myzanjourney | Bukan setahun dua sis mengenali pemilik blog myzanjourney.com ini, tetapi sudah lebih dua dekad bersahabat. Dari zaman kami bujang, sama-sama kahwin dan kemudian mempunyai anak, hubungan kekal terjalin hinggalah saat kami sama-sama tidak lagi bekerja makan gaji.
Perjalanan kisah persahabatan yang panjang. Kalau dulu sama-sama pergi assignment diarahkan Editor, baik temubual bersama orang biasa atau kenamaan itu semua dah jadi ‘makanan’ blogger myzanjourney sementelah berpengalaman lebih 10 tahun menerajui majalah berstatus VIP antaranya Majalah Midi dan Majalah Nona.
Myzan.com Bukan Blog Syok Sendiri
Kini, setelah mempunyai portal sendiri, setiap entri yang ditulis bukan lagi dikata syok sendiri tetapi lebih kepada informasi yang evergreen agar entri ditulis kekal dalam carian google sampai bila-bila. Kali ini mula belajar ilmu baru, iaitu penulisan mengikut SEO.
Menyingkap sisi penulis blog myzanjourney.com ini mempunyai kelulusan dalam bidang Mass Comm dari Universiti Kebangsaan Malaysia tetapi tidak terus bekerja dalam bidang berkaitan dek kerana kegawatan ekonomi ketika diakhir pengajian.
Nama pemilik sebenar, Hamizatul Maizan Mohamed ini memulakan kerjaya terlebih dahulu sebagai marketing executive dalam industri kesihatan yang membekalkan peralatan ke hospital ternama tanah air.
Menimba pengalaman di situ sebelum beralih ke dunia kerjaya yang sebenar. Mencipta kejayaan sebagai warawan majalah dan ketika itu menyedari dunia digital masih lagi belum bertapak dan berkembang kukuh di Malaysia seperti hari ini.
Dengan berbekalkan pengalaman menginterview golongan ternama, istana, pesalah juvana dan juga banduan di penjara dianggap sebagai pengalaman paling mahalnya sepanjang bergelar wartawan. Pengalaman yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit. Inilah keseronokan tika bergelar wartawan majalah. Dengan tiket wartawan kita diberi peluang untuk temubual dari golongan bawahan hingga atasan.
Namun dek dunia teknologi yang makin berkembang menyebabkan kerjayanya juga bertukar dari penulisan majalah ke industri digital. Cabaran lebih besar dan berbeza. Bayangkan dulu kita cetak paper dalam bentuk majalah tetapi kini, semuanya hanya guna hujung jari.
Kita kena tahu teknikal dalam penulisan digital. Walaupun agak sukar pada mulanya tetapi lama-lama menjadi seronok menulia di alam maya kerana boleh dapat feedback audien secara langsung.
Namun kerjaya makan gaji terpaksa ditinggalkan tetapi tak bermakna minat menulis terhenti di situ saja. Menurut myzanjourney.com kalau dah sekali bergelar penulis sehingga hujung nyawa pun akan tetap menulis.
Membuat persediaan lebih awal sebelum berhenti dengan mula menulis di blog sendiri. Berbekalkan pengalaman yang ada lahirkan myzanjourney,com yang berkonsepkan how-to.
Segala informasi dikongsi melalui portal ini mungkin dapat membantu pembaca alam maya yang sememangnya dahagakan ilmu secara dalam talian.
Kongsi Manfaat Ilmu Di Alam Maya
Paling teruja bila menulis blog apabila mendapat komen daripada mereka yang melayarinya. Dan memang itu niat asal myzanjourney.com untuk berkongsi manfaat kepada orang lain.
Antara artikel paling hits dan mendapat perhatian adalah buah tangan melawat orang meninggal. Artikel ini penulis tulis berdasarkan pengalaman ketika menziarah ahli keluarga meninggal dunia.
Menurutnya lagi menulis di blog sendiri cabarannya apabila perlu mengikut penulisan cara SEO. Jadi bila dah bergelar SEO Writer banyak lagi perkara teknikal perlu dipelajari.
Namun itu semua sebagai pembangkit semangat untuk ranking semakin tinggi bila dah nampak hasilnya. Lagi-lagi berada dalam circle supportive. Kini myzanjourney.com tersenyum bangga kerasa dirinya sudah menjadi salah seorang SEO Writer Malaysia. Kenalilah lebih dekat diri pemilik blog ini dengan click atau buat carian myzanjourney.com saja.
Oh ye kalau nak tahu, myzanjourney juga seorang yang aktif dalam bersukan (ketika di zaman bujang dan awal bekerja) terutama dalam bola jaring. Dengan size badan kecil senang untuknya berlari ke sana ke mari mengejar bola. Sekarang ini lebih selesa memilih berbasikal bersama suami tersayang sambil menikmati pemandangan indah di kawasan persekitaran.
Dia juga yang sis dapat simpulkan seorang yang sangat menjaga penampilan diri. Sentiasa tampil cantik, anggun, kemas dan feminin menjadikan dirinya berada dalam kelasnya tersendiri.
Ibu kepada tiga orang anak ini juga sebenarnya seorang yang sangat suka memasak terutama sebagai homebaker. Memasak baginya adalah satu terapi dan inilah keistimewaan blogger myzanjourney.com ini
Kalau ada yang nak booking kek atau biskut boleh terus WA personal kepadanya. Sekali korang rasa biskut Pearl mesti jatuh cinta berkali-kali. Maklum menggunakan bahan premium dalam penghasilan biskut berkenaan.
Layari page sitizurinamatsaman.com untuk lebih info
awww…terima kasih atas sokongan. Insyaallah kita bangkit sama-sama jadi SEO Writer Malaysia yang disegani. Aamiin.