Luruhnya Bunga Cinta. Sinopsis Drama Adaptasi Autumn In My Heart, Di Slot Akasia TV3

Drama luruhnya Bunga Cinta mengisi slot terbaru di Akasia yang bermula tayangannya pada 19 September 2023 ini setiap hari Isnin hingga Jumaat. Bakal trending kerana mengisahkan sebuah kisah cinta yang sangat menyentuh hati.

Luruhnya Bunga Cinta ini juga boleh ditonton secara online di Tonton. Drama 40 episod menampilkan gandingan baru pelakon Redza Rosli, Tracie Sinidol dan juga Nabila Razali serta beberapa pelakon lain.

Drama ini merupakan adaptasi drama Korea cukup popular sekitar tahun 90an dulu berjudul Autumn In My Heart yang dibintangi pelakon Won Bin, Song Hye-Kyo, Song Seung-Heon, Moon Geun-Young dan ramai lagi.

Baca Juga: Sinopsis Drama Rajuk Karina Di TV3, Strim Online Di Tonton (Episod 1 Hingga Akhir)

Drama Luruhnya Bunga Cinta

Bakal trending di kaca TV apabila menampilan pelaron baru Tracie Sinidol yang merupakan Juara Dewi Remaja 2022. Pelakon kelahiran Sabah ini viral kerana dikatakan wajah seiras pelakon Mira Filzah.

Diarahkan oleh Pengarah Muhamad Riza Baharudin menampilkan lokasi penggambaran d sekitar Cameron Highland Florak Park yag juga menjadi daya tarikan utama drama yang ditulis skirp oleh Intan Zarina Mohd Yasin.

Luruhnya Bunga Cinta Sinopsis

Drama berdurasi 40 episod ini mengisahkan kisah cinta Nuh (Redza Rosli) dan Nuha (Tracie Sinidol). Kisah mereka berdua bermula ketika zaman kanak-kanak lagi iaitu apabila Nuh secara tidak sengaja menjatuhkan kad nama kakaknya sehingga tertukar dengan bayi lain.

Beberapa tahun berlalu, Nuh meningkat ke usia remaja bersama ‘adiknya’, Nuha tanpa mengetahui status mereka yang sebenar.

Di sekolah, Nuha adalah salah seorang pelajar yang popular dan dicemburui oleh rakan sekelasnya, Aara (Auni Yusri). Aara adalah seorang gadis yang pintar namun jarang mendapat perhatian daripada guru mahupun rakan sekelasnya.

luruhnya bunga cinta

Pada suatu hari, satu insiden telah terjadi kepada Nuha sehingga dia terpaksa melakukan pemindahan darah. ketika itu, status sebenar Nuha terbongkar. Adakah insiden itu bakal mengubah hidup Nuh dan Nuha dan apa yang bakal terjadi dengan hubungan mereka?

Apa pula pembaharuan atau kelainan yang bakal drama ini sajikan buat penggemar k-drama terkenal Autumn In My Heart? Kalau nak tahu, jangan lupa untuk tonton drama Luruhnya Bunga Cinta bermula 19 September 2023.

Baca Juga: Sinopsis Drama Kerasnya Takdir Angkat Tema Cinta 2 Darjat

Luruhnya Bunga Cinta

  • Episod: 40
  • Tarikh Tayangan: 19 September 2023
  • Waktu Siaran: Isnin – Jumaat, 7:00 malam
  • Rangkaian: Akasia TV3 / iQIYI
  • Penulis Skrip: Hafiz Halim & Intan Zarina Mohd Yasin
  • Pengarah: Muhamad Riza Baharudin
  • Produksi: Global Station Sdn Bhd

Pelakon Luruhnya Bunga Cinta Dan Watak

Pelakon drama Luruhnya Bunga Cinta dibintangi oleh Redza Rosli, Tracie Sinidol, Nabila Razali, Auni Yusri, Iman Suhana, Bella Luna, Aniq Durar, Shah Rezza, Laila Nasir, Eizlan Yusof, Zila Bakarin, Watie Sadali, Raja Azmi, Hafiz Halim dan ramai lagi.

  • Redza Rosli sebagai Nuh
  • Tracie Sinidol sebagai Nuha Hamisya
  • Nabila Razali sebagai Sarah
  • Auni Yusri sebagai Aara
  • Iman Suhana sebagai Khalsom
  • Bella Luna sebagai Aleen
  • Aniq Durar sebagai Awal
luruhnya bunga cinta

Baca Juga: Sinopsis Drama Andai Itu Takdirnya Karya Siti Rosmizah, Bersiaran Di Astro Ria

Info Mengenai Tracie Sinidol

Ramai teruja dengan pelakon baru yang merupakan juara Dewi Remaja 2022 ini. Selain wajah seiras Mira Filzah tidak berhijab, ramai menantikan bakal lakonan pelakon kelahiran Sabah ini. Dia yang muncuk sebagai Dewi Remaja menewaskan empat finalis di peringkat akhir sangat mencuri tumpuan apabila memiliki wajah seiras pelakon kesayangan rakyat Malaysia Mira Filzah.

Dalam pertandingan itu, Tracie 21 tahun ini membawa pulang wang tunai RM10 ribu, sebuah trofi dan mahkota. Tracie gadis peranakan Murut dan Dusun ini juga pernah dinobatkan sebagai juara pertandingan Ratu Cantik Unduk Ngadau Tambunan. Dia juga pernah menimba pengalaman menerusi projek telemovie Malaysia 16 September dan Budak Pasar arañan Dato Jurey Rosli.

Biarpun Tracie sedar dirinya jadi bualan hangat dek kerana berwajah mirip pelakon Mira Filzah, tetapi dia sebolahnya tidak mahu dikaitkan dengan pelakon kesayangan ramai Malaysia ini.

Menurutnya bukan tidak suka tetapi dia tak mahu namanya tenggelam dan mahu membina identiti tersendiri dan tidak menumpang populariti Mira.

luruhnya bunga cinta

Layari page sitizurinamatsaman.com untuk lebih info

Leave a Comment

error: Content is protected !!