Resepi Sambal Ikan Bilis Garing Ala Che Nor, Buat Ketagih Nak Makan

Resepi Sambal Ikan Bilis Garing| Ada macam-macam versi cara buat sambal kering atau sambal bilis garing yang sedap. Tak susah, hanya perlu 3 bahan utama seperti bawang dan juga bilis. Sekali makan dengan nasi panas, boleh tambah dua tiga pinggan tanpa kita sedar.

Ada cara mudah untuk buat sambal bilis garing tanpa guna bahan cili boh atau asam jawa. Cara buatnya juga sangat simple dan tak renyah. Tak perlu banyak bahan dan masa penyediaan pun tak lama. Yang penting rasanya buat ketagih nak makan.

Tak dinafikan rasanya pun memang sedap macam sambal ikan bilis gaaring Cik Nor yang viral tu. Tapi ini bukan sambal Che Nor tapi resepi sambal bilis garing Cik Reen yang gerenti sedap. Lagi-lagi makan dengan nasi panas, boleh bertambah dua tiga pinggan.

Baca Juga: Resepi Asam Pedas Melaka Simple Dan Sedap Tanpa Daun Kesum

Kenapa Ikan Bilis Jadi Penyedap Masakan

Setiap resepi sambal sama ada nasi lemak atau masak resepi lain mesti nak guna ikan bilis. Ikan bilia kecil ini memang sangat popular untuk menyedapkan lagi sesuatu masakan.

Malah kalau masak apa-apa sayur tumis juga perlu letakkan ikan bilis untuk menyedapkan lagi masakan. Antara khasiat ikan bilis selain penyedap semulajadi, ia juga kaya dengan sumber omega 3 yang baik untuk mata.

Ikan bilis juga baik untuk kesihatan kulit kerana mengandungi kandungan vitamin A yang tinggi dan kaya zat besi yang boleh bantu bagi mereka ada masalah anemia.

Bukan itu saja, ikan bilis juga kaya dengan sumber selenium yang merupakan mineral yang sangat mesra jantung. Jadi sangat bagus rupanya makan ikan bilis yang ada bermacam-macam jenis. Dan ada macam-macam resepi sambal ikan bilis garing yang boleh korang cuba buat.

Tapi yang tak suka ikan bilis, korang boleh try Resepi Asam Pedas Daging yang mana faktor kesedapannya bergantung pada jenis cili, jenis belacan, kepekatan kuah dan kemasaman asam yang digunakan untuk membuatnya.

Resepi sambal ikan bilis garing

Jenis- Jenis Ikan Bilis

Ada pelbagai jenis ikan bilis yang boleh korang pilih. Sis paling suka bilis mata biru yang paling sedap jika dibuat sambal nasi lemak.

Ikan BIlis Pek Pak

Badan agak putih dan jalur putig ikan kuran jelas. Sesuai untuk makanan bayi, masadan harian, snek dan bubur. Mempunyai Saiz M,L dan XL. Harga pula dalam RM40/RM60 per kg.

Ikan Bilis Jalur Emas

Jalur putih tebal dan emas halus di tepinya. Sesuai untuk maiakan harian dan dan sup. Mempunyai said M,L dan XL. Harga dalam RM30/RM50 per kg.

Ikan Bilis Si Kang

Mempunyai rupee yang kecil dan sesuai digunakan untuk masakan harian, nasi lemak, goreng rangup, buur, nasi goreng dan sesuai untuk kanak-kanak. Tak perlu kopek. Hanya ada satu saiz, iaitu XS. Harga dalam RM70/RM90 per kg.

Bilis Mata Biru Halus

Mempunyai badan yang Kecil dan putigh. Jenis ini paling terbaik untuk kanak-kanak. Bernutrisi tinggi, makanan bayi, bulur dan nasi goreng. Bilis ini tak perlu kopek. Hanya ada dalam siz XXS. Harga sekitar RM90/RM120 per kg.

Bilis Hitam

Berjalur putih, tebal dan badan agak hitam. Sesuai untuk maiakan harian, sup dan sambal. Datang dalam siz M,L dan XL. Harga dalam RM20/RM30 per kg.

Ikan Bilis Jalur Emas

Jalur putih halus dan emas halus kecil. Sesuai untuk maiakan harian dan sedan digoreng rangup atau untuk nasi goreng. Bilis ini tak perlu kopek dan hanya ada satu saiz iaitu S. Harga dalam RM30/RM50 per kg.

Baca Juga: Resepi Ayam Goreng Kunyit Rangup Guna Tepung Bestari. Rasa Memang Padu

Resepi Sambal Ikan Bilis Garing Ala Cik Nor

Sebenarnya resepi asalnya sis tengok dalam FB sahabat medsos Netty Ah Hiyer, tapi dia tak letak ikan bilis. Hanya goreng bawang dan campur chili flakes. Sooo sis derhaka sikit ikut cara sis dan letak ikan bilis goreng untuk jadi lebih sedap.

