Resepi Sayur Masak Lemak Campak-Campak Je Guna Cara Mudah. 5 Minit Siap Masak!

Masak Lemak campak-campak yang sangat mudah untuk kita masak. Tak sampai 5 minit dah siap dan rasanya juga sangat enak. Tak perlukan tumisan yang rumit kerana hanya guna 4 cara mudah sayur lemak tersedia di meja hidangan.

Dalam masakan Melayu, sayur masak lemak adalah hidangan tradisional yang kaya dengan rasa santan yang lemak dan perasa rempah yang unik. Ia sering disajikan dengan nasi panas dan hidangan lauk-pauk lain. Antaranya dengan Rendang Hitam lagi-lagi kalau cara pembuatannya ikut resepi warisan Kuala Lipis.

Sebenarnya sayur masak lemak ini memang sangat sesuai untuk makan tengahari yang dipadankan dengan ikan goreng dan sambal belacan. Resepi yang ingin dikongsi ini memang mudah dan confirm akan makan berulang-ulang.

Resepi masak lemak ini sis dapat perkongsianya dari sahabat sis Ina Jufri di laman sosial facebooknya. Tetapi dia hanya gunakan bahan utama seperti ikan bilis ( siap kopek boleh beli sini) dan sis tokok tambah meletakkan sayuran seperti taugeh. Cara membuatnya memang simple dan dalam masa 5 minit siap untuk dihidangkan.

Baca Juga: Khasiat Sayur Pak Choy Untuk Kesihatan

Resepi Masak Lemak Taugeh

Bahan-Bahan:

  • Bawang – dihiris
  • Bawang putih – dihiris
  • Serai – diketuk
  • Ikan bilis – digoreng seketika
  • Cili merah besar – dihiris
  • Sayuran taugeh – option
  • Santan kotak
  • Sedikit garam dan bahan perisa
  • Sedikit minyak
masak lemak
Bahan-bahan utama.

Cara Membuat:

  1. Panaskan minyak dan masukkan serai. Goreng seketika dan masukkan bawang merah, bawang putih dan juga cili merah.
  2. Masukkan bilis dan kacau seketika. Masukkan santan segera (guna Kara) dan masukkan air ikut citarasa.
  3. Masukkan taugeh dan bahan perisa secukupnya. Masak seketika dan angkat apabila sudah mendidih.
  4. Siap untuk dihidangkan dengan nasi panas bersama ikan goreng dan sambal belacan.
masak lemak
Tumis bahan-bahan hiris seketika.

Masukkan bilis goreng dan santan.

masak lemak
Tambahkan air dan akhir sekali letak sayuran disukai.

Sebenarnya resepi masak lemak ini memang sangat mudah disediakan sebagai juadah lunch atau dinner. Dek sebab itu, resepi paling popular yang dimasak oleh selebriti Che Nom, Sheila Rusly, Azie Kitchen atah Khairul Aming paling banyak carian di alam maya.

Jom kita tengok cara selebrti chef ini sediakan resepi masak lemak yang confirm sedap dan membuka selera bak kata Che Nom. Sooo untuk yang baru nak belajar memasak, boleh sangat cuba resepi yang disediakan.

Baca Juga: Resepi Ayam Goreng Kunyit Rangup Guna Tepung Bestari. Rasa Memang Padu

Resepi Kobis Masak Lemak Putih Che Nom

Bahan-Bahan:

  • 1/2 biji kobis bulat – hiris kasar
  • 1/2 batang karot – hiris nipis
  • 1 ketul tauhu – potong kiub
  • 1 genggam ikan bilis – rendam & tumbuk kasar
  • 1 biji cili merah – hiris nipis
  • 3 biji bawang merah – hiris nipis
  • 2 ulas bawang putih – hiris nipis
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • Garam dan perisa secukup rasa

Cara Membuat:

  1. Panaskan santan cair periuk dengan api sederhana dan masukkan bawang merah, bawang putih, bilis tumbuk, tauhu dan karot.
  2. Masukkan kubis dan cili merah, masak sekejapsehingga lembut.
  3. Masukkan pula santan pekat dan kacau kerap supaya santan tidak berketul. Api mestilah perlahan.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Resepi Masak Lemak Che Nom

Masak Lemak Putih Sayur Kelantan Azie Kitchen

Bahan-Bahan:

  • 1 batang petola
  • ½ batang timun
  • ½ batang karot
  • Sayur kobis
  • 2 biji lada solok
  • 1 biji cili merah
  • Garam & sedikit gula

Bahan Tumbuk:

  • 3-4 biji bawang merah
  • ½ sudu kecil lada hitam
  • ½ ekor ikan kembung rebus

Cara Membuat:

  1. Satukan santan, air dan bahan tumbuk dalam periuk. Nyalakan api dan masak hingga hampir mendidih.
  2. Masukkan karot dan kacau rata sehingga separuh lembut. Masukkan sayuran lain.
  3. Masukkan garam dan gula secukupnya.
  4. Akhir sekali masukkan cili merah dan cili solok hiris. Kacau rata dan tutup api.
Resepi Masak Lemak Sayur Putih Kelantan Azie Kitchen

