Kelebihan Surah Al Kahfi, Syaitan Pun Tak Berani Kacau

Kelebihan Surah Al Kahfi | Kelebihan membaca surah Al Kahfi adalah sangat digalakkan pada setiap hari Jumaat. Bagi mereka yang membacanya akan mendapat ganjaran besar yang diberikan oleh Allah. Jadi Gunakan kesempatan yang ada untuk membacanya terutama 10 ayat awal dan 10 ayat terakhir.

Ikuti kupasan lanjut oleh Ustaz Syamsul Debat mengenai kelebihan Surah Al Kahfi ini. Menurutnya Kelebihan membaca ayat al-Quran ialah setiap huruf dikira satu kebaikan yang akan dilipatgandakan menjadi 10 kebaikan.

Baca: Fadhilat Bulan Syaaban Dan Amalan Boleh Dilakukan Kumpul Pahala

Kelebihan Surah Al Kahfi

Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Siapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, maka baginya satu kebaikan dengan bacaan itu dan satu kebaikan digandakan menjadi 10 kebaikan yang serupanya. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (Riwayat al-Tirmizi)

Kelebihan membaca itu jelas mendapat ganjaran pahala yang besar sekalipun seseorang itu tidak faham bahasa Arab.

Justeru, mana-mana surah di dalam al-Quran boleh dibaca pada bila-bila masa yang sesuai tetapi tidak boleh mengkhususkan waktu dan kelebihan tertentu melainkan ada dalil sahih yang menjelaskan perkara berkenaan.

Apa yang jelas, malam Jumaat atau hari Jumaat disunatkan kita membaca Surah al-Kahfi berdasarkan dalil hadith yang darjatnya sahih daripada Nabi SAW.

Pertama : “Barang siapa membaca al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya antara dirinya hingga ke Baitul Atiq (Ka’bah).” (Hadith Riwayat ad-Darimi)

Kedua : “Barang siapa membaca al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya selama waktu antara Jumaat yang satu ke Jumaat berikutnya.” (Hadith Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

Antara kelebihan Surah al-Kahfi adalah seperti yang diriwayatkan Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal Surah al-Kahfi akan terpelihara daripada dajjal.” (Hadith Riwayat Muslim)

Dalam riwayat Abu Dawud pula seperti yang dikatakan oleh Qatadah, Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang menghafal ayat akhir daripada Surah al- Kahfi akan terpelihara daripada fitnah Dajjal.”

Berdasarkan hadith itu, secara ringkasnya ada dua pendapat mengenai kelebihan membaca Surah al-Kahfi iaitu bacaan 10 ayat yang terawal dan 10 ayat terakhir.

Kelebihan Surah Al Kahfi

Mengapa 10 Ayat Terawal Dan 10 Ayat Terakhir Dipilih?

Sepuluh ayat terawal memperihalkan mengenai kenyataan al-Quran dan keadaan orang yang kufur serta orang yang beriman terhadap al-Quran manakala 10 ayat yang terakhir pula menunjukkan natijah bagi mereka yang beriman dan kufur.

Dengan menghafal ayat awal dan ayat akhir surah itu akan menambahkan lagi keimanan bagi mereka yang benar-benar mentadabburkan ayat al-Quran serta mengharap pemeliharaan Allah SWT daripada fitnah dajjal.

Membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat sangat digalakkan ke atas setiap Muslim tidak kira 10 ayat terawal mahupun 10 ayat terakhir atau sebahagiannya dan lebih baik membaca satu surah lengkap.

Ini kerana surah al-Kahfi dapat menjadi benteng keimanan yang kukuh daripada fitnah dajjal bagi sesiapa yang mengamalkannya.

Maka surah itu memberi harapan baru bagi mereka yang tidak mempunyai harta yang banyak.

Tambahan pula pada akhir zaman ini tentangan terhadap Islam semakin kuat sehingga Rasulullah SAW bersabda: “Akan sampai satu masa manusia yang mempunyai kesabaran pada agamanya akan menjadi seperti orang yang menggenggam bara api.” (Hadith Riwayat al-Tirmizi)

Sejajar dengan keadaan itu, Allah SWT menurunkan surah al-Kahfi supaya ia dapat menjadi benteng keimanan buat seorang Muslim menerusi model utamanya sendiri iaitu segolongan pemuda yang teguh keimanannya.

Mereka meninggalkan segala harta dunia demi keimanan mereka terhadap Allah SWT dan hari akhirat sehingga ganjaran yang mereka terima berlipat kali ganda.

Baca Juga: Fadhilat Bulan Syaaban Dan Amalan Boleh Dilakukan Kumpul Pahala

Kelebihan Surah Al Kahfi

7 Kelebihan Surah Al Kahfi

1. Terhindar Dari Fitnah Dajjal

Manusia yang membaca Al-Kahfi pada Hari Jumat akan terhindar dari fitnah Dajjal.

Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa dengan rajin membaca surat ini pada hari jumaat maka akan terhindar dari fitnah tersebut.

Dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma, berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Siapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumat.” (Hadith Riwayat Abu Bakr bin Mardawaih)

2. Mendapat Cahaya Dan Petunjuk dari Allah

Dalam satu hadith dmenyatakan perkara tersebut, “Siapa yang membaca surat Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan siapa yang membaca keseluruhannya maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.” (Hadith Riwayat Ahmad).

Bahawa surah Al-Kahfi mempunyai keutamaan dan manfaat yang salah satunya adalah mendapatkan cahaya dan petunjuk dari Allah SWT.

