bersangka baik dengan Allah, Dia akan makbulkan apa hajat kita minta.

Layari telegram Mama Reen untuk lebih info

Pengalaman sis mohon doa ketika sujud sebelum tahiyat akhir, dengan izinNya doa itu dimakbulkan apabila anak dara sis, Kakak Piqa berjaya mendapat tawaran belajar di Universiti. Masa tu Maghrib sis doa ketika sujuh terakhir dan selepas itu terus diberitahu anak dara dapat tawaran. Syukur Alhamdulillah.

Selain itu, kita juga digalakkan untuk mengamalkan bacaan Surah Al Kahfi. Jika tidak mampu membaca keseluruhan 110 ayat, memadai baca Surah Al Kahfi 1-10 ayat dan 100-110 ayat. Banyak kelebihannya dan salah satu terhindar dari fitnah dajjal.

tahiyat akhir

Hukum Berdoa Ketika Sujud Terakhir

Walau bagaimanapun hukumnya adalah sunat berdoa ketika dalam semua sujud (bukan sujud terakhir saja). Bolehlah berdoa secara lisan atau dalam hati menggunakan bahasa mudah. Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:

أقرب ما يكون العبد من ربه وهو ساجد ، فأكثروا الدعاء

Maksudnya: “Keadaan yang paling dekat seseorang hamba dengan Tuhan-nya ialah ketika dia bersujud. Maka perbanyakkanlah berdoa (pada waktu sujud).”

Riwayat Muslim dan al-Nasaie.

Senarai Doa Waktu Sujud Terakhir Sebelum Tahiyat Akhir

Jadi bagi yang berhajat, cubalah berdoa ketika sujud terakhir ini sebelum tahiyat akhir. Sis nak kongsi 5 senarai doa boleh pohon cepat makbul sebelum tahiyat akhir. Buat dulu, dan dapat ganjarannya nanti pasti korang akan berterima kasih kepada Maha Pencipta yang Maha Mengetahui segala-galanya.

1. Doa Cepat Dapat Jodoh

Bagi yang mash bujang, boleh amalkan baca doa ini ketika sujud terakhir. Mintaklah pada Allah agar dikurniakan dengan seorang insan yang baik, beriman, boleh terima kita seadanya dan jaga kita till jannah. Allah Maha Mendengar permintaan hambaNya.

2. Doa Dikurniakan Anak

Bagi yang belum lagi dikurniakan anak boleh pohon doa ini. Baca je dalam hati dan mintak sungguh-sungguh dengan Allah agar dikurniakan anak yang baik, soleh/solehah dan jadi penyeri keluarga. Bagi yang sudah lama berkahwin masih belum dikurnia anak lagi elok sangat diamalkan doa ini.

3. Doa Dimewahkan Rezeki

Boleh minta pada Allah agar sentiasa dimewahkan rezeki. Bukan nak jadi kaya tetapi lebih kepada memberi kesenangan untuk keluarga. Boleh juga doakan mewah rezeki untuk ibu bapa serta ahli keluarga yang lain. Tak payah susah-susah, baca je doa dengan bahasa paling mudah.

4. Doa Beroleh Kejayaan

Sentiasa mintak pada Allah supaya anak-anak beroleh kejayaan dalam pelajaran. Kalau boleh specific sebut nama anak dalam doa berkenaan dan mintak besungguh-sungguh padaNya. Misalnya “Ya Allah Semoga Anakku Syed Adam Hakimi Mendapat Kejayaan Cemerlang Dalam SPM…” Biar jelas sebut nama dan apa hajat diingini.

5. Doa Dipermudahkan Segala Urusan

Antara doa yang paling senang untuk kita mintak pada Allah. Minta padaNya agar permudah segala urusan kita dalam menjalani kehidupan sebagai HambaNya. Biarlah segala pekerjaan yang kita lakukan dipermudah urusannya oleh Allah.

Boleh juga mintak permudah segala urusan untuk ahli keluarga, sahabat, jiran atau sesiapa sahaja yang berada di sekeliling kita. Jika Allah permudah urusan terutama soal lakukan ibadah pasti akan timbul rasa sayang kita padaNya.

Oh ye!, selain digalakkan baca doa selepas solat, korang juga kena ambil tahu bila waktu lain paling mustajab ketika berdoa. Tapi sebelum berdoa kena tahu cara berdoa yang betul supaya diterima oleh Allah SWT.

Salah satunya doa paling mutajab ialah ketika hujan turun dan ketika hari wukuf di Arafah. Ada cara mudah untuk kirim doa depan Kaabah atau ketika di Arafah bagi mereka yang sedang tunaikan haji/umrah di sana.

tahiyat akhir

Layari page sitizurinamatsaman.com untuk info lain.

Leave a Comment

error: Content is protected !!