Baca Juga: Cara Masak Kari Ayam Guna Santan Asli, Kuah Lebih Pekat & Sedap

Tips Masak Sayur Masak Lemak

  1. Boleh gantikan ikan bilis dengan udang kering atau udang kertas. Lebi sedap rasanya.
  2. Untuk sayur pula boleh letak kacang panjang, suhun atau tempe. Paling sedap kobis bersama suhun dan pucuk kuning.
  3. Jika gunakan santan cair dan pekat, masukkan santan cair dulu. Antara tujuan santan cair dimasukkan dahulu dan santan pekat dimasukkan kemudian ialah supaya kuah masak lemak tidak berketul dan masak sekata di akhirnya. Jika santan pekat dimasak terlalu lama, kuah menjadi tidak elok dan sekata.
  4. Lawankan sayur masak lemak ini dengan ikan goreng dan sambal belacan. Memang padu makan tak hengat dunia.
  5. Untuk resepi lebih sihat tak perlu tumis minyak, rebus sekali sayuran dengan santan sudah memadai.
  6. Rendam bahan sayuran dalam air garam sebelum masak selama 15 minit. Ini akan membantu menghilangkan kotoran dan meningkatkan rasa sayur-sayuran. Pastikan untuk membilas sayur-sayuran dengan baik sebelum dimasak.
  7. JIka tumis bawang, pastikan tumis bawang dan bawang putih dengan sempurna dalam minyak panas sebelum menambahkan bahan lain. Ini akan memberikan asas rasa yang kaya kepada hidangan anda. Pastikan bawang dan bawang putih tidak hangus, kerana ini boleh memberikan rasa yang pahit.
  8. Perlahan proses memasak. Sayur masak lemak tidak sepatutnya dimasak dengan terlalu cepat. Biarkan sayur-sayuran dan bahan-bahan lain meresap rasa santan dan rempah dengan perlahan. Proses memasak yang perlahan akan menghasilkan hidangan yang lebih sedap.

Kenapa Resepi Sayur Masak Lemak Digemari?

Resepi sayur masak lemak adalah kegemaran ramai kerana pelbagai sebab:

1. Rasa Yang Kaya

Santan memberikan hidangan ini rasa yang kaya dan lemak yang mengasyikkan. Ia membolehkan semua rasa sayuran dan rempah meresap dengan sempurna.

2. Mudah Disesuaikan

Anda boleh menambah atau mengurangkan bahan mengikut selera anda. Ini menjadikan resepi sayur masak lemak sesuai untuk semua orang, termasuk vegetarian.

masak lemak
Masak Lemak ringkas tapi sedap.

3. Nutritious

Sayuran dalam hidangan ini mengandungi pelbagai nutrien penting seperti vitamin, serat, dan mineral. Ini menjadikan sayur masak lemak pilihan yang sihat.

Selain sayur masak lemak, resepi sup tulang juga antara hidangan kegemaran ramai. Lagi-lagi dimakan ketika badan tak tak sihat dan mahukan sesuatu sajian yang panas dan kuah boleh dihirup untuk membangkit selera. Perkongsian Resepi Sup Tulang daripada blogger Nina Mirza menyediakan resepi yang gerenti senang dan sedap.

FAQs

Q: Apakah jenis sayur-sayuran yang sesuai untuk hidangan sayur masak lemak?

A: Untuk hidangan sayur masak lemak yang sedap, anda boleh menggunakan sayur-sayuran seperti kangkung, kacang panjang, dan rebung. Namun, anda boleh menggantikan dengan sayur-sayuran lain mengikut selera anda.

Q: Berapa lama saya perlu memasak sayur masak lemak?

A: Masa memasak bergantung kepada jenis sayur-sayuran yang anda gunakan. Sayur-sayuran seperti kangkung mungkin memerlukan masa memasak yang lebih singkat berbanding sayur-sayuran yang lebih keras seperti rebung. Sentiasa periksa kematangan sayur-sayuran semasa memasak.

Q: Adakah saya perlu menggunakan santan segar atau santan dari tin?

A: Santan segar adalah pilihan terbaik untuk hidangan sayur masak lemak yang autentik. Namun, anda boleh menggunakan santan dari tin jika tidak ada santan segar yang tersedia.

Q: Bagaimana cara membuat rempah sendiri?

A: Untuk membuat rempah sendiri, anda boleh mencampurkan rempah seperti serbuk kunyit, serbuk jintan manis, serbuk lada hitam, dan rempah lain mengikut selera anda. Perkara penting adalah memastikan rempah segar dan berkualiti.

Q: Bolehkah saya menambahkan daging atau ayam kepada hidangan sayur masak lemak?

A: Ya, anda boleh menambahkan daging atau ayam kepada hidangan sayur masak lemak untuk memberikan lebih banyak protein. Pastikan untuk memasak daging atau ayam dengan sempurna sebelum menambahkannya kepada hidangan.

Q: Adakah sayur masak lemak sesuai untuk vegetarian?

A: Ya, anda boleh membuat versi sayur masak lemak yang sesuai untuk vegetarian dengan menggantikan bahan seperti udang atau ikan bilis dengan sayur-sayuran yang sesuai.

Baca Juga: Resepi Sambal Ikan Bilis Garing Ala Che Nor, Buat Ketagih Nak Makan

Leave a Comment

error: Content is protected !!