Nina Mirza | Dalam kelas penulisan SEO, sis kenal ramai blogger baru dan lama. Seronok bercampur dengan diorang ni kerana masing-masing ada kekuatan tersendiri. Kiranya diorang ini boleh dianggap sebagai wartawan dalam dunia penulisan tersendiri.
Salah seorang yang yang sis kenal adalah blogger Nina Mirza. Kami tak pernah bertemu hanya bersua di media sosial, tetapi rupanya dia seorang blogger yang dah lama join dunia penulisan ini. Nak tahu apa keistimewaan ninamirza.com ini yang banyak menulis tentang lifestyle terutama bab resepi.
Siapa Blogger ninamirza.com Ni
Nina Mirza ni bukan calang-calang orang ye, kecil molek tapi rupanya seoran surirumah dan mempunyai 5 orang anak. Wow, dalam kesibukan urus anak, Nina Mirza masih punya masa untuk menulis blog. Powerlah dia. Macam mana agaknya dia handle urusan anak dan menulis. Ini kena tanya Nina Mirza terus in person. Hahaha…
Kalau korang nak tahu bukan mudah untuk Nina Mirza berblogging. Dia kena curu-curi masa menulis kerana passion dan aktiviti me time menyeronokkan bagi Nina Mirza. Biasanya dia akan menulis sebelum tidur, semasa pantau anak-anak tuition atau buat draft siap2 waktu tunggu anak balik dalam kereta.
Untungnya Nina Mirza kerana blog ninamirza.com dapat sokongan daripada suami tercinta. Suami sangat galakkan apa saja minatnya dan turut bantu setelkan kerja-kerja rumah. Jadi Nina Mira gunakan masa terluang yang ada untuk manfaatkan blog ninamirza.com. Lebih sweet rupanya suami Nina Mirza jugalah bertindak sebagai photographer untuk setiap event/review dibuat.
Melihat pada size badanya, macam tak sangka Nina Mirza ni dah berusia 46 tahun serta wajah awet muda. Dulu katanya pernah kerja sebelum ambil keputusan jadi fulltime housewive. Rupanya tak salah Nina Mirza berhenti kerja sebab selain dapat luang masa dengan anak-anak dia juga boleh berblogging dengan bebas.
Malah mendalam untuk menulis menyebabkan Nina Mirza mula terbabit dalam dunia blogger ini sejak 2011. Dia banyak berkongsi mengenai resepi, tip masakan, kecantikan, parenting, travel, review produk dan juga event.
Kelebihan Blogger ninamirza.com Gaya Tulisan Sempoi
Punya gaya penulisan yang sempoi, ada kalanya gaya tulisan kelakar, serius dan jangan tak percaya sesekali ada puisi dalam penulisannya. Ini mungkin daya tarikan pembaca untuk terus mengikuti blog ninamirza.com ini dan membaca entri yang lain.
Satu lagi keistimewaan blog ninamirza.com ini dia sering share mengenai resepi mudah dan simple. Katanya kalau resepi dikongsi, dia banyak guna sukatan cawan, tanpa bakar, tanpa mixer dan sangat mudah di follow oleh beginner. Salah satu resepinya yang viral Resepi Kek Pisang Viral dan ramai orang share dalam grup media sosial. Power tak power lah blog ninamirza.com ni, tak percaya boleh follow.
Diawal pembabitan Nina Mirza sebagai blogger, gaya blognya lebih kepada racangan Ketuk-Ketuk Ramadan yang hanya berkongsi resepi, tetapi setelah beberapa tahun blog ninamirza.com sudah keluar dari kotak. Nina Mirza mula menulis tentang lifestyle yang digemari pembaca. Makin ramai yang mula mengikuti entri dalam blog ninamirza.com ini dan mendapat manfaat daripadanya.
Rindukan Tulisan Puisi ninamirza.com
Nak tahu pasal parenting, beauty, travel, produk baru semuanya dicombine dalam satu blog cukup menarik. Ditambah dengan gambar-gambar menarik, korang mesti suka nak membacanya lagi dan lagi. Blog ninamirza.com ini juga perah menang pertandingan SEO untuk MInyak Herba Asmak Mujarab, Bedak Asmak dan pernah juga collaborate review projek mega seperti Cosmoderm, Mcdonald’s, Watsons, Himalaya, Lembaga Zakat Selangor, Traveloka dan banyak lagi.
Jadi bagi yang nak mengenali ninamirza.com ini bolehlah cuba-cuba click blognya dan baca seluruh entri ditulis. Moga ada perkongsian Nina Mirza yang memberi manfaat buat korang semua. Dah sekali click pasti rindukan puisi puitis dalam penulisan yang sempoi tetapi buat orang jatuh cinta.
Oh ye, ninamirza.com juga baru-baru ini ada share pasal sunscreen muka bagus murah, katanya kalau nak cari produk yang bagus dan murah boleh baca dulu entrinya. Maklumlah sunscreen ini perlu kita pakai untuk menjaga kesihatan dan kecantikan kulit. Ini pula 10 produk sunblock terbaik untuk wajah yang korang kena ambil tahu.
Untuk lebih info layari juga blog sitizurinamatsaman.com
bestnyer ada ramai kawan blogger yang bantu membantu. I love this circle.