Solat hajat merupakan salah satu solat sunat yang sangat digalakkan untuk dilakukan terutama bagi mereka yang berhajat kepada sesuatu.
Atau mereka yang berada dalam kesulitan dan yang memohon segala urusan dipermudahkan, untuk mendapat kesihatan baik ataupun lulus cemerlang dalam peperiksaan.
Boleh juga bagi mereka yang memohon minta dipermudahkan jika berlaku sesuatu perkara buruk. Misalnya hilang ahli keluarga dan mahu dijumpai semula atau mohon keselamatan sepanjang perjalanan ke sesuatu tempat.
Kelebihan Buat Solat Hajat
- Diri akan rasa lebih tenang kerana segala masalah yang ditanggung disampaikan kepada Allah agar dipermudahkan urusan
- Menjadi insan yang bersifat lebih ikhlas menerima qadak dan qadar Allah.
- Berasa yakin dengen apa yang berlaku.
- Menjauhkan kita dari gangguan syaitan. Bila kita beribadah pada Allah dengan solat hajat, syaitan akan menjauh dari kita.
- Membuka pintu rezeki. Mintalah pada Allaha agar dimewahkan rezeki seluas lautan. Mintalah padaNya dan Dia akan buka jalan kepada kita.
- Mendapat keberkatan dalam hidup. Kita akan sentiasa mengingati Allah dan minta hajat padaNya
Waktu Solat Hajat Paling Afdhal
Tiada waktu yang khusus ditetapkan dan solat sunat hajat ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan waktu jika korang berkelapangan.
Seeloknya waktu paling afdhal lakukan waktu tenang seperti sepertiga malam (antara waktu 1 pagi hingga 5 pagi) selepas lakukan solat lain seperti tahajjud dan taubat. Lakukan solat sunat ini sebelum masuknya waktu solat Subuh.
Kita juga tak tahu bila waktunya nyawa aka dijemput, selagi berkesempatan untuk melakukan solat sunat buatlah semampu yang boleh. Bila kita sudah meninggal, ziarah waris keluarga dengan membawa Buah Tangan Untuk Orang Meninggal yang difikirkan perlu.
Waktu Yang Dilarang
Namun begitu ada waktu-waktu tertentu yang dilarang lakukan solat sunat ini dan antara waktunya:
Waktu Syuruk – waktu di mana matahari mula terbit dan dianggarkan berlangsung selama 15 minit.
Waktu Zhahirah – waktu ketika matahari betul-betul berada di tengah langit pada waktu tengahari. Kalau kita biasa sebut waktu matahari tegak atas kepala. Waktu ni bayang pun tak kelihatan kerana matahari betul-betul berada atas kepala. Selalunya berlaku pada waktu beberapa minit sbelum masuk Zuhur.
Waktu Senja – Waktu matahari terbenam sehingga terbenam seluruhnya. Selalunya waktu ini berlangsung selama 15 minit sebelum masuk solat Maghrib
Baca Juga: https://sitizurinamatsaman.com/ini-5-doa-waktu-sujud-sebelum-tahiyat-akhir/
Panduan Dan Cara Solat Hajat Mudah Dan Ringkas
1. Bacaan Niat
2. Panduan Pada Rakaat Pertama
3. Panduan Pada Rakaat Kedua
4. Amalan Selepas Solat
5. Doa Lepas Solat
6. Maksud Doa
Soalan Berkaitan Solat Hajat
Boleh atau tak kumpul hajat dalam satu solat : Boleh dan tiada masalah kerana Allah itu Maha Kaya Lagi Maha Memberi. Jadi walau banyak mana sekali hajat diminta, mintalah pada Allah yang Maha Berkuasa. Ini kerana kita tidak tahu bila masanya kita akan dijemput oleh Allah dan selagi masih bernyawa terus meminta padanya. Diri jadi lebih insaf tentang kematian kala membaca Review Novel Terima Kasih Allah Saat Roh Di Sempadan Barzakh yang menceritakan saat roh di sempadan barzakh.
Adakah boleh dilakukan solat hajat secara berjemaah : Boleh dan hukumnya adalah harus dilakukan secara berjemaah. Misalnya memohon agar dipermudahkan urusan untuk peperiksaan penting yang sering dilakukan di masjid atau pihak sekolah.
Adab Ketika Lakukan Solat Hajat
- Disarankan untuk tidur dulu dan dilakukan selepas waktu tidur malam. Seelokanya bangun bersugi dan mandi dulu serta berpakaian putih bersih atau pakaian yang bersih. Dan pastikan tempat solat juga bersih dan suci.
- Lebih afdhal juga jika dapat didirikan solat sonat lain seperti solat sunat tahajjud, solat taubat sebelum melakukan solat hajat.
- Dirikan solat dengan yakin dan tenang. Mintalah dengen bersungguh dan yakin hanya Dia akan menerima segala permintaan kita. Sentiasalah juga bersangka baik denga Allah.
Artikel Lain: Senarai Solat-Solat Sunat
Pesanan Ketika Solat
Jadi diingatkan sebagai hambaNya mintalah hajat dengan Maha Pencipta dengan hati yang ikhlas. Misalnya berhajat dikurniakan anak yang baik dan soleh.
Juga kalau minta jadi kaya mintalah jadi orang yang beriman dan dermawan supaya dapat membantu orang lain. Dan kalau mintak jodoh, biarlah orang yang beriman dan boleh membawa kebahagiaan dunia akhirat.
Selain itu korang kena tahu juga antara tempat dan waktu paling mustajab untuk berdoa. Salah satunya adalah waktu hujan turun dan ketika di Padang Arafah.
Namun perlu diingat, korang kenalah berdoa dengan seikhlas hati. Mintalah apa saja denganNya kerana hanya Allah Maha Mengetahui, Maha Mendengar dan Maha Bijaksana.
Oh ye, kita bukan saja perlu tahu panduan cara solat hajat, menjadi keperluan kita untuk mengetahui cara betul solat jenazah lelaki dan bersedia untuk melakukannya bila ada keperluan ke arah itu.
Layari page sitizurinamatsaman.com untuk lebih info