Buat masa ini ramai jemaah yang mengambil kesempatan tunai umrah di kota suci Mekah. Menghambakan diri padaNya dan melupakan seketika urusan dunia untuk kembali mengingati Allah dengan mengunjungi Baitullah di sana.
Sebelum pergi, setiap jemaah perlu tahu persiapan terutama barangan keperluan wajib dibawa sepanjang melakukan ibadah di sana. Tidak kiralah sama ada mahu kerjakan ibadah umrah atau haji. Selain ilmu di dada berkenaan bab ibadah di sana, persiapan barangan juga perlu diambil kira.
Mengikut pengalaman sis yang tunai haji tahun 2022l alu, persiapannya lebih detail. Bukan sahaja daripada mental, tetapi juga fizikal, serta kewangan mencukupi dan senarai barangan yang kena bawak untuk digunakan di sana nanti. Persiapan perlu dilakukan lebih awal agar tidak kalut.
Ada beberapa barangan yang memang kita kena bawak dari sini lagi kerana barangan keperluan di sana sangatlah mahal berbanding di negara kita sendiri. Apa pun urusan di sana, sama ada untuk tunai haji atau umrah, kena tahu persiapan yang perlu disediakan.
Baca Juga: Haji Ifrad Cara Buat Dan Kelebihannya Musim Haji
Persiapan Tunai Umrah Dan Haji Di Mekah
Berdasarkan pengalaman sis ketika mengerjakan haji tahun 2022 pada 1443H, ini antara senarai barangan yang perlu kita sediakan sebelum pergi. Ada antaranya yang sis beli di sini dan ada yang terpaksa kena beli di sana. Tetapi diingatkan harga barangan di Mekah dan kawasan sekitar lebih mahal berbanding temat sendiri.
Jadi bagi yang dan rancang untuk tunai haji atau umrah (setiap musim orang pergi), ini antara barangan wajib ada sebagai keperluan harian. Yang lain tak begitu perlu contohnya baju putih berpoket atau seluar panjang putih. Dulu-dulu memang kena bawak, tapi sekarang lebih kepada cashless.
- Sambal Garing Cik Nor – bawah la untuk dua bekas (kalau tunai umrah, kalau haji kena bawah lebih sedikit kerana lebih sebulan berada di sana dan akan lebih berselera jika bawa makanan yang biasa kita makan.
- Serunding – Tak kisah serunding ayam atau daging atau ikan. Nak lebih jimat paket kecik-kecik dan peruntukan 1 paket untuk satu hari. Kalau lebih 30 hari kena ada 30 paket serunding.
- Mini telekung – Tak perlu bawah telekung satu set lengkap. Memadai hanya bawa mini telekung kerana lebih mudah, ringan dan boleh digunakan sama ada untuk solat, aktiviti biasa atau ketika berada di Masyair. Boleh jimat ruang dalam penyimpanan beg.
- Keperluan Jubah – Memadai hanya bawa sehelai dua dari Malaysia. Jika tunai umrah bawak 4 pasang pun dah cukup. Kalau haji, juga sama tetapi boleh beli di sana dan harga jubah jauh lebih murah dan cantik-cantik cuttingnya.
- Pelbagai Sos – Terutamanya sos cili dan kicap. Di sana hanya disediakan sos kicap walaupun untuk makan burger. Nak lagi sedap korang boleh bawak Sos Cili Thai, Sambal Nyet Khairul Aming dan juga Budu. Boleh dimakan dengan nasi dan hilang rindu masakan orang kita. Memadai bawa botol kecil saja. Kalau lebih boleh share dengan rakan sebilik.
- Kipas Kecik – Cari yang boleh guna USB. Ini boleh kita gunakan ketika Masyair kerana cuaca yang agak panas dan kegunaan kipas ini boleh memberi sedikit kelegaan.
