Drama Rajuk Karina yang merupakan adaptasi novel Sufea Hareez menampilkan salah seorang pelakon drama Perempuan Itu, Siti Hariesa sebagai teraju utamanya. Bergandingan dengan Yusuf Bahrin, Nizam Othman dan Puteri Aishah.
Drama menghiasi slot Akasia setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam ini merupakan drama bersiri 28 episod terbitan Country & Universal Sdn Bhd.
Rajuk Karina ini diarahkan oleh Harris Fadzillah dengan skrip ditulis oleh (PGR’s Team) Rozie Rashid bersama MoonRahdin ini turut menampilkan pelakon Yusuf Bahrin, Nazim Othman dan Puteri Aishah dengan masing-masing berjaya membawa watak serta karakter tersendiri.
Baca Juga: Sinopsis Drama Andai Itu Takdirnya Karya Siti Rosmizah, Bersiaran Di Astro Ria
Sinopsis Drama Rajuk Karina
Sinopsis drama Rajuk Karina mengisahkan perjuangan Karina mengharungi kehidupan dalam perkahwinan. Karina (Siti Hariesa) dan Mizan (Yusuf Bahrin) ialah sepupu dan mereka tidak pernah berenggang. Mizan juga menganggap Karina seperti adik sendiri.
Namun, penerimaan Karina terhadap Mizan tidak sama dengan apa-apa yang dirasai oleh Mizan. Saiful (Nazim Othman) pula pengajar di Kolej Kart’s milik keluarga Karina. Saiful sudah lama tertarik dengan Karina.
Pada awalnya, Karina tidak menerima Saiful, tetapi Saiful berjaya memikat hati Karina atas kesungguhannya. Karina juga kecewa dengan keputusan Mizan yang menolak cadangan Opah untuk menikahi Karina.
Susulan itu, Karina tekad menerima lamaran Saiful dan melupakan perasaannya terhadap Mizan. Kehidupannya selepas bernikah tidak seindah yang disangkakan. Sikap Saiful dan ibu mentuanya yang kejam menggunakan hartanya untuk berbelanja membuat Karina derita.
Takdir telah menemukan Karina dengan Mizan di sebuah universiti swasta yang sepertinya memberikan harapan baru untuk Karina untuk mengecapai kebahagiaan.
Namun, kehidupannya masih tidak aman berikutan ugutan daripada bekas suaminya, Saiful yang ingin menuntut hak penjagaan anak mereka iaitu Batrisyia.
Akhirnya, Karina dan Mizan disatukan dan mereka hidup dalam suasana yang bahagia. Tetapi Asmah dan Anom berasa tidak puas hati melihat Karina gembira.
Disebabkan itu, mereka telah merancang strategi jahat untuk memusnahkan dan menjatuhkan rumah tangga ini. Mampukah Karina bangkit melawan?
Kehadiran orang ketiga yang merancang kejatuhan rumah tangga Karina kemudian membuatkan dia tekad untuk bangkit melawan nasibnya. Dapatkah Karina bangkit semula dan cari kebahagiaan yang diimpikan?
Baca Juga: Sinopsis Drama Kerasnya Takdir Angkat Tema Cinta 2 Darjat
Pelakon Dan Watak Drama Rajuk Karina
- Siti Hariesa sebagai Karina
- Yusuf Bahrin sebagai Mizan
- Nazim Othman sebagai Saiful
- Puteri Aishah sebagai Anum
- Eryna Nur Syifaa sebagai Batrisya
- Anne Abdullah sebagai Asmah
- Shweta Sekhon sebagai Jasmine
- Zainol Ismail sebagai Pak Mud
- Sera Melissa sebagai Syakila
- Fara Nadiah sebagai Shidah
- Rahim Omar sebagai Dato Kahar
- Ainina Ahmad B sebagai Milah
- Abd Manan Sulaiman
- Haidar Hasanudin sebagai Daniel
- Neera Azizi sebagai Balqish
- Zarina Zainuddin sebagai
Dialog Menarik Dalam Rajuk Karina
“There’s no love for her. Maaf, Mizan takkan kahwin dengan Karina.” – Mizan
Penolakan Mizan atas cadangan opahnya buat Karina kecil hati. Ya, dia tahu mereka sepupu tapi, masih sah nikah. Lantas, hati cuba dialihkan pada Saiful. Karina yakin Saiful adalah jodohnya. Dia terima Saiful tanpa syarat. Tapi, Saiful pula main kayu tiga.
