13 Larangan Dalam Ihram Wajib Tahu Ketika Buat Haji Dan Umrah

13 Larangan Dalam Ihram | Seronok tengok seorang seorang geng sis dapat panggilan ke tanah suci tahun ini. Walaupun dah setahun sis pergi, tetapi momen tu kata orang masih basah dalam ingatan. Memang payah nak move on. Lagi-lagi kalau ia pengalaman paling berharga dan mahal berbanding lain-lain perkara.

Sebelum pergi, mestinya kita dah buat pelbagai persediaan termasuk ilmu Haji itu sendiri. Bagaimana kita nak pastikan perjalanan haji sempurna dan kalau boleh dapat yang mabrur. Selain pergi kursus asas haji, kita boleh je gali ilmu haji ini di channel Utube atau melalui pembacaan di alam maya.

Sis dan suami juga tak terkecuali. Lepas dapat tawaran, terus kami belajar ilmu haji ini dalam Utube. Hampir setiap hari siang ke malam sama-sama belajar untuk tambah ilmu.

Dan salah satunya kena tahu 13 larangan dalam ihram iaitu menjadi syarat untuk Wajib Haji ini. Ada banyak larangan ini, bukan setakat satu dua je. Semua wajib kena follow kalau tak boleh menyebabkan seseorang itu berdoa dan dikenakan dam ibadah haji atau umrah yang dilakukan.

Jangan main-main, nampak remeh tetapi kalau tak follow memang boleh batalkan ibadah atau kena bayar dam. Tak kisahlah korang nak pergi mengerjakan ibadah haji atau umrah, 13 larangan ihram haji atau pantang larang ihram ini memang wajib korang tahu dan fahami betul-betul.

13 Larangan dalam ihram
Selesai sempurnakan Haji Ifrad

13 Larangan Dalam Ihram Untuk Lelaki Dan Wanita

Bagi lelaki sebaik berniat perlu memakai pakaian ihram iaitu dua pakaian yang tidak berjahit sehingga selesai bertahallul. Kalau lakukan Haji Ifrad, kena tunggu dari awal berniat sehingga masuknya hari wukuf dan melakukan Tahallul Awal.

Bagi perempuan pula wajib menutup aurat dan menjaga 13 larangan ihram ini sepanjang dalam ihram sebelum membebaskan diri dari semua larangan berkenaan.

Larangan dalam ihram ini merupakan salah satu daripada Wajib Haji. Jika sengaja dilakukan baik jemaah lelaki atau wanita ibadahnya sah tetapi adalah berdosa dan dikenakan dam yang telah ditetapkan. Ini antara pantang larang ihram yang wajib diikuti sepanjang dalam ihram.

1. Memakai pakaian bersarung/berjahit dan bercantum 

2. Menutup sebahagian kepala atau sebahagian daripadanya.

3. Menyapu minyak di kepala/janggut dan selain daripada yang tumbuh dipipi dan dahi.

4. Memakai bau-bau sama ada di badan, pakaian, makanan/minuman/menghidunya ke dalam hidung.

5. Menutup muka – untuk wanita

6. Memakai sarung tangan

7. Menanggalkan rambut atau bulu

8. Mengerat atau memotong kuku

9. Menebang, mencabut pokok/tumbuh-tumbuhan di Tanah Haram

10. Memburu & membunuh binatang buruan.

11. Melakukan pendahuluan persetubuhan

12. Melakukan persetubuhan

13. Berkahwin/Mengahwinkan/Menerima Wakil Kahwin

Kredit Tabung Haji

Tahallul Awal & Tahallul Thani

Bagi melepaskan dari dari larangan ihram ini, setiap jemaah itu perlu melakukan tahallul. Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, tahallul dari segi bahasa ialah menjadi boleh atau dihalalkan. Menurut syarak pula perkataan tahallul bermaksud membebaskan diri daripada larangan yang terdapat semasa dalam waktu ihram.

Dalam ibadah haji dan umrah, perbuatan tahallul dijadikan salah satu dari rukun dalam kedua-dua ibadah tersebut. Dalam erti kata lain, tidak sempurnalah ibadah haji atau umrah seorang jemaah haji jika tidak melaksanakan rukun tahallul ini.

Tahallul bagi ibadah umrah ialah di mana para jemaah melakukan cukur atau bergunting selepas selesainya melaksanakan rukun saei’ di dalam Masjidil Haram itu sendiri. Justeru selepas selesainya bergunting atau bercukur ini, para jemaah bebas daripada larangan yang terdapat sepanjang tempoh berihram.

Talallul bagi ibadah haji pula dibahagikan kepada dua iaitu talallul awwal dan tahallul thani.

Pertama, tahallul awal boleh dilaksanakan oleh jemaah haji apabila telah melaksanakan dua daripada tiga perkara seperti dibawah.

  1. Melontar Jamrah Al-kubra
  2. Tawaf rukun dan saie’ (jika saie’ masih belum dilaksanakan)
  3. Bercukur atau bergunting
13 Larangan dalam ihram
Bersedia untuk ibadah melontar.

Dalam melaksanakan talallul awal, jemaah haji diberi pilihan untuk melakukan mana-mana perbuatan di atas secara mengikut turutan ataupun sebaliknya.