Sekali buat terus suka dan sedap. Malah cara buatnya juga ringkas sangat. Dapat sebekas boleh buat travel, mana tahu korang nak layan suasana cantik di Pulau Jeju. Katanya korang boleh menikmati keindahan Cherry Blossom di Pulau Jeju bermula April hingga pertengahan Mei.

Cara Buat Sambal Bilis Garing

Bahan-Bahan:

  • Ikan bilis
  • Bawang putih – lagi banyak lagi sedap
  • Bawang merah – lagi banyak lagi sedap
  • Chili flakes
  • Garam & bahan perisa secukupnya
  • Minyak untuk goreng
Resepi sambal ikan bilis garing
Bahan-bahan utama.

Cara-Cara Membuat:

  1. Hiris bawah putih dan merah halus. Kalau nak kasar sikit pun boleh.
  2. Panaskan minyak, goreng bilis dulu hingga garing & ketepikan.
  3. Guna minyak yang sama, goreng bawang tadi hingga sedikit kekuningan.
  4. Masukkan chili flakes dan kemudian masukkan ikan bilis tadi.
  5. Masukkan garam & bahan perisa secukupnya. Kaup balikkan hingga sebati. Boleh juga nak masukkan sedikit gula.
  6. Tutup api dan angkat. Sedia dihidang bersama nasi panas.
Goreng bilis dan ketepikan. Guna minyak sama, goreng bawang yang dihiris halus.
Masukkan chili flakes dan kemudian bilis.Kaup balikkan sebati.

Tips: Kalau tak habis, korang boleh simpan dalam bekas makanan kedap udara. Bila bak makan baru ambik dan rasanya boleh tahan beberapa hari.

Baca Juga: Resepi Udang Garlic Ala Sedap Shiela Rusly, Rasa Macam Di Kedai

Resepi Sambal Bilis Garing Che Nom

Korang juga boleh try resepi sambal bilis Garing Che Nom yang juga cukup popular cariannya di alam maya. Sis share cara buatnya yang lebih kepada penggunaan cili kering.

Bahan-Bahan:

  • 4-5 biji bawang merah kecil
  • 20-25 tangkai cili kering
  • 500 gm ikan bilis
  • 1-2 sudu gula
  • 1/2-1 sudu serbuk lada sulah
  • Sedikit garam

Cara Membuat:

  1. Gaul bawang merah yang dihiris dengan garam dan goreng hingga sedikit kekuningan.
  2. Goreng cili kering hingga kering & sedikit gelap
  3. Kisar cili kering dan bilis dengan lada sulah. Masukkan garam, gula dan bahan perisa secukupnya.
  4. Kemudian campurkan bawang merah yang digoreang. Kaup balikkan hingga sebati.
  5. Angkat dan sedia untuk dihidang.

Baca Juga: Resepi Daging Goreng Kunyit Sedap & Simple

Tips Bilis Lebih Rangup Dan Tahan Lama

1. Pilih Bilis Berkualiti

Kena cari bilis yang berkualiti dan mempunyai grey bagus. Ini boleh kita lihat dari segi ikan bilis yang bersih, warna terang dan tidak berbau hapak.

2. Guna Ikan Bilis Saiz Sederhana

Guna bilis saiz sederhana dan tidak terlalu besar. Bilis besar agak liat dan lambat garing ketika digoreng.

3. Pastikan Kering Sepenuhnya

Lepas basuh, biarkan bilis kering sebelum masak. Guna je tisu dapur untuk kurangkan kelembapan.

4. Tip Guna Cuka

Boleh gunakan cuka untuk dapat bilis yang rangup. Masukkan bilis dalam bekas dan renjiskan cuka hingga rata. Biarkan 5 minit dan barulah goreng seperti biaas.

5. Guna Minyak Panas 

Jangan lupa masa menggoreng ikan bilis, gunakan minyak panas dalam kuantiti secukupnya.

6. Goreng Guna Api Sederhana

Goreng guna api sederhana supaya bilis tak hangus. Biarkan goeng hingga warna keemasan barulah angkat.

7. Toskan Minyak Lepas Goreng

Lepas angkat, toskan je minyak guna tisu dapur. Ini untuk elak jadi bilis berminyak bila nak simpan nanti. Biarkan seketika barulah disimpan.

8. Simpan Dalam Bekas Kedap Udara

Jangan lupa simpan bilis yang dah digoreng dalam bekas kedap dara. Ini untuk elak masuk angin dan jadi lemau. Diingatkan juga goreng secara berperingkat dan elak goreng baanvak sekaligus. Ini untuk elak proses lambat masak.

Dapatkan ikan bilis kopek yang segar di sini

Layari page sitizurinamatsaman.com untuk lebih info

3 thoughts on “Resepi Sambal Ikan Bilis Garing Ala Che Nor, Buat Ketagih Nak Makan”

Leave a Comment

error: Content is protected !!