- Power Bank – Juga antara barangan wajib kena bawak takut tak sempat caj telefon dan power bank boleh digunakan. Tetapi dingatkan jangan di hand carry sebaliknya letak dalam luggage.
- Panty Liner – Antara barangan wajib beli di Malaysia sebelum korang bertolak. Sis nak ingatkan kat sana panty liner atau Pad harganya sangat mahal. Berganda-ganda dari tempat kita. Jadi bagi yang tunai umrah atau haji, belilan stok banyak-banyak. Boleh share dengan jemaah lain.
- Topi – Banyak gunanya jika kita bawa topi. Sepanjang perjalanan dari hotel ke Masjidil Haram, topi digunakan untuk menutup kepala agar tidak terlalu panas. Selain bawa payung, tetapi payung sukar untuk disimpan, takut lupa letak di mana nanti usai solat.
- Spek Mata Hitam – Ini juga antara barangan penting wajib bawa. Cuaca yang panas menyebabkan mata jadi silau dan spek mata hitam ini pelindung terbaik untuk daya penglihatan. Cuma jangan pakai jenis besar hingga tutup muka, boleh dikenakan Dam nanti. Niatkan juga bukan untuk bergaya tetapi lebih kepada keselamatan.
- Al-Quran Kecik – Ini kita bawa untuk dibaca waktu dalam bilik dan waktu Masyair. Kalau sesiapa yang nak khatam (buat jemaah haji) sis ingatkan lebih afdhal baca guna Quran disediakan di Masjidil Haram atau Masjid Nabawi. Ambil gambar setiap page lepas baca dan sambung baca sebaik sampai di bilik hotel. Kalau boleh dapat khatam sudah rahmat besar di sana.
- Kain Basah – Ramai terlupa bab ini. Tetapi kita perlu ada untuk dipakai ketika mandi. Kata orang menghormati apabila berada di tanah Haram.
- Sabun Basuh Liquid – Digunakan untuk basuh baju. Bawa jenis yang cukup untuk sebulan atau dua minggu (untuk umrah) tetapi perlu dalam bentuk cecair. Di sana jarang jumpa sabun jenis cecair dan hanya juga jenis serbuk. Kalau ada pun tekstur sabun serbuknya tak seperti di Malaysia. Kalau nak dobi, harga dikenakan agak mahal (kecuali untuk cuci kain ihram) Malah untuk mandian pun kebanyakan kedai hanya juga sabun buku sahaja.
- Keperluan Mandi – Barangan wajib dibawa dari Malaysia lagi. Lebih senang bawah jenis yang botol kecil untuk kebersihan diri. Tetapi kat sana badan kita tak berbau peluh yang kuat sangat kerana cuaca kering. Walau tak mandi dua hari, keadaan masih ok (terutama jemaah haji). Untuk kesihatan diri, boleh bawak yang biasa dijual ditempat kita, walau ada bau wangi sedikit.
- Selipar – Untuk mudahkan keluar masuk ke Masjidil Haram. Selipar ini boleh disimpan dalam beg sahaja ketika masuk masjid dan elak dari masalah hilang selipar berlaku. Berlaku pada sis, selipar tak ingat letak mana dan terpaksa balik dengan membeli selipar lain di kedai berhampiran.
- Sport Shoes – Tapi untuk berjalan-jalan di sana, sis galakkan pakai kasut jenis ini. Senang untuk bergerak dan berjalan memandangkan kawasan di sana berbatu dan pasir. Lagi-lagi untuk ulang alik ke Masjidil Haram dan 6 hari di Masyair (Arafah & Mina)
- Beg Sandang – Diingatkan untuk bawa beg sandang sahaja berbanding sling beg. Dan selalunya pihak trave, agent akan memberi beg sling ini dan bolehlah korang gunakan sepanjang berada di sana.
- Wallet Kecil – Bawak kecil sudah memadai. Kad pengenalan diri seperti IC tidak laku di sana dan hanya passport yang perlu dijaga sebaiknya. Kad lain juga tak perlu dibawa kecuali satu atau dua kad kredit yang digunakan untuk urusan kecemasan.
