Ombak Bergigi | Seorang lagi blogger yang sis nak review di sini, ombakbergigi.com. Sekali baca nama blog ini sis bagai dah dapat meneka pasti penulisnya seorang yang gemarkan travel. Rupanya bukan bercerita bab travel tetapi juga mengenai resepi.
Siapa sebenar penulis di sebalik ombakbergigi.com ini yang mana portalnya kian mendapat tempat di kalangan warga maya. Kalau korang nak tahu, nama penulis ombakbergigi.com yang sebenar adalah Shuhada Herman. Tetapi lebih senang menggunakan nama pena ombakbergigi dalam setiap karya bagi platform blogger serta media sosial yang ditulisnya.
Ombak Bergigi Fulltime Blogger
Jangan-jangan main dengan latar belakang ombakbergigi.com, bukan calang-calang orangnya tau. Sebelum menjadikan dunia blogging sebagai kerjaya sepenuh masa, Shuhada yang merupakan pemegang Diploma Kejuruteraan Awam di City University College Science Dan Technology telah terlebih dahulu mengutip 7 tahun pengalaman sebagai site supervisor di sektor pembinaan. Eh! macam mana daripada bahagian kejuruteraan boleh menulis pulak ni…
Kini dia juga merupakan seorang suri rumahtangga dan menumpukan perhatian sepenuh masa bergelar blogger dengan menggunakan nama pena ombakbergigi.com bagi portal blog yang ditulisnya. Menyalurkan segala informasi mengenai resepi dan perkongsian travel yang menyeronokkan. Sebut sahaja tempat percutian nak pergi, pasti ada tip dan panduan yang dikongsi.
Bukan itu sahaja Ombak Bergigi juga merupakan seorang penulis upahan di beberapa website popular. Walaupun sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 3 tahun, tetapi dia masih punya masa untuk menulis bagi ombakbergigi.com.
Menulis Sejak Sekolah
Shuhada ini berasal dari Kota Tinggi Johor dan merupakan anak ketiga dari 6 orang adik beradik. Dia kini menetap di Bagan Serai Perak. Sebenarnya minat menulis sudah lama sejak 12 tahun lalu (bermula tahun 2010 lagi) ketika masih dibangku persekolahan. Minat tak berhenti walaupun sudah kahwin, dia kemudian meneruskan perkara yang disukai ini dengan berkongsi perihal resepi dan travel ini melalui portal ombakbergigi.com.
Perjalanan 12 tahun dalam dunia penulisan santai ini bukanlah satu tempoh yang singkat. Pelbagai informasi telah disalurkan dalam blog ombakbergigi.com terutamanya mengenai bab resepi yang mudah dan tips travel ke tempat-tempat menarik yang ada di seluruh Malaysia.
Antara entri yang paling viral dan popular serta menjadi pilihan warga maya adalah Tempat Tengok Kapal Terbang Ombak Bergigi tak percaya korang boleh check dalam carian di Google dan entri ini berada dalam 1st rank dengan lebih 11K carian click.. Kalau nak tahu juga pageview untuk blog ini juga mencapai 4.0K sehari dan pageview 100K untuk per month. Huish, satu pencapaian membanggakan.
Wow, satu angka yang sangat menakjubkan. Gaya penulisan santai dan lebih dekat dengan pembaca warga maya menjadikan portal ombakgigi.com menjadi pilihan ramai. Bayangkan sehari saja ada 4.0K pembaca maya melayari portal ini.
Omba Bergigi Aktif Dalam Media Sosial Lain
Selain itu, Ombak Bergigi juga sangat aktif di platform media sosial lain. Dengan jumlah pengikut 14K, Ombak Bergigi menjana pendapatan lain apabila turut terbabit dengan aktiviti food review di hotel terkenal di Johor Bahru. Sebut saja nama portal ombakbergigi.com pasti ramai mahukan service daripadanya.
Bagi mempertingkatkan lagi kemahiran dan carian setiap entri dalam blog ombakbergigi.com, ia turut menekankan gaya penulisan melalui SEO Keyword. Jadi tidak hairanlah, ombakbergigi.com pernah menjalin kerjasama berkolaborasi dengan projek mega seperti Kedai Emas Richvalet, Kedai Emas Miragold, Tasneem, MarryBrown, Charms Skincare, PG Mall, Mcdonald’s, Nature’s Way dan banyak lagi. Semuanya mendapat sentuhan kreativiti ombakbergigi.com dalam memasarkan jenama masing-masing
Untuk blog Ombak Bergigi ini menerapkan gaya penulisan SEO keyword. Blog ombakbergigi.com ini juga pernah berkolaborasi dengan projek mega seperti Kedai Emas Richvalet, Kedai Emas Miragold, Tasneem, MarryBrown, Charms Skincare, PG Mall, McDonald’s, Nature’s Way dan banyak lagi.
Soo kalau korang nak jadi pelbagai lagi informasi menarik dalam blog ombakbergigi.com ini layari saja portal ini. Korang pasti tak akan menyesal dan akan terus click pada entri menarik yang lain. Cuba click dulu satu then barulah korang akan tahu keistimewaan blog ombarbergigi.com ini.
Layari juga page sitizurinamatsaman.com untuk lebih informasi
terima kasihhh akkk