Sehingga hidupnya terasa mudah, ringan, dan tidak merasa kebimbangan sedikitpun walau ujian yang datang menghampiri.

3. Mendapat Keampunan Dari Allah SWT

Dalam satu riwayat dari Abu Sa’id al-Khudri RA, Dari Ibnu Umar RA, Rasulullah SAW bersabda :

“Siapa yang membaca surah Al Kahfi pada hari jumaat maka akan terpancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampunkan dosanya antara dua jumaat.”

4. Bebas Dari Gangguan Syaitan

Pada malam dan hari Jumaat, kita digalakkan membaca surah Al Kahfi kerana salah satu keutamaannya adalah mengelakkan diri kita dari syaitan.

Dalam beberapa riwayat hadith dinyatakan bahawa dengan membaca surah Al Kahfi, maka dengan itu boleh membuatkan syaitan tidak mampu masuk dan menghampiri untuk menggoda kita.

Kita juga boleh terhindar dari segala kesusahan, sihir, segala bentuk keburukan, alam ghaib dan mahupun sesama manusia.

Diriwayatkan dari Ibnu Mardawaih dari Abdullah bin Mughaffal bahawa satu rumah yang dibacakan surat Al Kahfi dan surat Al Baqarah tidak akan dimasuki syaitan sepanjang malam itu.

5. Dipancarkan Cahaya Sejauh Dirinya dan Ka’bah

Diriwayatkan dari Sahabat Abu Sa’id al-Khudri bahawa Nabi saw bersabda, “Barangsiapa membaca yang surat Al Kahfi pada malam jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘Atiq (Ka’bah).”

6. Dipancarkan Cahaya Di antara Dua Jumaat

Sesiapa yan membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat akan memperoleh pengampunan dosa diantara dua jumaat.

Dalam riwayat lain dari Abu Sa’id al-Khudri RA, Rasulullah SAW bersabda :

“Barangsiapa membaca surah Al Kahfi pada hari jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua jumaat.” (Hadith Riwayat Al-Hakim : 2 dan Al-Baihaqi : 3)

7. Menerangi di Hari Kiamat

Bahawa ganjaran yang disediakan bagi orang yang membaca surat Al Kahfi pada malam Jumaat atau pada siang harinya akan diberikan cahaya (disinari).

Dan cahaya ini diberikan pada hari kiamat, yang memanjang dari bawah kedua telapak kakinya hingga ke langit.

Dan hal ini menunjukkan panjangnya jarak cahaya yang diberikan kepadanya, sebagaimana firman Allah Ta’ala:

“Pada hari ketika kamu melihat orang mukmin laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka.” (Surah Al-Hadid : 12)

Dari Abu Sa’id al-Khudri RA, dari Nabi Muhammad SAW bersabda :

“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘atiq.” (Sunan Ad-Darimi, no. 3273 Juga diriwayatkan al-Nasai dan Al-Hakim serta disahihkan oleh Al-Albani dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, no. 736)

Kita juga sangat digalakka untuk memperbanyakkan selawat ke atas Nabi. Nabi Muhammad SAW adalah merupakan Nabi terakhiryang diutus oleh Allah bagi menyebarkan agama Islam kepada Umatnya. Banyakkan lagi berselawat tidak kira masa, tempat atau dalam keadaan apa juga sekalipun.

Benarkah Surah Al Kahfi Dianjurkan Untuk Dibaca Setiap Jumaat

Berdasarkan sebuah artikel oleh Ust Abdul Rahman Iskandar melalui Majlis Ulama ISMA (MUIS), sememangnya terdapat hadis yang mensyariatkan membaca surah Al-Kahfi pada malam dan siang hari Jumaat.

Semua hadis berikut adalah HADIS SAHIH dan hadis tersebut juga menyatakan kelebihan membacanya pada hari Jumaat secara spesifik.

[1] Dari Abu Said Al-Khudri ra, dari Nabi saw bersabda :

“Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘atiq.”

[Sunan Ad-Darimi 3273. An-Nasaei dan Al-Hakim]

[2] Dalam riwayat lain dari Abu Sa’id Al-Khudri ra :

“Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.”

[HR Al-Hakim 2/368, al-Baihaqi 3/249. Ibnu Hajar kata ‘ Hadis Hasan’ dalam Takhrij al-Azkar. Beliau kata hadis ini paling kuat tentang surah Al-Kahfi].

[3] Dari Ibnu Umar ra berkata : Rasulullah saw bersabda ;

“Siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan menerangkan kelak pada hari kiamat dan diampuni dosanya antara dua Jumaat.”

[Al-Mundzir berkata : hadis ini diriwayatkan oleh Abu Bakar bin Mardawih dalam tafsirnya dengan Isnad yang tidak cacat].

(Dari kitab at-Targhib Wa al-Tarhib 1/298)

Layari page sitizurinamatsaman.com untuk lebih info

19 thoughts on “Kelebihan Surah Al Kahfi, Syaitan Pun Tak Berani Kacau”

  1. alhamdulillah ..
    sebagai umat islam bukan menjadi harus tapi wajib baca surah setiap hari sebagai amalan. sangat banyak kelebihan sebagai persediaan kita juga sesudah ajal menjemput

    Reply
  2. InsyaAllah sama-sama kita amalkan, dan kalau boleh jomlah kita hafal, sekurang-kurang ayat 10 awall dan akhir surah alkahfi ni, biar jadi amalan dibibir kita. moga kita dilindungi dan dijauhi dari fitnah dajjal dan fitnah akhir zaman ini. Terima kasih berkongsi mama reen

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!