- Hanger Dan Pengepit Baju – Bagi jemaah haji memang kena beli siap-siap. Untuk tali atau baldi barangan ini boleh beli di kedai berhampiran. Selepas musim haji, tinggal saja takperlu bawak balik.
- Telefon yang mempunyai daya kamera yang baik. Untuk merakamkan kenangan di tempat paling indah di dunia ini. Tetapi pastikan korang lakukan semua ini selepas lakukan semua kerja ibadah.
- Gula-gula Hacks Hitam – Lagi satu gula-gula Hacks hitam. Ini adalah penyembuh terbaik jika mengalami batuk di sana. Walaupun hack hitam rasanya agak tak sedap, tetapi percayalah di sana tidak akan jumpa kecuali korang bawak stok dari sini siap2. Terima kasih pada Hajah Ummu yang bawak stok hacks hitam untuk keperluan sepanjang 42 hari di sana.
- Ubatan – Bolehlah bawak untuk standby terutama Panadol Actifast. Walaupun sebenarnya jika kita sakit seperti demam atau batuk, ubatan di sana yang serasi untuk kita makan. Tetapi jika alami simptom awal nak demam, boleh telah panadol siap-siap. Jangan risau jemaah haji TH kerana setiap hotel mempunyai klinik kecil tersendiri. Bawak je buku kesihatan untuk memudahkan urusan.
Baca Juga: 13 Larangan Dalam Ihram Wajib Tahu Ketika Buat Haji Dan Umrah
Checklist Barangan Perlu Ada
Bagi orang lain, lain persiapan yang dilakukan. Ini antara perkongsian sahabat haji sis, Puan Hajah Azliana Khalid yang juga merupakan rakan sebilik sis dan juga suaminya Hj Khairul. Jom kita checklist barangan yang wajib ada dan kena cuba di sana.
Sekarang ramai dah start nak gi umrah.. saja nak share.. apa yang korang perlu ada.. perlu rasa dan perlu cariii
- Kasut tawaf & saie tapak getah tebal – Ini sangat membantu. Kaki tak lenguh sbb tapak getah tu grip kat lantai.
- Manik untuk kira pusingan tawaf – Masa buat tawaf / saie kita kadang kadang konfius atau lupa dah buat brp pusingan sbb asyik berdoa dan berzikir. So, manik ni membantu utk pastikan pusingan yg dibuat.
- Aiskrimmmm – Mesti makannn! Sedapp.. lembutt.. nyamann. Harga kat lori tu 5 riyal jerr.. kat tempat lain 7 riyal ke atas.
- Roti Croissont Inti Nutella – Ini kena cariiii kat BinDawood. Nutella tak kedekut. Ponohh inti dari hujung ke hujungg
- Roti Croissont Biscofff – Ini pun samo. Carik kat BinDawood. Tak kedekuttt biscofff. Tapi manisss. Akak tak makan banyak sbb akak dah maniss
- Air tebuuu – Air tebu yg tulennn tak campo airrr. Kena tambah perahan limau. Sodappp yakkmatt oiii
- Jus Manggaaa – Wallaaaa! Kena rasaaaa! Harga dah naik. Satu cawan 10 riyal. Sodapp nyaman tekakk
- Teh tarikkk – Food court Safwa. Cafe Red Cup. Sebijikkk teh tarik kodai mamak Malaysia
- Strepsil Malaysia – Okeh ini jangan beli di Mekah & Madinah. Mahhall sampai 40-50 riyal sekotak. Bawak bekal siap dari Malaysia. Sgt membantu sbb cuaca panas & berdebu. Mudah sakit tekak dan batuk.
- “Pad Wanita dari Malaysia” – “Pad wanita” yg nipis ke yg yang tebal kerrr harga pun samo Strepsil. Maka.. bawalah bekalan ya
- Duit kita RM 100 = 80 riyal.
