Siti Nurhaliza : Biodata Dan 10 Fakta Menarik Idola Kesayangan Rakyat Malaysia

Siti Nurhaliza | Muncul dengan album baru berjudu Sitism, penyanyi kesayangan ramai yang dilahirkan di Kg Awah, Temerloh Pahang ini kekal gah berdiri di puncak liganya tersendiri. Menang pelbagai anugerah dalam dan luar negara menjadikan Siti Nurhaliza sebagai penyanyi nombor satu di Malaysia.

Biarpun dikecam netizen dek kerana cover terbarunya dikatakan agak futuristik, namun bagi Datuk Seri Siti Nurhaliza beliau tetap melangkah penuh yakin bergelar penyanyi paling diminati.

Ibu kepada dua anak ini sudah hampir lebih dua dekad dalam industri seni. Pelbagai dugaan dan ujian dihadapi sepajang bergelar anak seni.

siti nurhaliza

Keistimewaan Siti Nurhaliza

Sis juga sudah beberapa kali bertembung dengannya dalam tugasan dan sikapnya memang ramah dan mesra melayan orang sekeliling walau baru pertama kali berjumpa.

Beliau juga mudah beri kerjasama jika diminta untuk selfie berbanding selebriti lain yang sedikit canggung kala diminta bergambar kenangan. Malah beliau banyak memberi tunjuk ajar cara selfie yang betul. Sempoi betul penyanyi nombor satu kesayangan ramai ini melayan peminatnya.

Itulah istimewanya pemilik nama Siti Nurhaliza Tarudin ini. Biarpun sudah berjaya, namun adab dan budi bahasanya masih seperti awal kemunculan di persada seni.

Album Sitism yang dilancarkan 30 jun lalu terlebih dulu di platform digital mengandungi 8 buah lagu sebelum muncul album penuh atau deluxe album yang mengandungi 12 lagu dalam format digital dan juga fizikal.

Kata Siti Nurhaliza, pemilihan tajuk Sitism dibuat menerusi gabungan namanya dan imbuhan ‘ism’ merujuk kepada istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuju album.

Makna Disebalik Album Sitism

Apabila nama Siti dan imbuhan `ism’ ini digabungkan, Sitism membentuk kata nama yang mewakili ciri-ciri tertentu yang ada di dalam album solo ke-20 beliau.

Bahkan Sitism sangat bertepatan sebagai judul album kerana selama lebih 27 tahun bergiat dalam industri muzik, beliau sudah menghidupkan jenama Siti Nurhaliza dengan ciri beliau yang tersendiri.

“Album Sitism adalah diri saya yang tersendiri seiring dengan peredaran masa dan perkembangan muzik yang dipaparkan menerusi muzik, lirik, imej serta persembahan saya,” katanya lagi di Astro Awani.

Sebelum itu, Siti terlebih dahulu muncuk dengen Romasa Kita lagu berentak rock balada ciptaan Sharon Paul dan lirik oleh Rozisangdewi dimuatkan dalam album ini bersama lagu lain Menyapa Dunia (Melly Goeslaw/Melly Goeslaw), Tanpa Diri-Mu (Luca Sickta/Luca Sickta & Siti Nurhaliza), Sehebat Matahari (Aubrey Suwito/Rozisangdewi), Ganti (Mingaling & Nuha Nik/ Amir Hasan & Nuha Nik), Teratas (Tomok & Rudy Nastia/Fedtri Yahya), Menjaga Cintamu (Andi Rianto/Sekar Ayu Asmara) dan Magis (Mas Dewangga & Jova Devito/ Mas Dewangga & Jova Devito & Aden King).

Biodata Siti Nurhaliza

Bagi yang belum kenal Siti atau baru nak kenal penyanyi berdagu lekuk ini, boleh layan dulu biodata lengkap perjalanan kariernya dari dulu hingga kini. Jangan tak tahu sebelum bergelar penyanyi, Siti pernah meniaga kuih di kawasan perumahannya.

  • Nama Penuh: Siti Nurhaliza binti Tarudin
  • Nama Popular: Siti Nurhaliza
  • Tarikh Lahir: 11 Januari 1979
  • Umur: 40 Tahun
  • Tempat Lahir: Kampung Awah, Temerloh Pahang
  • Pekerjaan: Penyanyi, Penulis Lagu, Penerbit Rakaman, Hos, Usahawan,Pelakon dan Jurucakap Product
  • Suami: Berkahdwin dengan usahawan, Datuk Seri Khalid Mohammad Jiwa pada 2006 & perkahwinan ini juga dianggap sebagai ‘wedding of the year’.
  • Anak-Anak: Setelah 11 tahun barulah Siti dikurniakan anak, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.

