Produk Halal JAKIM 2023: Cara Mudah Semak Status Makanan Tak Halal

Tular sebuah kedai menjual Nasi Ayam Clayport di Sri Petaling didakwa menggunakan bahan tidak halal dalam masakannya. Sebelum itu ramai orang Muslim yang datang makan kerana peniaga menghidangkan makanan sering di makan oleh Masyarakat Cina dalam versi ‘halal’.

Namun sebenarnya peniaga meletakkan wain dalam masakan tersebut (sebelum tular) dan apabila perkara ini heboh di media sosial, peniaga menggantikan dengan minyak bijan. Restoran berkenaan ditutup sementara dan pihak JAKIM juga turut mengesahkan pihak mereka tidak pernah keluarkan pensijilan Halal pada restoran berkenaan.

Halal JAKIM bermaksud logo halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). JAKIM, pula adalah sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan pengesahan halal di Malaysia. 

Kalau korang nak tahu, pengesahan halal JAKIM adalah penting kerana ia memberikan keyakinan kepada orang ramai terutama orang Islam bahawa produk atau makanan yang diberi logo halal JAKIM adalah selamat dan mematuhi syariah Islam.

Pentingnya Logo Halal JAKIM

Kita memang kena ambil tahu kepentingan logo halal ini untuk memberi keyakinan bagi memastikan premis makanan atau makana dijual adalah halal dan tiada keraguan dari bahan dan pembuatannya.

Bukan saja di Malaysia, penting juga untuk diingatkan  bahawa setiap negara mungkin mempunyai proses pensijilan halal yang berbeza, jadi bagi produk yang ingin dieksport ke luar Malaysia, pengeluar juga perlu memastikan pematuhan dengan peraturan halal negara berkenaan.

Menjadi tanggung jawab kita sebagai pengguna terutama yang beragama Islam untuk membuat pemeriksaan status halal sesuatu produk atau premis yang dikunjungi. Ini juga bagi membolehkan pengguna membuat pilihan tepat dalam memilih produk halal yang mematuhi ajaran Islam tanpa sebarang keraguan.

Maksud Logo Halal

Kalau yang belum tahu maksud di setiap logo halal JAKIM Malaysia, boleh tengok di bawah ini penjelasannya.

halal jakim

Semakan Status Halal

Dalam dunia tanpa sempadan kini, korang boleh buat seaman status halal jakim ini dengan lebih cepat apabila Jakim memperkenalkan inovasi terkini untuk membolehkan pengguna semak status halal JAKIM ini. Tedapat dua cara nak semak iaitu melalui online dan SMS. Dah semak dan tahu kesahihan halalnya barulah tak ragu-ragu untuk makan.

Semak Status Halal Secara Online:

Semak Status Halal Melalui SMS

Selain masuk ikut laman web, korang juga boleh check status halal melalui talian SMS. Hanya follow cara yang diberikan di bawah ini. Cara ini juga lebih mudah dan pantas melalui penggunaan telefon masing-masing.

Senarai Produk Halal JAKIM Logo Halal Seluruh Dunia

Bagi yang sering travel ke luar negara jangan risau untuk melihat logo halal di seluruh dunia. Sehingga 1 Disember 2020, Jakim telah mengiktiraf 84 logo halal daripada 46 buah negara di seluruh dunia.

Dengan adanya logo halal ini, pengguna boleh:

  • Mengenalpasti logo-logo halal luar negara diiktiraf JAKIM pada produk import yang dijual di pasaran. Ia juga memberi kemudahan kepada pengimport untuk:
  • Mengenalpasti produk yang ingin diimport masuk ke Malaysia mempunyai sijil halal yang diiktiraf JAKIM, bagi mengelakkan kerugian dan keraguan. Selain itu, rakyat Malaysia terutamanya umat Islam yang akan melancong ke luar negara boleh:
  • Menyimpan di telefon pintar info logo-logo halal diiktiraf JAKIM, di negara yang akan dikunjungi.
  • Pengguna juga boleh muat turun dalam format .pdf, senarai Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) setakat 01 Disember 2020 – klik di sini

Direktori Halal Malaysia

Lebih bagus juga pihak JAKIM turut mewujudkan direktori Halal di mana korang juga boleh masukkan nama produk, syarikat, restoran, kedai makan, buffet hotel atau produk kosmetik di ruang carian untuk memastikan pensijilan halal JAKIM masih aktif.

Cara cek halal JAKIM ini memang lebih mudah dan dapat hilangkan keraguan korang apabila was-was jika terjumpa produk, restoran atau kedai makan. Semakan ini dibuat untuk tujuan pengesahan adakah premis berkenaan mempunyai sijil halal jakim.

Siapa Layak Mohon Sijil Pengesahan Halal

  • Pengeluar/ pengilang produk (manufacturer/ producer);
  • Pengedar/penjual (distributor/ trader);
  • Pengeluar sub-kontrak (sub-contract manufacturer);
  • Pembungkusan semula (repacking);
  • Premis makanan (food premise); dan
  • Rumah sembelih (abattoir/slaughter house).

Cara Untuk Mohon 

  • Permohonan Sijil Pengesahan Halal bagi pasaran di peringkat nasional dan antarabangsa hendaklah memohon secara terus kepada Hab Halal, JAKIM melalui permohonan secara online.
  • Bagi pasaran di peringkat pasaran tempatan, permohonan hendaklah dipohon terus kepada jabatan yang berkenaan.

Faktor Permohonan Ditolak

  • Syarikat yang mengeluar dan mengedar produk halal dan tidak halal;
  • Produk yang tidak halal;
  • Bahan semulajadi yang tidak melibatkan sebarang pemerosesan;
  • Ubat-ubatan atau produk yanng dikategorikan sebagai keluaran farmaseutikal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia;
  • Pewarna rambut (hair color / hair dye);
  • Produk siap diproses (finish processed product) yang dikeluarkan di luar negara;
  • Produk yang menggunakan nama yang sinonim dengan istilah yang mengelirukan seperti bak kut teh dan sebagainya;
  • Baja dan makanan binatang;

Kesimpulan

Sekarang ini banyak premis atau restoran menjual pelbagai makanan viral. Dan kadang kala disebabkan viral mahu mencuba makanan yang dihidangkan tanpa tahu sama ada mempunyai logo halal atau tidak.

Jadi sebagai seorang pengguna beragama Islam menjadi tanggung jawab kita untuk tahu dengan semak status logo halal JAKIM di premis berkenaan kerana apa yang kita makan menjadi darah daging kita.

Jangan disebabkan kuasa viral sanggup mengetepikan bab ini dek kerana mahu menjadi yang terpopular atau dianggap tidak ikut trend merasai hidangan berkenaan.

Jangan tak Percaya makanan kucing juga  turut mendapat pensijilan Halal. Antara produk yang diklasifikasikan Halal adalah produk makanan kucing Adabi, Powercat.

Ini kerana cara memilih makanan kucing juga sangat dititikberatkan oleh pengguna kerana tidak tahu apakah sumber makana kucing yang berada di pasaran. Kalau boleh biarlah dari sumber yang Halal untuk kucing kesayangan.

Layari page sitizurinamatsaman.com untuk lebih info

Leave a Comment

error: Content is protected !!