Lakukan Tawaf Wada’ Sebelum Balik
Oh jika dah selesai urusan ibadah, tiba masanya untuk meninggalkan tanah suci ini. Namun sebelum balik, jemaah perlu lakukan tawaf Wida (tawaf selamat tinggal). Walaupun jauh di sudut hati sedih untuk meninggalkan rumah Allah ini, tetapi ini ibadah terakhir perlu dilakukan. Tidak kira yang lakukan umrah atau haji.
Tawaf Wada’ = tawaf ‘selamat tinggal’ yang wajib dibuat oleh orang yang hendak meninggalkan Kota Makkah untuk bermusafir sejauh dua marhalah atau lebih kerana menghormati dan memuliakan Baitullah. Berdosa bagi sesiapa yang tidak melakukannya dan dikenakan Dam.
Tawaf Wada’ dibuat hanya setelah segala-galanya siap untuk berangkat meninggalkan Kota Makkah.
Selepas buat Tawaf Wada’ seseorang itu tidak lagi dibolehkan membeli belah, balik ke bilik penginapan kecuali untuk tujuan sembahyang fardhu, urusan bersihkan diri, mengambil barang, makan atau minum dengan syarat masa yang diambil tidak terlalu lama.
Orang yang tak buat Tawaf Wada’ sebab jahil atau terlupa akan dikenakan Dam.
Dam = Denda yang diwajibkan kerana melakukan perkara larangan semasa melakukan haji atau meninggalkan perkara yang diwajibkan.
Contoh Dam = sembelih binatang ternakan seperti lembu, unta ,kambing dan sebagainya atau gantiannya sama ada memberi makanan atau berpuasa.
Berdoa Jadi TetamuNya Samaada Umrah Atau Haji
Nak jadi Tetamu Allah.. berdoalah
Melontar Jamrah
Semua jemaah haji Malaysia akan berada di Mina sehingga 13 Zulhijjah untuk melontar di ketiga-tiga Jamrah pada hari tasyrik 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Sejarahnya ialah lokasi Nabi Ibrahim melontar batu ke arah syaitan yang membuat hasutan supaya Nabi Ibrahim jangan patuh dengan arahan Allah.
Jemaah Haji perlu berjalan kaki 5km pergi & 5km balik untuk melontar di Jamrah. Oleh itu, tenaga fizikal dan kekuatan mental amatlah diperlukan. Sejak insiden maut terowong dahulu, kini laluan melontar Jamrah telah dinaiktaraf dan dibuat laluan sehala.
Kekuatan fizikal dan ketahanan badan sangat diperlukan dalam ibadah haji. Melontar 10km x 4 hari berturut, tawaf 7 pusingan 3.5 km, saie ulang alik 3.5 km.. (jumlah 7km mengikut bilangan berapa kali ibadah dibuat) yang jika diikutkan memang penat dan letih.. sakit dan lenguh kaki.. dengan faktor cuaca yang sangat panas.. tahap kesihatan yang batuk batuk.. belum ditambah dengan jarak hotel TH lebih kurang 1km dari Masjidilharam.. memang memenatkan.. tapi kuatkan semangat kerana Allah.
Untuk sahabat semua, berdoalah setiap kali selepas solat agar dapat mengerjakan haji semasa kudrat masih ada.. Insya Allah, Allah akan mencukupkan rezeki jika sudah tiba masanya. Allah akan bagi kepada yang berdoa dan berusaha.
Mana yang dah jadi mak ayah.. daftarkan anak anak untuk ibadah haji sejak dilahirkan.. akan tiba masa mereka nanti semasa usia muda..
