AEON Nobat Puteri Aisha Carlysa Duta AEON Kids Republic 2023

Kids Republic| Setelah hampir sebulan mencari Duta bagi brand Kids Republic iaitu rangkaan jenama fesyen di bawah AEON CO. (M) BHD, akhirnya Adik Puteri Aisha Carlisya Mohd Azham berjaya dinobatkan sebagai pemenang utama dalam pencarian Kids Republic Brand Ambassador 2023. Puteri Aisha Carlysa berjaya mengalahkan 24 peserta lain yang turut bertanding dalam dua kategori.

Menjawab dengan penuh yakin soalan diajukan juri menjadikan dia layak menang untuk kategori B dan juga sebagai Duta bagi jenama Kids Republic. Sebagai pemenang utama Puteri Aisha Carlysa berjaya membawa pulang mendapat baucar AEON Gift bernilai RM2000 dan elaun pakaian setahun bernilai RM1200.

kids republic

Pencarian Kids Republic Ambassador Selama Sebulan

Sebelum itu menurut Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON Malaysia, Low Ngai Yuen seramai 1,706 penyertaaan yang diterima untuk Duta Kids Repiblic ini. Dan jumlah ini hanya dalam tempoh kurang daripada satu bulan.

Tambahnya kesedararan ibu bapa yang menghargai keperluan untuk meraikan perkembangan anak-anak sambil memberi galakan dan pendedahan sebanyak mungkin. 

Daripada jumlah itu hanya seramai 24 orang telah disenarai pendek sebagai finalis pencarian Duta AEON Kids Republic, bertemakan “Kids Who Create the Future”. Majlis yang berlangsung di IOI Mall Putrajaya ini memperlihatkan bakat sebenar 24 kanak-kanak yang bertanding.

Masing-masing telah diminta untuk memilih salah satu daripada 12 kotak yang tersedia. Di dalamanya mengandungi mainan dan soalan. Mereka kemudiannya diminta untuk menjawab satu soalan berkaitan peranan mereka dalam mencipta masa depan.

Semua finalis tampil cukup comel dan bergaya. Namun begitu ada yang masih malu-malu dan ada yang memang memiliki tahap konfiden yang tinggi bila berada di depan khalayak ramai. Apa sahaja yang terluah diminda mereka, itulah yang diluahkan kepada para juri.

kids republic

Juri Akhirnya Nobat Adik Puteri Aisha Carlysa

Panel juri adalah terdiri daripada Ms. Low Ngai Yuen selaku Ketua Pegawai Pemasaran dan Dagangan AEON Malaysia, Prichelle Lim, Partnership Manager for Singapore and Manager of theasianparent, Gillian Hung (Mama G), Fashion Icon and International Consultant; Designer and Founder of MMAG, and Advisor of Malaysian Official Designers Association (MODA) dan Ruzaidi Zaman, Store Manager di AEON Putrajaya.

Majlis yang berlangsung hampir dua jam itu akhirnya menobatkan Adik Puteri Aisha Carlysha Mohd Azam sebagai pemenang dengan membawa pulang hadiah lumayan.

Manakala untuk pemenang pemenang Kategori akan mendapat baucar AEON Gift dan hadiah istimewa berjumlah RM1500. Dan hadiah saguhati istimewa pula akan diberi kepada peserta yang disenarai pendek.

Pemenang kategori A ialah Muhammad Yusha Harris bin Muhd Yuzri Nizal (lelaki) dan Naira Alisha binti Mohammad Aimil Fariz (perempuan). Manakala untuk kategori B ialah Ahmad Rageen bin Sultan Ahmad (lelaki) dan Puteri Aisya Carlysa (perempuan) yang juga Duta Kids Republic 20123.

kids republic

Kategori A (5 – 8 tahun):

  1. Muhammad Yusha Harris bin Muhd Yuzri Nizal
  2. Ahmad Yezriq bin Ahmad Yazran
  3. Shiv Aarryan Ganesan
  4. Kourosh El Rayyan bin Ramin Toutian Esfahani
  5. Zayn Nayl bin Muhamad Faiz
  6. Airis Amanda binti Mohd Norhafizi
  7. Jadi Jesslyn
  8. Priesshah A/P Hariintran
  9. Alina Baig binti Mirza Mumtaz Baig
  10. Airis Haura Nur Inara binti Mohd Zulazman
  11. Emma Sophia binti Dzulfadli Husni
  12. Evareyhana binti Kamaruzzaman
  13. Audree Elena binti Shahrizan Effedey
  14. Naira Alisha binti Mohammad Aimil Fariz

Kategori B (9 – 12 Tahun)

  1. Muhammad Reezqi Rayqal bin Ahmad Naim
  2. Awang Naqiff Akmal bin Awang Bakri
  3. Jayden Ooi Chun Eng
  4. Ahmad Rageen bin Sultan Ahmad
  5. Tuan Muhammad Adam Reezqie bin Tuan Mohd Asmawi
  6. Ammar Hazim bin Ahmad Nazam Hilmi
  7. Koh Jee Yen
  8. Joshiyta A/P Jeyasudhan
  9. Puteri Aisya Carlysa binti Mohd Azham Shah
  10. Wan Nur Zara Damia binti Wan Abdul Halim
kids republic

Kids Republic

Kids Republic merupakan bahagian fesyen di bawah AEON, bagi kanak-kanak merangkumi pelbagai jenama dan jenis untuk setiap majlis dan aktiviti.

Kids Republic mencari kanak-kanak yang aktif dan berminat untuk mengambil bahagian dalam pencarian ini. Kami mahu mengetengahkan impian dan aspirasi mereka! Kids Republic adalah untuk Kanak-kanak Yang Mencipta Masa Depan!

Pencarian ini juga bertujuan untuk AEON mengikuti perkembangan kanak-kanak itu secara terus agar dapat menzahirkan fesyen yang lebih tepat dengan kegiatan harian mereka.

Layari page sitizurinamatsaman.com untuk lebih info

Leave a Comment

error: Content is protected !!