Kedua, Tahallul Thani ialah bila mana jemaah haji berjaya melaksanakan ketiga-tiga perkara yang disebutkan seperti di atas.

Allah SWT berfirman:

لَتَدْخُلُنَّ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ إِن شَاءَ اللَّـهُ آمِنِينَ مُحَلِّقِينَ رُءُوسَكُمْ وَمُقَصِّرِينَ لَا تَخَافُونَ

Maksudnya: Iaitu Sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjid Al-Haram – insya Allah (pada masa Yang ditentukanNya) – Dalam keadaan aman (menyempurnakan Ibadat Umrah kamu) Dengan mencukur kepala kamu, dan kalau (tidak pun) menggunting sedikit rambutnya, serta kamu tidak merasa takut (akan pengkhianatan musuh sehingga kamu keluar balik dari situ).”

Ambil kesempatan berdoa saat akhir.

Selepas lakukan Tahallul Awal ini, bolehlah kita lepaskan diri dari 10 larangan ihram ini:

  1. Memakai pakaian bersarung/berjahit dan bercantum 
  2. Menutup sebahagian kepala atau sebahagian daripadanya.
  3. Menyapu minyak di kepala/janggut dan selain daripada yang tumbuh di pipi dan dahi.
  4. Memakai bau-baut sama ada di badan, pakaian, makanan/minuman/menghidunya ke dalam hidung.
  5. Menutup muka – untuk wanita
  6. Memakai sarung tangan
  7. Menanggalkan rambut atau bulu
  8. Mengerat atau memotong kuku
  9. Menebang, mencabut pokok/tumbuh-tumbuhan di Tanah Haram
  10. Memburu & membunuh binatang buruan.

Namun begitu untuk 3 lagi larangan dalam ihram ini (di bawah) hanya boleh dilakukan selepas selesai mengerjakan semua amalan ini, iaitu melontar di Jamrah Kubra (10 Zulhijjah), Tawaf Rukun dan Saei’ dan Bercukur. Ini dinamakan Tahallul Thani.

  1. Melakukan pendahuluan persetubuhan
  2. Melakukan persetubuhan
  3. Berkahwin/Mengahwinkan/Menerima Wakil Kahwin
13 Larangan dalam ihram
Sebelum terbenam matahari di Arafah.

Wajib Haji

Bagi jemaah yang mengerjakan Haji itu sendiri perlu tahu apa pengertian Wajib Haji. Wajib Haji ialah pekerjaan yang wajib dilakukan ketika mengerjakan Haji.

Jika tidak mengerjakan salah satu daripadanya, Haji tersebut tetap sah tetapi dikenakan dam menurut syarat-syaratnya dan menanggung dosa jika meninggalkannya perkara tersebut dengan sengaja.

Ini adalah Wajib Haji yang perlu kita fahami:

  1. Niat Di Miqat – mengikut yang telah ditetapkan
  2. Larangan ihram – ada 13 larangan dalam ihram wajib diikuti
  3. Bermalam (Mabit) di Muzdalifah – perlu ada sepertiga malam
  4. Melontar Jamrah Kubra pada 10 Zulhijjah
  5. Bermalam (Mabit) Di Mina untuk 11, 12, 13 Zulhijjah – Untuk Nafar Awal atau Nafar Thani
  6. Melontar ketiga-tiga Jamrah pada 11, 12, 13 Zulhijjah – Untuk Nafar Awal atau Thani

Rukun Haji

Manakala Rukun Haji pula ialah pekerjaan yang mesti dilakukan oleh jemaah haji ketika mengerjakan Haji. Jika tidak ditunaikan, haji seseorang tidak sah/tidak sempurna/tergantung dan masih tertakluk dengan larangan ihram.

Rukun Haji Perlu Tahu:

  1. Niat Ihram Haji
  2. Wukuf Di Arafah
  3. Tawaf Di Kaabah
  4. Saei Antara Bukit Safwa & Marwah
  5. Bergunting/Bercukur Rambut
  6. Tertib Pada Kebanyakan Rukunnya

Setelah mengetahui Rukun Haji dan Wajib Haji, barulah jemaah boleh memikirkan untuk melakukan jenis haji, samaada Haji Tamattuk, Haji Ifrad atau Haji Qiran. Tidak dinafikan 90% jemaah Malaysia memilih untuk melakukan Haji Tamattuk.

13 Larangan dalam ihram
Kenangan bersama teman sebilik di Arafah.

Cara Buat Haji Ifrad

Namun bagi mereka yang mahu melakukan Haji Ifrad (selalunya jemaah yang dalam penerbangan akhir serta memasuki Mekah dahulu memilih untuk lakukan Haji Ifrad. Di sini cara untuk lakukan Haji Ifrad itu.

Rezeki yang datang berbeza-beza, jadi bagi mereka yang sudah mendaftar haji tetapi masih lama menunggu giliran tunai haji, bolehlah membuat Rayuan Tunai Haji setiap tahun apabila dinyatakan oleh Tabung Haji.

Dan apabila sudah dijemput olehNya, jangan lupa juga untuk lakukan tips haji lain iaitu amalan sunat yang boleh dibuat sepanjang menunggu wukuf atau lakukan selepas habis musim haji nanti.

5 thoughts on “13 Larangan Dalam Ihram Wajib Tahu Ketika Buat Haji Dan Umrah”

Leave a Comment

error: Content is protected !!