“I izinkan you kahwin dengan Anum tapi dengan syarat, ceraikan I.” – Karina
Diceraikan ketika sarat mengandung buatkan Karina nanar. Namun, dia perlu kuat demi Batrisya. Dan dia bernasib baik kerana masih ada Mizan di sampingnya.
“Abang sayang Kar.” – Mizan.
Sayang yang Mizan lafazkan bukan sayang adik-abang macam dulu lagi. Tapi sayang itu sudah berubah rentak. Namun kali ini, Karina lebih hati-hati.
“Susah-susah sangat, Mizan bawa Kar ke Siam. Nikah kat sana.” – Mizan
“Ingat sikit, belum kahwin lagi. Jangan suka-suka redah bilik Kar.” – Opah
Mereka bersatu juga walau banyak rintangan yang terbentang. Hidup sebumbung, baru Mizan tahu ‘nakal’ dan ‘manja’ seorang Karina.
“Abang tidur pakai kain pelekat dan baju pagoda jer? Comel. Old school sangat!” – Karina.
“Kar tak nak pergi sekolah! Nak sambung tidur. Nak duduk dalam kain abang semula.” – Karina.
“Kalau Kar budak sekolah, boleh je abang pontengkan. Tapi isteri abang ni cikgu, mana boleh suka-suka tak nak pergi sekolah.” – Mizan
Bahagia mereka, rahsia yang tak perlu dikongsi dengan sesiapa. Namun, Tuhan masih mahu menguji.
“Kau tahu tak suami kau r***l aku! Dia r***l aku!”- Anum
“Kalau kau buat semua ni untuk dapatkan duit aku, jangan harap kau akan dapat. Dan jangan harap kali ni kau boleh dapat suami aku! Pandang suami aku pun kau tak layak!” – Karina
“Anum, you’re just wasting your time. Hentikan angan-angan kau nak rampas suami Karina.” – Saiful
Baca Juga: Biodata Lengkap Pelakon Siti Hariesa
Info Drama
- Episod : 28
- Tayangan : Slot Akasia di TV3
- Tarikh : Mulai 10 Ogos 2023 (Isnin – Jumaat)
- Masa : 7.00 Malam
- Penulis Skrip : Rozie Rashid dan Moonrahdin
- Pengarah : Harris Fadzillah
- Produksi : Country & Universal Sdn. Bhd.
- Rajuk Karina OST Lagu ‘Jangan Mati Rasa Itu’ nyanyian Aida Abdul
Saksikan Episod Akhir Rajuk Karina
“Anum, you’re just wasting your time. Hentikan angan-angan kau nak rampas suami Karina.” – Saiful
Apa akan jadi bila Anum nekad dengan kegilaannya? Kali pertama, dia berjaya rampas Saiful dari Karina. Adakah dia juga akan berjaya rampas Mizan?
Apakah kesudahan drama yang menampilkan lakonan hebat perempuan Siti Hariesa yang membawakan watak menyentuh emosi wanita.
Berjayakan rumahtangga dipertahankan gara-gara penyondol ini? Bagaimana pula Karina dan Mizan menghadapi situasi ini dalam menyelamatkan bahtera dibina.
Peminat drama Rajuk Karina teruskan menonton hingga episod akhir di slot Akasia TV3 setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam.
Strim Secara Online Drama Rajuk Karina
Jangan risau yang dah ketinggalan untuk menontonya kerana korang boleh je strim secara online di tonton.com.my teruskan membuai perasaan dalam drama yang penuh emosi Ini kerana korang akan lihat sisi watak lain bagi Siti Hariesa dalam drama Rajuk Karina.
Complicated sungguh kisah merajuknya ni.. nak kena tengoklah nampak gaya ni.
wow,macam menarik..lama sangat dah tak tengok drama ..hehe
yes…tonton smpai habis kay
Isu rumahtangga ni memang macam2 rencah n ragam. tapi annoying betul bila melibatkan orang ketiga n drama2 Malaysia ni asyik bercinta, cerai kawin, pujuk memujuk, gila harta, gila talak, eh asyik2 begitulah.. melibatkan permainan emosi sungguh.
tengok juga drama nih… ada masa ter’emosi juga dengan situasi dramanya hehehe
lama betul tak tengok tv3.. tq kongsi walaupun sinopsis tapi dah boleh tertarik nak tgok kat utube
ohh wow….seems like this is a nice series to watch, thanks for sharing the sinopsis ya. cheers SiennyLovesDrawing
ohh wow….seems like this is a nice series to watch, thanks for sharing the sinopsis ya. cheers SiennyLovesDrawing.wordpress.com
Baca sinopsis je pun dah best. Patutlah kawan-kawan cerita kata drama ni best.