Fakta Menarik Isteri Datuk K

  1. Siti merupakan anak keempat daripada tujuh adik beradik. Tiga adik beradik lain iaitu Saiful Bahri, Siti Noraida dan Siti Nursairah juga turut bergelar penyanyi.
  2. Bapa Siti, Encik Tarudin Ismail (1942-2009) adalah seorang pegawai polis berpangkal Koperal, manakala ibunya Siti Salmah Bachik yang lahir pada tahun 1948 pula merupakan seorang surirumah dan peniaga.
  3. Siti mula aktif dalam dunia hiburan sekitar 1995 dan bermula sejak menjuarai pertandingan nyanyian Bintang HMI di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1 April 1995.
  4. Mula mencipat populariti apabila single beliau, Jerat Percintaan merangkul trofi Anugerah Juara Lagu ke 11 selain kategori Persembahan Lagu Terbaik dan Lagu Balada Terbaik.
  5. Banyak lagu popularnya yang menjadi siulan teminat antaranya Aku Cinta Padamu, Purnama Merindu, Kau Kekasihku, Cindai, Biarlah Rahsia, Aku Bidadari Syurgamu dan banyak lagi.
  6. Situ juga telah menang pelbagai anugerah dan mengampul lebih 300 trofi anugerah dalam dan luar negara. Penyanyi kesayangan ramai ini juga mencipta rekord dalam Malaysia Book of Records.
  7. Antara artis pertama Asia Tenggara dan ketiga dari Asia yang mengadakan konsert solo bertempat di Royal Albert Hall, London dengan iringan Orkestra Simfoni London pada tahun 2005.
  8. Kejayaan besar diraih di rantau Asia hingga mendapat jolokan ‘Suara Asia’ dan ‘Celine Dion Asia’. Antaranya pernah menduduki tangga kedua sebagai Asia’s Best Musical Artiste daripada MTV Asia dan kedudukan kedua Biggest Asian Artiste oleh Channel V. Juga menjadi antara nama ‘Asia’s Idol’ oleh Asia News Netwok (ANN) dan menerima penghargaan sebagai Asia Music Legend daripada Top 10 of Asia.
  9. Turut bergelar usahawan, Siti memiliki aset berharga seperti Siti Nurhaliza Productions (media massa), SimplySiti (Kosmetik) an terbaru tudung Aafiyah.
  10. Berkahwin dengan usahawan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan dikurniakan dua anak, Siti Aafiyah pada 19 Mac 2018 dan juga Muhammad Afwa pada 19 April 2021.

Kongsi Kisah Sukar Dapat Anak

Menjadi impian setiap wanita untuk bergelar seorang ibu. Siti juga tidak berkecuali. Beliau ambil masa 11 tahun sebelum beroleh kedua-dua cahayamatanya sekarang ini.

Dalam satu temubual bersama Harian Metro ketika di awal kehamilannya, Siti mengakui menjalani rawatan kesuburan ‘In Vero Fertilization (IVF)’ dalam usaha untuk hamil.

Menurutnya melakukan percubaan kali ketiga sepanjang 11 tahun berkahwin sebelum disahkan hamil pada 2017 dan melahirkan anak pertamanya tahun 2018.

Siti juga mengakui pernah keguguran ketika kandungan berusia dua bulan. Namun beliau tetap tidak putusa asa. Kali ketiga melakukan Kedah IVF disahkan mengandung lagi dan sepanjang menjalani rawatan terpaksa duduk dalam bilik selama 3 bulan dan dinasihatkan supaya berehat.

Ternyata segala pengorbanan selama ini berbaloi kerana Siti kini sudan dikurniakan dua anak, anugerah terindah dalam hidupnya.

Cara Kekal Langsing Lepas Melahirkan

Siti juga mengalami masalah kenaikan berat badan selepas melahirkan anak. Namun sebagai selebriti dia juga berusarha untuk kekal langsing lagi-lagi kerjaya sebagai penghibur.

Dalam satu artikel oleh Berita Harian, Siti mendedahkan rahsia kekal langsing lepas lahirkan anak sulungnya Siti Aafiyah beberapa tahun lalu.

Menurut Siti itu semua hasil proses berpantang yang dilaluinya seperti makanan makanan dibakar atau kuskus, nasi dari beras perna dan tidak makan dengan kuantiti banyak.

Selain itu, dia juga mengikut rawatan bertunku, mandi wap dan berurut. Siti mengamalkan pantang 44 hari dan mengambil pakej penjagaan untuk ibu bersalin bagi memudahkan urusannya.

Siti juga turut mendedahkan dia juga amlkan makan jamu dan buat selepas beberapa hari sebelum tempoh pantang selesai. Beliau juga ada mengambl minuman bertenaga, makan sarang buruk, lobak putih dan pelbagai jenis ikan termasuk salmon.

Siti juga sebenarnya turut melakukan aktiviti sukan lasak seperti berbasikal jika ada kelapangan. Dan sekarang jika ditinjau dari laman Instagramnya, Siti turut terbabit dalam aktiviti kecergasan di kediamannya bagi membina stamina dan kekal sihat lagi-lagi usia sudah memasuki 40an.

Beliau yang kini mempunyai follower lebih 9 juta di Instagram sering berkongsi aktiviti hariannya bersama peminat setianya. Biarpun sibuk sebagai penyanyi dan juga tugas sebagai ibu, Siti turut rajin melayan peminatnya jika live di channel Tiktoknya.

Layari page sitizurinamatsaman untuk lebih info

1 thought on “Siti Nurhaliza : Biodata Dan 10 Fakta Menarik Idola Kesayangan Rakyat Malaysia”

Leave a Comment

error: Content is protected !!