Nama pelakon drama Perempuan Itu, Siti Hariesa mula dikenali apabila menjadi watak penggoda dalam drama kontroversi arahan Erma Fatima.
Biarpun drama berat sarat dengan maksud tersirat ini ditayangkan di Online Tonton, tetapi kehebatan watak Siti Hariesa membawakan watak penyondol sangat berkesan dan menimbulkan kebencian penonton.
Siapa sebenarnya Siti Hariesa, nama pelakon Perempuan Itu yang tiba-tiba jadi sebutan ramai dan kini jadi buruan pengarah. Jom kita tengok biodata penuh pelakon berbakat besar ini.
Baca Juga: Biodata Penuh Hannah Delisha, Rupanya Anak Cinta Dua Benua
Biodata Pelakon Perempuan Itu, Siti Hariesa
- Nama Penuh: Siti Hariesa Muhammad Hanafi
- Nama Komersial: Siti Hariesa
- Umur: 25 tahun (2023)
- Asal: Segamat, Johor
- Tarikh Lahir: 23 Mei 1998
- Agama: Islam
- Keluarga: Anak bongsu daripada 3 beradik
- Pendidikan: Management and Science University (MSU)
- Pekerjaan: Pelakon
- Media Sosial: Instagram: @sitihariesa
Info Menarik Siti Hariesa
- Bakar seni lakonnya dicungkil melalui penyertaan secara kebetulan dalam Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019
- Banyak drama yang menampilkan bakatnya dalam lakonan seperti drama Kau CEO Aku, Bintang Life Lila, Sekali Lagi Cinta Kembali, Pink Smile, Utusan Cinta BUat Adam, Rumah Siti Khadijah, Perempuan Itu dan terbaru Rajuk Karina. Manakala telefilem yang dibintanginya pula Takbir Semalam, Oh Abang Romantik dan Derai.
- Wataknya sebagai penyondol dalam drama Perempuan Itu berjaya menampilkan namanya sebaris pelakon popular lain seperti Zul Ariffin, Mimi Lana, Amar Asyraf dan Eman Manan.
- Ramai menyamakan wajahnya dengan pelakon popular seangkatannya Siti Khadijah Halim kerana wajah dikatakan seiras.
- Merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarganya dan pernah mengikuti pengajian dalam bidang Diploma Pengurusan di MSU, Shah Alam.
- Siapa sangka tuah datang bergolek, ketika bergelar mahasiswi di MSU inilah Siti Hariesa tanpa dirancang menyertai sesi uji bakat Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) pada 2019 yang ketika itu menjalankan uji bakat di MSU, tempatnya menuntut.
- Antara drama lakonan pertamanya adalah siri mini Voice Note, sebuah drama bergenre misteri thriller disiarkan di slot Samarinda TV3 pada 2019. Pelakon lain dalam drama ini ketika itu Sharifah Sakinah, Amelia Henderson, Shasha Abedul, Rita Rudaini dan Zamarul Hisham.
- Populariti dalam drama Perempuan Itu juga menyebabkan Siti Hariesa diundang menjadi penyampai Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke 35 bersama pelakon baru Meerqeen dan Sherry Alhadad.
- Jika tidak memilih bidang seni, Siti Hariesa mungkin kini menjadi pensyarah bagi subjek Bahasa Ingheris sebagai kerjaya masa depannya berbanding dalam dunia lakonan.
- Sukakan dunia kecantikan dan fesyen, Siti Hariesa menjadikan Devon Lee Carlson, seorang pempengaruh dan bintang Youtube ternama dariAmerika sebagai inspirasi dan idolanya.
- Dikatakan mempunyai tarikan suara yang menggoda dan manja sesuai dengan watak penggoda dalam drama Perempuan Itu yang menaikkan namanya.
- Kini namanya semakin trending dan dikenali melalui drama Rajuk Karina yang bersiaran di slot Akasia TV3 mulai 20 Ogos setiap 7.00 malam pada Isnin hingga Jumaat. Dalam drama ini diberi watak utama di samping Yusuf Bahrin, Nazim Othman dan Puteri Aishah.
Baca Juga: Sinopsis Drama Rajuk Karina Di TV3, Strim Online Di Tonton (Episod 1 Hingga Akhir)
Rutin Kecantikan Siti Hariesa
Sangat mengambil berat tentang penjagaan kulit wajah kerana sedar faktor usia meningkat dan kulit berpotensi cepat menua.
Dalam tembual bersama Glam.My dia memberitahu walau sudah lewat malam atau penat pulang dari penggambaran dia akan mencuci wajah dengen bersih menggunakan teknik double cleansing. Bukan sekadar mencuci dengan cleansing balm semata-mata, tetapi mencucinya kali kedua untuk pastikan kulit betul-betul bersih.
Menurutnya teknik double cleansing diamalkan ini dipelajari dari rakannya yang juga seorang facialist dan banyak mengetahui tentang info kecantikan daripadanya.
Tambah pelakon Perempuan Itu dan Rajuk Karina ini, rutin penjagaan wajahnya sama saja pagi dan malam. Menggunakan tisu material buluh untuk lap wajah kering dan melakukan step seterusnya toner, serum, pelembap, krim mata dan perlindungan wajah.
Siti Hariesa juga turut mengkagumi Devon Lee Carlson dan menjadikan dirinya sebagai idola dalam dunia kecantikan dan juga fesyen.
Baca Juga: Biodata Penuh Zizi Kirana Dan Kongsi Petua Cantik Tradisional Dengan Amal Jus Kunyit