Jangan jemu berdoa agar dijemput menjadi Tetamu Allah. Sentiasa peka bila waktu Tabung Haji buka slot rayuan haji. Sebab jika nak tunggu giliran tu lama sangat tempohnya
Kita berusaha.. Allah jua sebaik baik perancang
Asal-Usul Kota Mekah
Makkah atau lebih dikenali dengan Mekah atau nama penuhnya Makkah al-MUkarramah dalam bahasa Arab terletak 73 km Daripada Timur Jeddah. Di sinilah tempat lahirnya Nabi Ismail dan Nabi Muhammad dan juga tempãt Rasulullah menerima wahyu dari Allah.
Menjadi kota paling suci bagi umat Islam dan kota ini tidak pernah sunyi dari jutaan jemaah yang melakukan ibadah. Menjadi kiblat untuk solat lima waktu setiap kali masuknya kewajipan bagi setiap yang beragama Islam.
Dan pada bulan Zulhijjah pula tempot ini menjadi tumpuan Jemaah dari seluruh dunia untuk melakukan ibadah haji (sekali seumar hidup) di sini.
Terdapatnya juga Masjidil Haram dengan di dalamnya tersergam cukup indah Kaabah yang mana meruntun jiwa bagi yang melihat rumah Allah ini buat kali pertama.
Orang bukan Islam dilarang untuk memasuki Makkah. Malah setiap kali tiba musim haji, sekatan jalan raya akan diadakan pada setiap pintu masuk ke kota Mekah dan ini adalah untuk mentaga kemuliaan serta kesucian rumah Allah ini.
Selain itu, Mekah juga merupakan tempat terletaknya perigi Zamzam, yang mana airnya dianggap sebagai anugerah ilahi. Zamzam bermula dari keajaiban ketika Siti Hajar, isteri Nabi Ibrahim, mencari air untuk anaknya yang kehausan. Kini, air Zamzam terus mengalir dan menjadi minuman yang penuh berkat bagi jemaah haji.
10 Tempat Wajib Pergi Di Mekkah
- Kaabah – Kaabah adalah titik tumpuan utama bagi setiap umat Islam di dunia. Ia merupakan bangunan suci yang dibina oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Isma’il atas perintah Allah. Setiap tahun, jutaan jemaah haji berkumpul di sini untuk menunaikan ibadah haji.
- Masjid al-Haram – Masjid al-Haram adalah masjid terbesar di dunia dan mengelilingi Kaabah. Keanggunan dan kebesaran masjid ini mencipta atmosfer ketenangan dan kekhusyukan untuk ibadah.
- Bukit Safa dan Marwah – Bukit Safa dan Marwah mempunyai nilai sejarah yang tinggi dalam Islam. Dalam ibadah sa’i, jemaah haji berlari antara dua bukit ini untuk mengingati usaha Hagar mencari air untuk anaknya, Isma’il.
- Perigi Zamzam – Perigi Zamzam adalah sumber air yang dimuliakan dalam Islam. Ia bermula dari keajaiban ketika air muncul untuk menyelamatkan Siti Hajar dan Isma’il dari kehausan. Kini, air Zamzam terus mengalir sebagai berkat.
- Abraj Al Bait Towers – Menara Abraj Al Bait adalah kompleks pencakar langit yang menawarkan penginapan mewah, pusat beli-belah, dan pemandangan indah Kaabah. Ia merupakan perpaduan modeniti dengan tradisi.
- Jabal Al-Noor – Jabal Al-Noor adalah bukit di mana gua Hira terletak. Tempat ini mempunyai signifikansi sejarah kerana inilah tempat pertama kali Nabi Muhammad menerima wahyu dari Allah.
- Jabal Rahmah – Bukit Rahmah, juga dikenali sebagai Bukit Arafah, adalah tempat di mana Nabi Adam dan Hawa bertemu selepas dipisahkan untuk waktu yang lama. Tempat ini menjadi tempat berkumpulnya jemaah haji pada hari Arafah.
