Kuih bakul menjadi antara sajian wajib popular sempeña perayaan tahun Baru Cina akan datang, 2024. Kuih yang diperbuat dari tepung pulut, gula pasir dan gula merah ini menjadi kesukaan masyarakat Cina. Nak cari yang halal agak susah, jadi kita kongsi resepinya di sini.
Resepi kuih bakul yang halal dan gerenti sedap ini dikongsi oleh Puan Hidjrah Ali. Jadi bagi yang berminat nak cuba sama ada untuk makan sendiri atau berniaga bolehlah korang try resepi dikongsi.
Bahan-bahan digunakan juga mudah didapati dan kebanyakan ada di dapur rumah kita. Dengan sebungkus tepung pulut, korang akan dapat banyak dan boleh disimpan beberapa hari untuk dimakan nanti.
Kuih bakul, juga dikenali sebagai kuih nenggol, merupakan sejenis kuih tradisional yang menjadi kegemaran ramai, terutamanya semasa perayaan Tahun Baru Cina. Kuih ini mempunyai tekstur yang kenyal dengan rasa manis yang mengasyikkan.
Baca Juga: Resepi Tart Coklat Cadbury Viral, Air Tangan Chef Selebriti Chef Fazley Yaakob. Confirm Sedap!
Resepi Kuih Bakul Halal
Bahan-Bahan:
- 500 gm tepung pulut (sebungkus)
- 190 gm gula pasir
- 400 gm gula merah
- 500 ml air
- Santan 200 ml
- Beberapa helai daun pisang
Cara Membuat:
- Masukkan gula pasir dan gula merah serta air ke dalam periuk. Kacau sehingga larut dan biarkan sejuk…
- Sementara itu, sediakan tepung pulut ke dalam mangkuk.
- Tuangkan larutan gula n santan tadi ke dalam tepung pulut dan kacau sehingga sebati.
- Masukkan adunan tepung pulut yang telah sebati itu ke dalam kuali dan kacau sehingga adunan menjadi likat.
- Sementara itu, alas tin dengan daun pisang, pastikan ia melebihi bahaguan atas tin, agar mudah mengikatnya di sekeliling (daun pisang dikelepetkan ke bawah)
- Didihkan air dan kecilkan api
- Tuangkan adunan ke dalam tin. Kukus selama 8 jam. Pastikan air yang ditambah ke dalam pengukus adalah air mendidih. Penutup kukus hendaklah dibungkus dengan beberapa lapisan kain muslin/kain kasa/ pembalut aluminium agar wap air tidak meniti ke atas kuih.
Baca Juga: Resepi Sayur Masak Lemak Campak-Campak Je Guna Cara Mudah. 5 Minit Siap Masak!
Asal Usulnya Kuih
Asal kuih ini dikenali sebagai “nian gao,” mempunyai kaitan dengan perayaan Tahun Baru Cina. Ia diyakini berusia beribu-ribu tahun, menyimbolkan harapan untuk kejayaan dan kesejahteraan dalam tahun yang baru. Kuih ini juga dianggap sebagai hadiah yang membawa nasib baik kepada orang yang menerimanya.
Keunikan Kuih Bakul
Kuih kegemaran masyarakat Cina ini mempunyai ciri khas tersendiri yang membezakannya daripada hidangan lain dalam kepelbagaian kuih tradisional Melayu. Penuh dengan simbolisme, kuih ini sering dianggap sebagai lambang keberuntungan dan kesejahteraan dalam budaya Cina. Kuih ini juga dikenali dengan nama kuih nenggol, merujuk kepada kekenyalannya yang menggigit.
Cara Simpan Kuih Bakul Tahan Lama
Cara pembuatannya yang teliti boleh menyebabkan kuih bakul dimasak tahan lebih lama. Malah dikatakan penggunaan daun pisang lebih penting untuk melapik kuih ini berbanding plastik untuk membungkus kuih.
Ada juga yang memasak kuih ini dengan cara mengukus selama 20 jam menggunakan dapur kayu. Kuih bakul boleh disimpan dalam peti sejuk untuk mengekalkan ketahanannya dan rasa lebih sedap bila dimakan waktu sejuk. Nak dapatkan kuih ini yang halal click je sini. Harga pun berpatutan.
Baca Juga: 6 Resepi Guna Daun Kesum Paling Simple Dan Memang Sedap
FAQs
Q: Bagaimana saya boleh menyimpan kuih bakul dengan betul?
A: Simpan kuih ini dalam bekas kedap udara di tempat sejuk dan kering. Elakkan daripada terdedah kepada udara lembap.
Q: Bolehkah saya menggunakan gula lain selain gula merah?
A: Gula merah memberikan rasa dan warna unik kepada kuih bakul, tetapi anda boleh mencuba dengan gula lain jika perlu.
Q: Adakah kuih bakul sesuai untuk vegetarian?
A: Ya, kuih bakul dapat disesuaikan untuk vegetarian dengan memastikan semua bahan yang digunakan adalah tanpa produk haiwan.
Q: Berapa lamakah tempoh simpan kuih bakul?
A: Kuih bakul boleh disimpan selama kira-kira dua minggu jika disimpan dengan baik dalam bekas kedap udara.
Q: Adakah saya perlu menggunakan daun pandan?
A: Daun pandan memberi aroma segar yang khas kepada kuih bakul, tetapi ia boleh diabaikan jika tidak tersedia.
Q: Bagaimana saya boleh menambah rasa kepada kuih bakul?
A: Anda boleh mencuba menambahkan daun pandan yang lebih banyak atau memperkayakan rasa dengan mencampurkan bahan tambahan seperti kacang atau bijirin.
Layari telegram untuk lebih info