Cara Mudah Mohon Rumah Selangorku 2023 Untuk Kali Pertama

Rumah Selangorku ini adalah skim perumahan khas dari kerajaan Selangor untuk seluruh warga Malaysia. Skim perumahan mampu milik ini diwujudkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana ini dan ia telah dimulakan oleh kerajaan negeri Selangor di Malaysia.

Rumah yang dibina dengan reka bentuk menarik untuk memberi keselesaan kepada penghuni  kediaman. Permohonan Rumah Selangorku ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas mengikut kategori kelas gaji dan pendapatan masing-masing.

Terdapat 4 jenis ditawarkan iaitu rumah kos rendah, rumah kos sederhana rendah, rumah kos sederhana teres dan rumah mampu milik Selangor di bawah skim Selangorku.

Kebanyakan rumah dibina yang ditawarkan adalah tidak lebih dari harga RM250 ribu seunit. Jadi jom kita tengok syarat dan siapa yang layak untuk memohonnya.

Oh ye, korang juga boleh buat survey Permohonan Rumah Selangorku 2023 meliputi senarai kawasan Rumah Selangorku Cyberjaya, Rumah Selangorku Puchong, Rumah Selangorku Bangi, Rumah Selangorku Kajang, Rumah Selangorku Ampang dan Rumah Selangorku Setia Alam.

Kelebihan Rumah Selangorku

Perumahan Mampu Milik

Dijual dengan harga bawah nilai asaran, menjadikan ia rumah lebih mampu milik khas untuk mereka yang berpendapatan rendah. Sebab itu digelar rumah mampu milik Selangor, boleh dibeli oleh sesiapa saja yang berkelayakan dan penuhi syarat permohonan.

Proses Permohonan Mudah

Proses permohonan juga mudah dan senag bagi mereka yang layak memohon lebih-lebih lagi untuk kali pertama.

Disokong Kerajaan

Skim rumah Selangorku ini juga disokong sepenuhnya oleh kerajaan dan ini bermakna risiko rumah tak siap adalah kurang.

Berkualiti Tinggi

Setiap unit dibina mengikut standard yang tinggi dan dilengkapi segala kemudahan moden terkini.

Baca Juga: https://sitizurinamatsaman.com/informasi-pindah-pejabat/

Siapa Layak Mohon

Skim perumahan mampu milik ini dibuat bertujuan untuk menykokong golongaan berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah pertama mereka. Berikut disenaraikan syarat permohonan untuk semua unit berbeza-beza. Siapa yang layak mohon Rumah Selangorku ini.

Syarat Permohonan Rumah Selangorku

  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
  2. Pendapatan minimum bagi permohonan Rumah Jenis B,C dan D ditetapkan RM3,001.00 sebulan.
  3. Pendapatan isi rumah (suami isteri) tidak melebihi RM3,000 sebulan sahaja dibenarkan pemohonan jenis A, manakala pendapatan isi rumah melebihi RM3,001 sebulan sehingga RM10,000 sebulan dibenarkan permohonan Jenis B,C dan D.
  4. Jika pendapatan isi rumah tidak lebih RM3,000 sebulan dibenarkan juga buat pilihan Jenis B,C dan D. Bagi pendapatan isi rumah lebih RM3,001 sebulan, permohonan jenis A tidak dibenarkan.
  5. Pemohon hanya dibenarkan buat pilihan 1 jenis rumah sahaja samada jenis A,B,C atau D sahaja buat permohonan.
  6. Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor.
  7. Urusan permohonan pindah milik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.
  8. Pembelian rumah ini untuk didiami dan bukan untuk disewa.
  9. Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftar adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu buat permohonan baru jika masih berminat mohon Rumah Selangorku.

Dokumen Diperlukan Untuk Pendaftaran

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  2. Salinan Surat NIkah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan
  3. Surat pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah jika bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin.
  4. Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri.
  5. Surat akaun bersumpah daripada pesuruhjaya Sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja, Penyata KWSP (jika ada)
  6. Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS.
rumah selangorku

Permohonan Borang Online

Pemohon Rumah Jenis B,C dan D boleh mendaftar Rumah Selangorku secara ‘online’ di

Semak Status Permohonan

Segala keputusan permohonan boleh terus disemak secara online di Semak LHPS.

  • Isi No Kad Pengenalan (Contoh 900303101234)
  • Dan Klik Butang Semak

Baca Juga: https://sitizurinamatsaman.com/10-tempat-menarik-di-penang-wajib-pergi/

Senarai Projek Rumah Selangorku

Bagi yang berminat untuk memilikinya, boleh sémák senarai harga, projek rumah, contoh rumah type dan jenis A,B,C dan D. Lepas itu boleh pilih mana satu pilihan korang yang bersesuaian dengan kriteria ditetapkan.

JenisKeluasan (sqft)HargaGaji Dibenarkan

PAKEJ A
(Perumahan Rumah
Kos Rendah Selangor)

700

RM42K

RM3,000
dan ke bawah
PAKEJ B
(Perumahan Rumah
Kos Sederhana Rendah)
750Bermula RM100
hingga RM250K
RM10,000
dan ke bawah
PAKEJ C
(Perumahan Rumah
Kos Sederhana)

800 @ 900
@ 18×60

Bermula dari RM100
hingga tidak
melebihi RM250K
RM10,000
dan ke bawah
PAKEJ D
(Perumahan Harga
Mampu Milik

1000
@ 20×60
Bermula RM100
hingga RM250K
RM10,000
dan ke bawah

Soalan Lazim Rumah Mampu Milik Selangorku

1. Permohonan Rumah Selangorku mudah lulus?

Jawapannya ya. Sangat mudah permohonan untuk lulus jika lepas syarat kelayan ditetapkan. Tawaran unit juga sangat banyak sekarang ini.

2. Jika permohonan ditolak, bagaimana cara untuk buat rayuan.

Jawapannya, maaf tidak boleh buat rayuan kerana tidak dibuka jika permohonan kena reject.

3. Tempoh dibenarkan jika mahu jual semula rumah ini atau sewa kepada orang lain skim ini.

Jawapannya, boleh jual atau sewa pada orang lain selepas 5 tahun iaitu tempoh memotarium selama 5 tahun.

4. Apa senarai dokumen penting yang perlu  disediakan

Jawapannya, perlu sertakan dokument sokongan seperti penyata kwsp, penyata gaji, salinan kad pengenalan, bil utiliti, akaun bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah jika pasangan tidak bekerja.

Peringatan: 

  1. Jika pendaftara sebelum ini sudan melebihi 2 tahun, pemohon perlu mohon semula.
  2. Jika sudah daftar dan hantar permohonan secara online berjaya lulus, tetapi menolak tawaran, nama akan disenarai hitam dan blacklist dalam list dan senarai sistem pendaftaran Rumah Selangorku.

Layari page sitizurinamatsaman.com untuk lebih info

1 thought on “Cara Mudah Mohon Rumah Selangorku 2023 Untuk Kali Pertama”

Leave a Comment

error: Content is protected !!