Rozita Che Wan atau nama glamernya Che Ta masih kekal cantik di usia 5o tahun. Rahsianya cantik terletak pada empunya diri sendiri. Menurut pelakon dan juga usahawan ini jika berdepan sesuatu masalah, dia tak pernah terlalu memikirkannnya.
Ini kerana menurut Che Ta yang baru mencapai usia 50 tahun, kadang-kadang bebanan dalam kepala itu jika difikirkan akan segera terlihat kesannya di air muka. Jadi pendekatan yang dibuat jika berdepan apa juga masalah adalah dengan just take it easy.
Rozita Che Wan Dan Rahsia Cantik
Biarlah masalah itu berlalu sendiri tanpa kita sedari. Ini kerana setiap apa yang berlaku itu pasti akan ada jalan penyelesaian. Sentiasa bersikap ceria, berfikiran positif dan baik dengan suami orang kunci kepada gaya hidup sihat dan petua cantik Rozita Che Wan selama ini.
Apatah lagi ketika usia menjangkau 50 tahun, Che Ta mahu berada dalam suasana kehidupan yang harmoni bersama keluarga tersayang. Apa agaknya rahsia cantik Che Ta walau usia sudah separuh abad.
Pepatah Inggeris ada menyebut, kehidupan sebenar bermula di usia 40 tahun. Namun bagi anak seni dan usahawan popular, ini kehidupannya cukup bermakna di usia 50 tahun yang disambut 9 Mac lalu. Dan saban tahun juga Rozita Che Wan tak ketinggalan menyambut ulang tahun kelahiran, wanita kelahiran Kedah dengan menganjurkan majlis.
Tahun ini, genap usia 50 tahun, Che Ta menganjurkan sebuah majlis santai bertemakan menuju ke syurga dihadiri keluarga, teman akrab dan pendakwah bebas, Ustaz Syamsul Debat di sebuah premis terkemuka di ibu kota.
Baca Juga: Siti Nurhaliza : Biodata Dan 10 Fakta Menarik Idola Kesayangan Rakyat Malaysia
Petua Awet Muda Diamalkan Rozita Che Wan
Malah entri Instagram (IG) milik Rozita Che Wan turut dipenuhi dengan sesi fotografi bertema keemasan (old is gold).
“Tak ada apa lagi yang saya nak kejar. Selagi kuat, insya-Allah saya akan berusaha sehabis baik menjadi isteri, ibu dan anak yang baik. Saya takkan putus membahagiakan mereka yang disayangi.
“Jadi wanita ini kena rajin dan bercita-cita tinggi. Saya pun kena ada keutamaan kepada diri sendiri. Saya kena sedikit berkira untuk…
“Jadi wanita ini kena rajin dan bercita-cita tinggi. Saya pun kena ada keutamaan kepada diri sendiri. Saya kena sedikit berkira untuk diri sendiri, jangan penyegan dan terlalu berserah.
“Cuma kawan akrab bimbang saya kuat bekerja dan tak ada masa berehat. Saya pun bukan makin muda dan bergetah. Jadi kenalah jaga kesihatan di usia emas ini,” katanya lagi.
Mengenai kejutan hadiah hari lahir mengerjakan umrah tajaan teman niaganya, Anas Zahrin, Che Ta belum dapat memberikan kata putus bila nak ke Tanah Suci Makkah.
“Awalnya, saya bercadang nak menunaikan umrah sewaktu sambutan ulang tahun kelahiran tahun ini. Tapi tak menjadi kenyataan atas beberapa sebab.
“Mungkin masa terbaik kalau diizinkan, saya nak ajak suami bersama ke sana pada 10 terakhir Ramadan. Harap niat itu dipermudahkan,” katanya yang menyambut hari jadi kali ini dengan kehadiran rumah baharu bernilai hampir 10 juta terletak di Kota Damansara, Petaling Jaya.
Sambut Puasa & Syawal Di Rumah Baru
Penantian empat tahun menghuni rumah jenis banglo mewah itu selepas menghadapi beberapa masalah termasuk kontraktor pembinaan menghilangkan diri selepas Rozita Che Wan melabur jutaan ringgit akhirnya ternoktah.
“Tak dapat saya gambarkan perasaan menyambut ulang tahun kali ini. Tambah pula dapat masuk rumah baharu. Bukan sekecil anak jumlah saya laburkan untuk rumah ini.
“Kena tipu dengan beberapa kontraktor pembinaan lagi. Kemudian kita diuji dengan pandemik COVID-19, jadi proses pengubahsuaian rumah itu pun tertangguh.
“Tapi kini, saya bersyukur semuanya berakhir. Nak pula, Ramadan dan Syawal bakal disambut umat Islam tak lama lagi. Dapat masuk rumah baharu ini, kira hadiah paling terindah buat saya,” katanya.