- Mu’allaqah – Mu’allaqah adalah tempat di mana Nabi Muhammad dilahirkan. Meskipun bangunan asal telah dirobohkan, lokasi ini memegang nilai sejarah yang tinggi bagi umat Islam.
- Muzdalifah – Muzdalifah adalah tempat di mana jemaah haji mengumpul batu untuk melempar jamarat semasa menunaikan ibadah haji. Ia juga merupakan tempat mereka bermalam semasa hari Tasyrik.
- Jannat al-Mu’alla:
- Jannat al-Mu’alla adalah kubur-kubur di Mekah yang menempatkan ramai sahabat dan keluarga Nabi Muhammad. Tempat ini menjadi tempat ziarah penting bagi jemaah haji.
Inilah 10 tempat yang tidak boleh dilewatkan ketika berkunjung ke Mekah. Setiap tempat ini memegang nilai rohaniah dan sejarah yang tinggi dalam Islam, dan memberikan pengalaman spiritual yang mendalam kepada pengunjung.
Larangan Di Kota Mekah
Terdapat beberapa perkara yang dilarang di Mekah, yang perlu diambil perhatian oleh semua jemaah haji dan pengunjung. Di bawah ini adalah senarai perkara-perkara yang dilarang di Mekah:
- Melakukan Maksiat: Di Mekah, melakukan dosa-dosa besar atau maksiat adalah dilarang. Ia termasuk aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan ajaran Islam, seperti minum arak, berjudi, dan berzina.
- Memotong Pokok dan Merosakkan Tanaman: Memotong pokok atau merosakkan tanaman adalah larangan di Mekah. Ini termasuk memetik daun atau buah dari pokok-pokok yang tumbuh di sekitar bandar suci ini.
- Memancing dan Berburu Haiwan Liar: Aktiviti memancing dan berburu haiwan liar adalah dilarang di Mekah. Ini termasuk menangkap ikan dari sumber air di kawasan tersebut atau mengejar haiwan liar.
- Memancing atau Berenang di Sungai Zamzam: Menggunakan Sungai Zamzam untuk tujuan memancing atau berenang adalah dilarang. Air Zamzam adalah air yang dimuliakan dalam Islam dan digunakan untuk minum dan beribadah.
- Memotong atau Mencabut Tanaman di Kediaman Penduduk: Mengganggu atau merosakkan tanaman di kawasan kediaman penduduk setempat adalah dilarang. Menghormati harta benda dan privasi orang lain adalah penting.
- Mencemari atau Mencemar Air Zamzam: Memastikan kebersihan dan kesucian air Zamzam adalah keutamaan. Oleh itu, membuang sampah atau bahan pencemar lain ke dalamnya adalah dilarang.
- Merokok atau Menggunakan Bahan-Bahan Berbahaya: Merokok atau menggunakan bahan-bahan berbahaya adalah dilarang di Mekah. Ini termasuk merokok di kawasan awam atau mengambil dadah terlarang.
- Berpergian ke Kawasan yang Dilarang: Terdapat kawasan-kawasan tertentu di Mekah yang dilarang untuk dimasuki oleh jemaah haji atau pengunjung. Ini termasuk kawasan tertentu di sekitar Masjid al-Haram.
- Mengganggu Ketenteraman Awam: Mengganggu ketenteraman awam atau menyebabkan kekecohan adalah dilarang. Ini termasuk berteriak atau membuat kacau di tempat-tempat umum.
- Melakukan Perbuatan Kekerasan atau Menyebarkan Kesan Negatif: Tindakan kekerasan atau menyebarkan kesan negatif terhadap Islam, Mekah, atau jemaah haji adalah dilarang.
Penting untuk diingat bahawa Mekah adalah tempat suci bagi umat Islam di seluruh dunia, dan setiap pengunjung perlu menghormati norma-norma dan adat-istiadat yang berlaku di sana. Dengan mematuhi larangan-larangan ini, kita dapat memastikan keamanan dan kekudusan tempat suci ini.