MAIS Lancar Kalkulator Fidyah Puasa | Tinggal sebulan sebelum Ramadan datang, tetapi masih tercari-cari cara paling sesuai untuk membuat kiraan bayaran fidyah. Apa itu fidyah, bagaimana cara mahu mengira bayaran fidyah dan di manakah perlu untuk kita melunaskan bayaran berkenaan. Tak perlu risau, rupanya ada kiraan kalkulator fidyah yang diperkenalkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Bayaran Fidyah & Hukumnya
Menurut laman web zakatselangor.com başaran fidyah itu merupakan bagarna denda yang dikenakan kapad mereka yang tidak dapat mengganti puasa di bulan Ramadan pada sesuatu tahun hinggalah tiba bulan Ramadan tahun berikutnya.
Dan hukum membayar fidyah ini adalah wajib. Namun begitu, dengan membayar fidyah itu bukan bermaksud mereka tidak perlu mengganti puasa, kerana pasa tersebut wagin digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya
Artikel Lain: Kelebihan Puasa Bulan Rejab & Kejar Syafaatnya
Kadar Bayaran Fidyah
Kadar fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.
Baru-baru ini sebagai memenuhi keperluan semasa dan memudahkan umat Islam membayar fidyah, MAIS telah hari ini telah membuat pelaksanaan platform baru dengan melancarkan Kalkulator Fidyah Puasa bagi memudahkan masyarakat Islam membuat pengiraan bayaran ganti puasa. Ini adalah sempena kempen Bulan Kesedaran Fidyah Negeri Selangor 2023.
Apa Itu Kalkulator Fidyah Puasa
Kalkulator Fidyah Puasa ialah sebuah platform digital kalkulator yang telah dibangunkan oleh MAIS bagi memudahkan masyarakat Islam untuk membuat pengiraan kadar fidyah sebelum membuat bayaran. Fidyah ialah sesuatu yang dibayar untuk menebus diri, baik berbentuk harta atau tindakan lain yang dilakukan kerana kekurangan dalam salah satu amal ibadah.
Cara Bayaran Kalkulator Fidyah Puasa
Menariknya, Kalkulator Fidyah Puasa ini mempunyai 3 kadar bayaran iaitu RM2.00, RM4.00 dan RM6.00 dan mempunyai kaedah bayaran berganda dan tidak berganda. Masyarakat Islam yang ingin menggunakan Kalkulator Fidyah Puasa boleh melayari laman web MAIS di www.mais.gov.my.
Manfaat Bayaran Kalkulator Fidyah Puasa
MAIS berharap agar Kalkulator Fidyah Puasa ini dapat memberi kemudahan baharu kepada masyarakat Islam dalam membuat pengiraan dengan pantas dan tepat bagi bayaran fidyah yang dikenakan atas sebab-sebab faktor yang tertentu. Malah dengan adanya platform kiraan fidyah ini, MAIS mensasarkan RM20 juta kutipan fidyah di Negeri Selangor pada tahun ini.
Sasaran ini ditetapkan agar lebih ramai masyarakat Islam menerima manfaat dan bantuan dalam mereka menjalani kehidupan seharian. Bagi tahun 2022, MAIS telah berjaya mengagihkan kutipan fidyah berjumlah RM6.85 juta melalui bantuan makanan kering dan wang tunai kepada mereka yang memerlukan.
Artikel Lain: 5 Cara Simpan Emas Pergi Haji & Umrah
Tujuan Kempen Bulan Kesedaran Fidyah Negeri Selangor 2023
Tujuan kempen diadakan adalah memberikan kefahaman dan kesedaran kepada masyarakat Islam untuk melunaskan hutang fidyah di samping menggalakkan masyarakat Islam menggantikan puasa lebih awal sebelum bertemunya bulan Ramadhan yang akan datang.
Melalui Kempen Bulan Kesedaran Fidyah Negeri Selangor yang diadakan bermula 22 Februari sehingga 22 Mac 2023, pelbagai aktiviti menarik telah disusun antaranya ialah Program Hari Bersama Baitulmal; Bual Bicara di Radio Selangor FM; Taklimat, Tazkirah Jumaat dan Kuliah Maghrib Khas di Institusi, Masjid dan Surau Terpilih; Kaunter Pemasaran Baitulmal dan Forum Fidyah.
MAIS Lancar Kalkulator Fidyah Puasa
Majlis pelancaran Kalkulator Fidyah Puasa yang disempurnakan oleh Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam satu jamuan minum petang bersama pengamal media di Concorde Hotel Shah Alam.
Beliau berkata platform tersebut dibangunkan MAIS bagi memudahkan masyarakat Islammembuat pengiraan kadar fidyah sebelum membuat bayaran.
“Sebelum ini umat Islam perlu nadir ke cawangan MAIS untuk membuat pengiraan sendiri sebelum membayar jumlah fidyah yang dikehendaki.
“Kini mereka hanya perlu menggunakan kemudahan tersebut dengan melayari laman web MAS di www.mais.gov.my,” katanya di majlis berkenaan.
Tambahnya lagi buat masa ini kesedaran umat Islam membayar fidyah masih rendah kerana mereka masih tidak tahu pentingnya kewajipan tersebut.
Justeru dengan adanya Kalkulator Fidyah Puasa ini dapat memberi kemudahan baharu kepada masyarakat Islam dalam membuat pengiraan lebih pantas dan tepat bagi bayaran fidyah yang dikenakan atas sebab-sebab tertentu.
Artikel Lain: Bayar Zakat Secara Online
syukur MAIS dah buat kalkulator ni. Mudah sikit nak buat kiraan. kalau kira sendiri nanti takut salah pulak.