Rumah banglo berkenaan tidak hanya didiami Che Ta bersama suami, Zain Saidin dan tiga anaknya. Malah seperti dilaporkan sebelum ini, pelakon drama Kiah Pekasam itu turut dipuji ramai kerana memuliakan orang tua apabila mengajak ibu dan ibu mentuanya tinggal bersama.
“Zain sendiri terkejut dan tak sangka saya nekad mengajak ibunya tinggal bersama. Tak ketinggalan teman rapat saya pun ada yang berperasaan sama.
“Lagipun mak mentua saya tinggal seorang diri selepas cucunya yang juga anak Sasha Saidin berpindah ke luar negara. Jadi saya fikir tak salah ajaknya duduk sekali di rumah baharu.
“Keadaan kesihatannya kebelakangan ini pun tak bagus selepas menjalani pembedahan. Setidak-tidaknya ada yang melihat dan membantunya apabila tinggal sekali,” kata pemilik nama Rozita Che Wan ini.
Rozita Che Wan Turut Jaga Ibu Mentua
Pengasas bersama empayar perniagaan Inai Che Ta itu berkata Zain pada awal bimbang ibunya menjadi beban.
“Saya tak pernah berfikir begitu terhadap sesiapapun yang berada di bawah tanggungan ini. Saya percaya kadang-kadang Allah beri rezeki kita melalui orang lain.
“Dia pun tak cerewet dan mudah diurus. Di usianya 76 tahun, dia makan apa saja yang dihidangkan. Orang tua makan banyak mana sangat pun. Malah dia enggan menyusahkan saya termasuk pembantu rumah.
“Selama ini, masa tinggal dengan cucunya (anak Sasha Saidin), dia memang sangat kuat dan kental. Dialah yang memandu kereta menghantar cucu ke sekolah, kelas taekwondo dan membeli barangan harian. Tapi sejak kesihatannya terganggu selepas terjatuh dan pinggulnya retak hingga terpaksa jalani pembedahan, dia seakan lemah,” katanya.
Che Ta juga mengakui ibunya terbuka dan menyambut baik usaha mengajak ibu mentua tinggal bersama.
“Cuma lucunya, apabila ibu dan ibu mentua bersembang masing-masing macam ayam dan itik. Seorang cakap Melayu, seorang lagi berbahasa Inggeris. Saya pun terhibur melihat gelagat mereka,” katanya yang turut terbabit mengacarakan program masakan, Rasa tak lama lagi..
Petua Awet Muda Che Ta
1. Rajin Bersenam
Walaupun sibuk tidak menghalang Che Ta untuk menjaga kesihatan dan kecergasan badan. Antara perkara dilakukan jika tidak mempunyai masa bersenam adalah dengan mengemas rumah. Salah satu cara dan rahsia cantik Che Ta di usia masuk 50 tahun.
2 . Amalkan Sit Ups
Jangan tak percaya Che Ta juga rajin mengamalkan senaman sit ups. Dia tidak hanya memakai girdle atau bengkung untuk mendapatkan perut yang kempis dan tubuh cantik langsing. Salah satu cara untuk dapatkan perut yang kempis. Patutnya langsing, ini rupanya rahsia cantik Che Ta yang diamalkan.
3. Makan Nasi 2 Kali Sehari
Untuk memastikan berat badan maintain cantik Che Ta juga hanya makan nasi dua kali sehari. Dan jumlah nasi diambil pula hanya sebesar penumbuk setiap kali makan. Che Ta juga turut bersederhana dalam pengambilan garam, gula, minyak dan berlemak serta memperbanyakkan makan sayur dan buah-buahan sebagai amalan pemakanan sihat. Salah satu amalan rahsia cantik Che Ta yang boleh kita ikuti.
4. Elak Makan Kuantiti Banyak
Salah satu caranya menjaga kesihatan badan adalah elak makan dalam kuantiti banyak pada satu masa dan makan sedikit tetapi kerap. Jika lapar dia akan mengambil snek ringan sinat seperti biskut, oatmeal, telur rebus dan kacang kuda.
5. Makan 4 jam Sebelum Tidur
Bagi mengekalkan berat badan seimbang juga, Che Ta biasanya akan makan empat jam sebelum tidur. Jika terpaksa makan lewat malam, dia akan mengambil makanan yang tak terlalu berat agar perut boleh hadam makanan diambil.
6. Jaga Rutin Kecantikan
Dan bagi memastikan kulit wajah sentiasa terpelihara, personaliti jelita ini mengamalkan penjagaan asas iaitu mencuci, menyegar, memakai serum dan krim siang. Sebelah malam pula, Che Ta akan mencuci, memakai serum, krim malam dan sekali sekala memakai peel off mask. Inilah rahsia cantik Che Ta walau usia dah mencapai 50 tahun.
eh.. dia dah 50 kaa… aku ingat sebaya aku
Ha kann nmpak mudo erra pajira. Yg baya kita