Kasut Raya | Apabila Syawal menjelma, bukan hanya persalinan yang dititik beratkan dan nak nampak cantik, tetapi pemakaian kasut di kaki juga turut menjadi perhatian.
Maklumlah nak beraya sakan dari pagi sampai ke malam berkunjung ke rumah kaum keluarga serta sahabat handai untuk mengekalkan lagi tali silaturrahim.
Kalau wajah dah cantik dirias, baju raya juga terletak on point, pastinya bahagian kaki juga mahu kelihatan menarik kerana orang lain akan memandang kita top to toe sempena Syawal nanti.
Dan pastinya kasut raya yang bersesuaian perlu dipilih untuk dipakai agar selesa kala bertandang ke rumah keluarga yang dikunjungi.
Table of Contents
Koleksi Terbaharu Jenama LARRIE
Jadi rasanya tak lengkap sekiranya berbaju Melayu atau sepersalinan Baju Kurung di musim perayaan Aidilfitri tanpa sepasang kasut yang memainkan peranan penting untuk tampil bergaya. Semestinya koleksi terbaharu kasut raya daripada jenama LARRIE menjadi tumpuan ramai untuk memilikinya.
Sempena dengan Aidilfitri 2023, LARRIE berbesar hati untuk memperkenalkan koleksi baharunya kasut raya yang bertemakan “Milano Flair”. Koleksi “Milano Flair” diilhamkan dari konsep yang menawan, ikonik dan mengikut arus permodenan dunia fesyen.
Tampil Dengan Warna Romantis
Untuk koleksi baharu yang menarik ini menampilkan warna rona romantis dan lembut seperti limau merah jambu, putih romantis, hijau lucite, biru diraja, badam panggang dan kelabu glasier. Semua warna kasut raya LARRIE sangat memikat hati lagi-lagi digayakan sepanjang Syawal nanti
Kesemua tema ini didorong oleh unsur-unsur yang biasa dilihat pada musim bunga dan musim panas di Milan. LARRIE menjangkakan koleksi ini bakal mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan memandangkan ianya adalah koleksi yang terkini dan terbaru yang dikeluarkan oleh mereka.
LARRIE Untuk Si Jejaka
Signifikan sebagai LARRIE For Him, LARRIE menampilkan gaya yang bergaya, selesa serta sempurna untuk ziarah-menziarahi pada Aidilfitri kelak. Musim ini, LARRIE membawakan anda koleksi lebaran dengan tema warna musim bunga dan musim panas yang didorong oleh fesyen Milano yang terkenal dengan gayanya.
Sorotan koleksi lelaki musim ini termasuk kasut kulit, loafers dan slip-on dalam kombinasi dua tona warna berbeza warna musim panas, seperti kelabu glasier,jingga tangerine badam panggang dan kelabu gelap.
Bagi peminat kasut loafers kulit, koleksi untuk hari lebaran boleh didapati dalam warna semula jadi seperti coklat dan kelabu, menjadikannya sesuai untuk lelaki yang ingin kelihatan bergaya dan santai. Menariknya, beberapa gaya loafer dan slip-on didatangkan dengan kusyen tumit terbina di dalam untuk serapan hentakan yang lebih baik selain membantu mengurangkan keletihan pada kaki. Inilah keistimewaan yang ada pada kasut raya LARRIE.
Sangat selesa dan praktikal, kasut ini sesuai dipadankan dengan sempurna bersama Baju Melayu atau dipadankan dengan seluar jeans untuk kunjung-mengunjung, raya bukankah disambut sebulan? Jadi pilihan kasut LARRIE ini sangat bertepatan untuk menjadikan raya kali ini lebih bermakna.
LARRIE Untuk Si Anggun
Untuk koleksi wanita, LARRIE memperkenalkan rangkaian kasual yang cantik, cerah dan berwarna-warni untuk disuaipakai pada Aidilfitri. Juga diinspirasikan gaya Milano yang bergaya, koleksi ini menampilkan selipar, sandal dan Mary Jane dalam warna pilihan wanita kini seperti merah jambu limau, biru diraja, dan putih romantis.
Untuk mencipta rupa yang bergaya dan menawan, mereka yang anggun boleh menggunakan kasut sneakers jenis wedge dengan tapak kasut yang tebal dan selesa, sesuai dipadankan dengan Baju Kurung atau Baju Kebaya.
Bagi yang memilih gaya kasual pada Aidilfitri, Larrie menyediakan pilihan kasual untuk para wanita . Didatangkan bersama kusyen di dalam tapak kasut yang tebal dan lembut ,kelebihan ini membantu menyokong dan memberikan keselesaan kaki sepanjang hari kepada si pemakai.
Gaya ini sesuai untuk dipakai pada musim Aidilfitri yang sememangnya akan sentiasa berjalan memenuhi jemputan kenalan dan yang tersayang. Memang tak rugi beli kasut raya perempuan jenama LARRIE.
Koleksi Aidilfitri Larrie in boleh didapati di semua gedung membeli-belah utama di seluruh negara dan pilihan kedai dalam talian di larrieshoes.com dan larrieconceptstore.com serta di Shopee, Lazada dan Zalora. Harga produk bermula dari RM 99.00 hingga RM 399.00.
Untuk maklumat lanjut produk dan tips fesyen terkini, layari larrieconceptstore.com atau www.larrieshoes.com. Gunakan #Celarriebrationraya2023 untuk lihat dan berkongsi koleksi LARRIE Aidilfitri terkini di media sosial.
Mengenai LARRIE
Kasut LARRIE direka, dihasilkan, diedarkan dan dipasarkan oleh Larrie Corporation (M) Sdn Bhd. Diperbadankan pada tahun 1978, Larrie Corporation merupakan pengilang, pengedar dan pemasar kasut yang terkemuka serta berjaya di Malaysia. Syarikat ini mempunyai pengedaran rangkaian 80 peruncit kasut yang kukuh di seluruh negara. Pada masa ini, Larrie Corporation sedang memasarkan dan mengedarkan pelbagai jenama antarabangsa di Malaysia. Antaranya ialah The Flexx, Geox, Camel Active, dan Polo Haus.
Baca: Tip Pilih Kasut Sesuai
Suka design dia kak.. nampak selesa bila dipakai kasut raya Larrie ni..