INTEC Education College Tawar 100 Pelajar Sambung Pengajian Di China

INTEC Education College adalah sebuah institusi pendidikan yang begitu popular dalam melahirkan graduan akauntan bertauliah dan mewujudkan banyak peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian keluar negara, kini mengorak selangkah lagi membuka peluang kepada pelajar yang berminat melanjutkan pengajian ke negara China.

INTEC Education College

Jika sebelum ini Dasar Pandang Ke Timur hanya di negara Jepun dan Korea, tetapi kini INTEC Education College memilih China sebagai destinasi terbaru mereka. INTEC Education College merupakan anak syarikat milik Universiti Teknologi MARA yang terletak di Shah Alam Selangor Darul Ehsan.

Intec Education College

Kerjasama INTEC Dengan Pendidikan Asia China (ACEC)

INTEC Education College dengan Kerjasama Asia China Education and Culture (ACEC) akan memberi peluang kepada 100 pelajar bagi pengambilan pertamanya untuk lepasan SPM bagi mengikuti kursus pengajian persediaan atau pengajian asas di institusi itu.

Ini adalah bagi mengubah persepsi pelajar yang selama ini sering memilih negara barat seperti Amerika Syarikat atau United Kingdom untuk melanjutkan pelajaran di luar negara

Hal ini turut diakui oleh Pengarah Akademiknya Dr. Nor Bahiyah Omar yang berkata selama ini rakyat Malaysia cenderung memilih melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat atau negara barat lain.  Tambahan pula, pada zaman ini banyak syarikat-syarikat yang meletakkan syarat mempunyai bahasa ketiga adalah satu kelebihan untuk mereka diterima bekerja di syarikat tersebut. 

Menyedari hakikat ini, INTEC mengambil langkah proaktif dengan menawarkan peluang kepada para pelajar lepasan SPM untuk menguasai bahasa ketiga mandarin sebelum mereka melanjutkan pengajian ke negara China dalam peringkat yang seterusnya,

intec education college

Peluang Belajar Teknologi Terkini

Umum tahu bahawa China ialah adalah peneraju dalam teknologi terkini seperti kenderaan eletrik, teknologi bateri, telefon pintar dan juga peranti mudah alih. Oleh hal yang demikian, INTEC mengorak langkah membuka peluang kepada pelajar untuk pelajari ilmu teknologi di China.

Pelajar seharusnya mengambil peluang yang ada untuk belajar di sana memandangkan peluang pekerjaan dalam bidang teknologi ini semakin mendapat permintaan seterusnya menjadikan para pelajar ini berdaya saing untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik.

“Pelajar dari Malaysia boleh menimba pengalaman dengan pemain-pemain industri jenama ternama di dunia serta menjalani latihan amali di negara tersebut,” kata Dr. Bahyah dalam sesi taklimat pengajian INTEC-ACEC baru-baru ini.

Namun begitu, sebelum dihantar melanutkan pengajian di China, sebagai syarat utama setiap pelajar terpilih akan menjalani program persediaan selama sembilan bulan di kampus dengan mendalami sepenuhnya Bahasa Mandarin dan Inggeris sebelum berlepas ke sana.

Beliau juga turut menambah, INTEC dan ACEC akan sentiasa memastikan mereka yang terbabit menyambung pengajian di sana akan mendapat tempat di universiti pilihan selain turut membantu mendapatkan biasiswa bagi menanggung pembiayaan sepanjang tempoh pengajian di sana.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan program-program yang ditawarkan di INTEC, layari laman sesawang rasmi INTEC di www.study.intec.edu.my

Leave a Comment

error: Content is protected !!