10 Produk Sunscreen Terbaik Untuk Wajah 2023

Sunscreen Terbaik | Muka cepat jadi kusam dan tua? Selalu dikata makcik walhal usia baru 30 tahun. Rupanya sebab tak pakai sunblock jadi penyebab masalah ini. Ada banyak produk, tetapi Ini antara sunscreen terbaik boleh dicari di Watson atau drugstore lain.

Pemakaian sunblock atau sunscreen memang penting untuk menjaga wajah, walaupun hanya berada dalam bangunan atau rumah. Hanya sapu diwajah untuk perlindungan yang lebih berkesan.

Artikel Lain: 10 Pemutih Gigi Terbaik Dan Berkesan Di Farmasi 2023

Tak susah untuk mencari krim yang sesuai, pergi sahaja di drugstore dan kebanyakan sunscreen dijual dengan harga mampu milik. Terpulang pada bajet masing-masing dan paling penting sesuai dengan kulit wajah.

Perlu diingat jangan sesekali abaikan penjagaan krim pelindung matahari Ini kerana boleh menyebabkan kulit alami proses penuaan lebih cepat, sunburn dan paling menakutkan terjadinya kanser kulit.

So disenaraikan antara 10 produk sunblock terbaik atau sunscreen terbaik untuk muka kerana mempunyai ciri-ciri perlindungan wajah yang lebih berkesan. Ia juga mampu bertindak membantu masalah jeragat kerana ada yang cuba teknik laser jeragat, tapi bukan semua boleh hapuskan masalah ini.

sunscreen terbaik

10 Produk Sunscreen Terbaik

1. Biore UV Perfect Block Milk Moisture SPF 15

Sunscreen dengan SPF50++ ini memberi kemasan matte dan sesuai untuk kulit berminyak. Ia sangat cepat meresap ke dalam kulit dan tidak meninggalkan kesan putih pada kulit. Menariknya, sunscreen ini tidak berminyak, melekit dan tidak mengandungi paraben. Sunblock ini dapat melindungi anda daripada terdedah terus kepada sinar UVA & UVB yang akan merosakkan kulit. Productnation

sunscreen

2. Aiken Tea Tree Oil Face & Body Day Lotion (150g)

Agak sukar nak cari sunblock yang mampu mengawal jerawat tapi nasib baik ada produk dari Aiken yang mempunyai spf dan merawat jerawat. Bahan paling terkenal dalam merawat jerawat adalah tea tree oil, yang merawat keradangan akibat jerawat dan terbukti berkesan.

Potassium Cetyl Phosphate adalah agen untuk mengawal pH dan bertindak untuk membersihkan minyak pada liang pori. Jadi liang pori anda tidak akan tersumbat.  Paling recommended jika anda adalah masalah jerawat dan berminyak. Ini antara produk sunblock terbaik untuk perlindungan wajah.

10 produk sunblock terbaik

3. Sunplay Skin Aqua UV Brightening Moisture Gel

Sunplay mempunyai pelbagai jenis pilihan keluaran mengikut kesesuaian  Jika anda mempunya masalah kulit berminyak sunscreen ini adalah yang terbaik. Ini kerana proses penyerapannya pantas dan tidak membuatkan kulit anda berminyak walaupun berpeluh. 

10 produk sunblock terbaik

4. Watsons Aqua UV Sun Protection Gel

Kandungan spf sehingga 50++ dimana hanya 2% sinaran UV yang terlepas masuk pada bahagian kulit.  Walaupun begitu, bahan seperti Niacinamide membantu mengurangkan kesan radikal seperti tompok hitam dan kulit tidak sekata akibat sinaran UV. Kulit wajah juga lebih cerah, dan kulit lembut dan kekal lembab dengan bahan dari hyluronic acid. Ia juga menjadi antara 10 produk sunblock terbaik untuk wajah.

Artikel Lain: Petua Kekal Cantik Dan Awet Muda Ikut Islam Yang Mudah

5. Some By Mi Truecica Mineral Calming Tone Up SunScreen

Jenama keluaran Korea sememangnya terkenal, termasuk sunscreen keluaran Some By Mi ini. Produk ini mempunyai bahan zinc oxide untuk melindungi kulit dari berlakunya iritasi.  Terdapat juga bahan Resveratrol yang dapat meningkatkan kadar antioksidan sekaligus membuat kulit anda dilindungi dan memperbaiki dengan sendiri.  

6. L’Oreal UV Perfect Super Aqua Essence SPF50+

Bukan sekadar berfungsi sebagai pelindung kulit daripada sinaran matahari dengan SPF50+ PA++++, produk keluaran L’Oreal ini juga bertindak menghalang perkembangan tompok hitam, kulit kusam dan tanda penuaan.

Dengan tekstur mudah menyerap ke dalam kulit, ia juga membantu mengawal lebihan minyak dan melindungi kulit daripada pencemaran. Tidak mustahil produk ini menjadi antara produk sunscreen terbaik untuk tahun 2023 ini.

7. Cetaphil UVA UVB Defense SPF50+

Sesuai untuk digunakan pada semua jenis kulit, bahkan pelindung matahari ini juga boleh diaplikasikan bukan sahaja pada wajah tetapi juga di badan.

Selain mengandungi vitamin E, produk Cetaphil ini juga sesuai buat mereka yang mempunyai kulit bermasalah kerana dapat melindungi kulit daripada kegatalan dan kerengsaan.

8. Nivea Sun Protect & Moisture SPF50

Kandungan SPF50 PA++ dapat memberikan perlindungan UVA dan UVB yang sangat berkesan. Ia juga mencegah selaran matahari dan penuaan kulit pramatang. Pelindung matahari keluaran Nivea ini bertekstur ringan dan mempunyai formula kalis air. Ia juga mengandungi vitamin E untuk memberikan kelembapan berpanjangan. Dipercayai menjadi antara produk sunblock terbaik untuk perlindungan wajah. Boleh cari produk sunscreen muka terbaik ini di Watson.

9. Sunscreen Wardah UV Shield SPF50 PA++++

Sesuai untuk semua jenis kulit dan mempunyai ciri seperti lotion non-comedogenic (tak sumbat pori-pori. Tekstur yang ringan, mampu melembapkan dan tidak mengandungi alkohol. Sunscreen popular di Watson dan guardian. Harga ditawarkan juga mampu milik.

10 Clinelle UV Defense SPF50 PA+++

Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. Tanpa wangian, Tanpa pewarna boatan, Tanpa bahan kyomedogenik, Tanpa minyik mineral, tanpa alkohol dan menggunakan bahan lanolin.jenama Clinelle ni juga boleh merawat kulit kerana mempunyai ekstrak Hydrolized Silk yang mampu untuk membaiki kulit wajah dengan meningkatkan lagi tahap Hyaluronic Acid dalam kulit kita. Bahan lain termasuk Ekstrak Licorice juga boleh membantu memutihkan kulit sambil melindunginya pada masa yang sama. Inilah juga antara produk suscreen atau sunblock yang bagus untuk dirimu sebagai seorang wanita berharga.

Artikel Lain: 8 Tips Awet Muda & Cantik Walau Usia Masuk 40an

Leave a Comment

error: Content is protected !!