Rahsia Nora Danish Kekal Cantik Dan Awet Muda Di Usia 40an. Amal Diet Seimbang!

Ramai tak tahu Nora Danish, salah seorang selebriti popular di Malaysia ini sangat menjaga penampilan dirinya. Di sebalik wajah yang ‘baby face’, ramai tak menyangka usia Nora sebenarnya sudah memasuki angka 40an. 

Malah sejak dulu, dia memang bijak menjaga penampilan dirinya yang mahu sentiasa kelihatan cantik, jelita, berfikiran positif dan seorang wanita yang ‘happy go lucky’.

Ibu kepada dua anak lelaki ini, Rayqal dan Neyney pernah berkongsi petua kecantikannya dalam sebuah portal. Biarpun sibuk dengan tugasan harian, pelakon cantik ini masih ada masa untuk menjaga kecantikan dirinya. 

Baca Juga: Marissa Dania Hakim. Ini Biodata Lengkap Anak Perempuan Norman Hakim & Abby Abadi

Petua Cantik Nora Danish

Memilih Angelina Jolie sebagai ikon kerana baginya ‘She is beautiful inside and out’. Bagi Nora dia mengakui amalkan diet yang seimbang dengan mengamalkan makan ulam-ulaman, makanan organik dan juga minum air secukupnya.

Selain itu pelakon drama bersiri Puteri ini juga turut mengambil makanan tambahan dan juga melakukan senaman yoga, squat dan sit up di rumah untuk menjaga kecergasan diri.

Dia yang juga mempunyai rambut yang cantik turut menjaganya dengan mengelak menggunakan terlalu banyak bahan kimia untuk rambut.

Biarpun dikurniakan seraut wajah ‘baby face’, tetapi bagi Nora bersolek itu adalah wajib baginya terutama penggunaan maskara, pemerah pipi dan pensil kening.

nora danish

Baca Juga: Biodata Penuh Zizi Kirana Dan Kongsi Petua Cantik Tradisional Dengan Amal Jus Kunyit

Cara Kembali Langsing Lepas Bersalin

Nora turut mengakui mengalami pertambahan berat badan ketika mengandungkan anak keduanya. Beratnya naik sehingga 15 KG dan selepas bersalin dia berusaha untuk kekal langsing.

Disebabkan bersalin secara ceaserean, Nora mengakui perlu masa untuk proses kembali langsing kerana ketika itu tidak boleh lagi lakukan work out.

Jadi dia hanya menjaga pemakanan sepanjang berpantang dan itu antara faktor menurunkan berat badannya. Nora hanya makan lauk pauk yang dibakar sahaja selain tidak sentuh nasi. Dia juga hanya amal makan kurma selepas jam 6 petang.

Nasihat Nora Untuk Wanita

Berbicara soal kekuatan wanita, baginya wanita yang teraniaya perlu terus bergerak maju ke hadapan dan kena kuat menghadapi segala dugaan.

Tambahnya juga seseorang itu boleh buang kenyataan ‘bini lawa pun cari lain’ kerana bagi Nora Danish semua insan itu ada kecantikan tersendiri dan perkara itu juga tidak menjamin apa-apa sebenarnya.

nora danish

“Kalau nak melawa boleh tetapi buatlah untuk kepuasan dan keyakinan sendiri, bukan disebabkan orang lain. Nanti bila ditinggalkan rasa kecewa dan jadi riak hingga ejek terus ciptaan Allah yang lain,” katanya yang turut berharap setiap wanita itu tidak mudah mengalah bila diuji pelbagai dugaan.

Baca Juga: Biodata Penuh Hannah Delisha, Rupanya Anak Cinta Dua Benua

Biodata Nora Danish

  • Nama Penuh: Nora Danish Binti Haniff
  • Nama Glamour: Nor Danish
  • Tempat Lahir: Kuala Terengganu (Menetap di Kuala Lumpur)
  • Tarikh Lahir: 7 Mac 1982
  • Umur: 41 tahun
  • Agama: Islam
  • Tinggi: 161 cm
  • Berat: 47 KG
  • Zodiak: Aries
  • Warganegara: Malaysia
  • Pekerjaan: Model, Pelakon dan Pengacara
  • Pendidikan: Sekolah Menengah Kebangsaan Convent di Kajang
nora danish

Fakta Menarik ND

  1. Aktif dalam dunia hiburan pada tahun 2005 dan mula popular dengan watak comel Puteri dalam drama komedi Puteri arahan Aziz M Osman.
  2. Berkahwin dalam usia muda ketika 24 tahun dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli (Jejai) yang merupakan anak kepada Bekas Menteri Besar Perak (Tan Sri Ramli Ngah Talib) pada 20 Jun 2006. Tetapi keduanya berpisah pada 2008. Perkahwinan ini dikurniakan seorang anak lelaki bernama Putera Rayqal Ashram pada 7 Januari 2009
  3. Antara filem dibintanginya seperti Gila-Gila Pengantin Popular, Jangan Pandang Belakang Congkak 2, Polis EVO 1&3, Syurga Yang Tak Dirindukan 2 dan Bukan Cinta Malaikat.
  4. Dalam kaca televisyen pula ND sering tampil dalam drama antarnya Puteri, Gadis Suci (Musim 1), Khurafat The Series, Mak Cun dan Bahagia Bukan Bidaan. Telefilem dibintangi pula Celak Pak Andam, Cikgu Timah Sekolah Bandar, Lampu Merah, Kuntom dan Hingga Jumpa Lagi.
  5. Terbabit juga sebagai penyanyi dan pernah rakamkan single Ini Lagi Boom (bersami W.A.R.I.S) dan Bersama Together (bersama Iz Suliani.
  6. Bertemu jodoh kali kedua apabila pada 30 Mac 2017, apabila selamat bergelar isteri kupada Nedim Nazri, anak bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Tan Sri Mohamed Nazri Abdul Aziz. Pasangan ini kemudiannya dikurniakan seorang anak lelaki bernama Mohamed Neyqal Nedim pada 21 Februari 2018.
  7. Seorang yang bijak dalam berfesyen dan sering tampil menarik dan trendy mengikut gaya semasa. Tidak hairanlah dalam mana-mana majlis rasmi, kehadiranya Nora Danish sering menjadi buruan lensa kamera.
  8. Juga aktif dalam media sosial dan mempunyai follower di Instagram berjumlah 7.3M. Nora juga mempunyai akauan TT dan sering membuat video-video comel menghiburkan hati.
  9. Satu yang menarik perhatian, setiap kali tibanya bulan Ramadhan, Nora akan ambil peluang untuk tampil lebih santun dan akan khatam Al-Quran.
  10. Nora juga dilihat sangat rapat dengan kedua-dua anak lelakinya. Cukup terserlah sifat keibuaan pada anak-anaknya dan sekali pandang anak sulung, Rayqal berusia 14 tahun seperti adik kepada Nora pula.
nora danish

Leave a Comment

error: Content is protected !!