Resepi Tart Coklat Cadbury Viral, Air Tangan Chef Selebriti Chef Fazley Yaakob. Confirm Sedap!

Coklat Cadbury | Siapa saja yang tak suka coklat cadbury. Sebut saja coklat pasti terbarang jenama cadbury yang terkenal seantero dunia. Inilah coklat yang jadi kegemaran rakyat Malaysia sejak kecil lagi dan rupanya resepi cadbury tart memang viral lebih-lebih menjelang raya.

Tak susah pun nak membuat tart cadbury ini kerana kita boleh membuatnya tanpa memerlukan mesin pengisar. Rasanya yang confirm sedap dan tak jemu buat kita rasa sebalang pun boleh habis. Nak beli mahal, apa kata kita buat sendiri je resepi tart cadbury viral ini.

Waktu pergi tugasan bersama Cadbury, kami berkesempatan belajar cara buat tart cadbury ini hasil air tangan Chef Selebriti, Chef Fazley Yaakob. Ketika itu Cadbury mahu pecahkan Malaysia Book Of Record dalam menghasilkan biskut raya terbanyak sempena Syawal lalu.

Sangat berbesar hati dapat belajar resepi Cadbury Tart ini dengan Chef Fazley, maklumlah bukan senang nak belajar resepi daripada chef terkenal ini. Teryata beliau tidak lokek berkongsi resepinya kali ini.

Jom kita lihat bahan-bahan utama dan cara pembuatannya. Kalau ada masa hujung minggu boleh ajak anak-anak join sekali cara pembuatannya. Kalau anak-anak tak suka tart, boleh je kita ubah suai resepi. Mungkin boleh cuba buat resepi donut mudah dan gebu dan bolehlah letakkan coklat cair sebagai topping dengan tambahaan apa-apa hiasan di atasnya.

coklat cadbury

Baca Juga: Resepi Bubur Ayam Mcd, Sedap & Simple

Resepi Tart Coklat Cadbury Tart Viral

Bahan A:

  • 200 gm butter
  • 80 gm shortening
  • 100 gm PHILADELPHIA Cream Cheese
  • 90 gm gula ising
  • 1 butir kuning telur (Grade A)
  • 1 tsp esen vanila

Bahan B:

  • 280 gm tepung gandum
  • 180 gm tepung jagung

Bahan C:

  • 1 balang coklat Cadbury
  • 1 butir putih telur

Cara Membuatnya:

  1. Masukkan bahan A dalam mixing bowl dan kisar sehingga adunan lembut sekata.
  2. Masukkan pula bahan B dan kisar lagi hingga doh jadi lembut.
  3. Wrap doh dan masukkan dalam peti sejuk selama 15 minit.
  4. Keluarkan doh, potong dan bentukkan doh mengikut acuan coklat Cadbury. Lebih senang pakai pisau pemotong untuk biskut dan susun atas dulang pembakar.
  5. Bakar biskut dalam oven selama 150-160 darjah untuk selama 25 hingga 25 minit.
  6. Kemudian keluarkan tart, sapu putih telur di atasnya dan letakkan coklat Cadbury di atas dan bakar lagi selama 10 minit pada suhu 140 darjah.
  7. Angkat apabila dah masak, sejukkan sebelum isi dalam balang bersesuaian. Pastikan kedap udara.
  8. Masa penyediaan 25 minit, masak pula 35 minit dan boleh sediakan untuk 6-8 bekas.
coklat cadbury

Bukan saja kita boleh cuba resepi coklat Cadbury dari Chef Fazley, rupanya resepi dari Khairul Aming pun turut menjadi perhatian warga alam maya. Lebih-lebih menjelang raya baru-baru ini. Perkongsian resepinya juga tak susah dan kalau cukup barang memang boleh sangat buat.

Nama resepinya pun bukan kaleng-kaleng ye, Cadbury Pod. Dan yang penting inti coklatnya tak keras tapi terus cair dimulut. Ternyata KA ini rajin mencipta resepi yang mudah dan mesra cara pembuatannya.

Baca Juga: Resepi Sayur Masak Lemak Campak-Campak Je Guna Cara Mudah. 5 Minit Siap Masak!

Resepi Tart Cadbury Pod Khairul Aming

Bahan-bahan: 

  • 1/2 cawan gula
  • 250 gm mentega
  • 1 butir telur
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 31/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan  tepung jagung
  • Coklat Cadbury
  • Badam cincang
  • Piping bg
  • Egg tart tamper

Cara Membuat:

  1. Sediakan satu bekas dan masukkan 250 gm unsalted butter, 1/2 cawan gula, 1 buitre telur, 1/2 sudu kecil garam dan esen vanila
  2. Mix semua bahan guna mixer hingga sebati.
  3. Masukkan pula tepung gandum dan tepung jagung.
  4. Gaul adunan hingga sebati (bila adunan tepung tak melekat pada tangan)
  5. Ambil doh sedikit dan bulat-bulatkan. Letakkan doh dah susun dalam tray.
  6. Kemudian ambil egg tart tamper dan tekap pada adunan doh tadi.
  7. Apabila siap kejadian rupa pod seperti dalam gambar.
  8. Kemudian bakar doh dalam oven pada suhu 170 darjah C selama 13 minit.
  9. Sementara itu cairkan coklat cadbury secara double boil.
  10. Bila coklat dah cair, letakkan dalam piping beg dan isi dalam pod yang siap dibakar.
  11. Taburkan sedikit badam cincang sebagai hiasan dan letakkan pod dalam peti sejuk untuk keraskan.

Baca Juga: Resepi Ayam Goreng Kunyit Rangup Guna Tepung Bestari. Rasa Memang Padu

Resepi Tart Cadbury Melting Azlina Ina

Dan ini juga antara resepi tart Cadbury yang juga turut viral di media sosial. Dikatakan rasanya sangat melting hingga buat orang ketagih untuk menikmatinya. Cara buatnya juga ringkas dan mungkin juga boleh start berniaga ambil order raya nanti.

Bahan-Bahan:

  • 250g butter/margerin
  • 4 sdb susu pekat
  • 2 sdb minyak sapi
  • 1 bji kuning telur
  • 2 sdb tepung jagung
  • 2 sdb tepung custard
  • 3 1/2 cawan tepung gandum
  • Coklat cadbury

Cara Membuat:

  1. Masukkan butter, susu pekat, minyak sapi dan juga kuning telur dalam bekas. 
  2. Kacau guna senduk hingga sebati. 
  3. Tambahkan sedikit pewarna kuning, susu tepung dan esen vanila. 
  4. Masukkan tepung jagung dan tepung kastard.
  5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang cantik. 
  6. Tekan doh dengan acuan tart dan letakkan coklat Cadbury di tengahnya. 
  7. Sapukan kuning telur di atas permukaan biskut. 
  8. Panaskan ketuhar, bakar pada suhu 170 darjah selama 25 minit atau sampai keperangan
coklat cadbury

Baca Juga: https://surihack.com/cara-buat-tauhu-berlauk/

Tart Cadbury Sukatan Cawan Guna 3 Bahan

Untuk yang lebih jimat dan mahu guna bahan yang ada di dapur boleh juga cuba resepi guna sukatan cawan dan 3 bahan saja. Yang penting ada bahan utamanya coklat kegemaran ramai ini. Untuk mentega tak kisah guna apa saja janji sedap.

Bahan-Bahan:

  • 3  cawan tepung gandum 
  • 250 mentega / butter 
  • Coklat Cadbury (pastikan baru keluar dari peti sejuk beku supaya tak cair)

Cara Membuat:

  1. Gaulkan mentega dengan tepung tadi hingga menjadi doh.
  2. Kemudian bentukkan guna acuan kuih tart dan balut coklat Cadbury sampai semua tertutup.
  3. Panaskan oven 150 darjah dan guna api atas bawah. Sapu kuning telur di atasnya untuk dapat warna menarik.
  4. Bakar pada suhu 130 darjah selama 30 minit.
  5. Oleh sebab coklat Cadbury disimpan dalam peti sejuk, jadi biskut tidak akan cair walaupun dibakar dalam oven.
coklat cadbury

Cara Cairkan Coklat Cadbury

1. Potong coklat Cadbury kepada kepingan yang lebih kecil. Ini akan mempercepat proses cairan dan memastikan coklat cair dengan baik. Letakkan kepingan coklat Cadbury ke dalam mangkuk tahan panas. Pastikan mangkuk itu bersih dan kering.

2. Isi periuk air dengan air sehingga ia setengah penuh. Letakkan mangkuk yang mengandungi coklat Cadbury ke atas periuk air. Pastikan mangkuk tidak menyentuh air.

3. Panaskan air dalam periuk hingga mendidih, dan biarkan uap air mencairkan coklat secara perlahan. Sama ada anda menggunakan penyembur udara panas atau periuk air, pastikan anda sentiasa mengacau coklat dengan lembut. Ini akan membantu coklat cair dengan serata.

4. Pantau suhu coklat dengan teliti. Pastikan coklat tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Coklat cair ideal berada pada suhu sekitar 45-50 darjah Celsius.

Harga Coklat Cadbury

Ada pelbagai jenis coklat cadbury yang dijual di pasaran tetapi yang sering jadi pilihan pembuat tart ini adalah jenis empat segi kecil. Ini memudahkan proses pembuatan dan selalunya coklat jenis ini dijual dalam balang.

Sebotol balang harga coklat Cadbury bergantung pada kedai, selalunya dijua pada harga RM26-RM28 sebalang. Kalau musim perayaan, lagilah mahal harga untuk sebalang. Satu balang boleh dapat sehingga dua atau tiga bekas kecil.

Nak dapatkan coklat Cadbury murah, tekan je link di Shopee ni. Atau kalau mahu jadikan Cadbury ini sebagai salah satu barang untuk dijadikan hantaran tunang atau kahwin boleh digubah dengan balang-balang cantik dari produk serbaguna Ikea Damansara.

coklat cadbury

Leave a Comment

error: Content is protected !!