Buffet Ramadhan 2023 Di Fairfield By Marriot KL Saji Masakan Kampung

Buffet Ramadhan 2023 | Bulan puasa pasti tekak nak merasai masakan air tangan emak di kampung. Tapi nak balik, belum ada kesempatan dek urusan kerja yang tak pernah habis. Jangan risau, anda masih boleh menikmati iftar ala kampung di Hotel Fairfield by Marriot Kuala Lumpur.

Buffet ramadhan 2023 di Fairfield Marriot KL kali ini menyajikan lebih 150 jenis masakan serta manisan untuk dicuba sempena kedatangan bulan puasa nanti. Maklumlah apabila bulan puasa saja, selera kita lain macam kerana seharian berpuasa menahan lapar dan dahaga.

Artikel Lain: Resepi Siakap 3 Rasa, Ini Rahsianya Sedap & Mudah

Paling istimewa juadah yang disediakan memang memenuhi citarasa apabila menghidangkan pelbagai masakan kampung yang menggamit nostalgia di desa tercinta untuk merasai air tangan ibu.

Buffet Ramadhan 2023

Buffet Ramadhan 2023 Undang Nostalgia Kampung

Menurut General Manager, David Scully, untuk Ramadhan kali ini buffet yang disajikan khusus untuk tetamu menikmati keenakan masakan Melayu Malaysia yang cukup popular. 

“Jadi hidangan disajikan memang ada sentuhan air tangan mak di kampung dengan idea mahu membawa kembali Malaysia Malay Food.

“Menjadi satu kepuasan dapat membawakan menu sebegini kepada tetamu untuk menikmati sajian iftar di sini, sepanjang Ramadhan nanti” katanya ketika ditemui di Food Review Buffet Ramadan 2023 di Lesung Farfield by Marriot Kuala Lumpur.

Antara sajian enak yang disediakan adalah seperti Nasi Minyak, Gulai Ikan Tenggiri Tempoyak, Sambal Udang Petai, Kari Kepala Ikan Maidin, Urat Keting Tempoyak, Ikan Talang Masin Masak Lemak Nenas, Sayur Goreng Thai, Ayam Masak Kicap, Ikan Goreng dan juga station ikan bakar. Tidak ketinggalan ulam-ulaman, sambal dan pelbagai jenis kerabu.

Dan antara sajian paling istimewa untuk buffet kali ini adalah Sup Gearbox dan Asam Pedas Ekor Lembu Belimbing Buluh. Menurut Chef Tarmizie, ekor direbus dan dimasak lembut dengan tekstur daging cukup soft.

Buffet Ramadhan 2023

Lebih 150 Hidangan Termasuk Manisan

Bukan itu sahaja, pengunjung turut berpeluang untuk menikmati pelbagai jenis dessert, kuih tradisional, biskut raya, variasi air penghilang dahaga, kambing bakar, sate, murtabak, Roti John, sagu gula Melaka, aneka puding dan pelbagai menu enak yang lain.

Selain itu, sudah tentu tak sempurna kalau Ramadhan tanpa adanya bubur lambuk. Jadi, bubur lambuk juga turut tersedia di soup station bersama aneka sup lain. Boleh rasa tanpa limitasi setiap juadah enak yang ada disediakan daripada air tangan chef yang pakar.

Paling dinantikan pengunjung adalah apabila dapat menikmati keenakan durian D24 unlimited. Pengunjung boleh makan seberapa banyak durian yang ada tanpa risau stok durian habis. Cuma diingatkan hanya boleh dimakan di luar station saja disebabkan bau yang cukup kuat.

Inilah antara keistimewaan iftar di Fairfield by Marriot Hotel KL dan jangan lupa untuk membawa keluarga sambil menikmati pelbagai keenakan hidangan yang disajikan.

Artikel Lain: Resepi Carbonara Asli Spaghetti, Rasa Memang Power

Buffet Ramadhan 2023

Jimat RM40 Untuk Promosi Early Bird

Bolehlah buat tempahan sekarang untuk menikmati penjimatan RM40 bagi dewasa iaitu RM108 atau belian pada harga RM148 nett (dewasa) dan RM78 nett (kanak-kanak). 

Buffet Ramadan 2023 di Fairfield akan bermula pada 24 Mac hinggalah 19 April 2023. Hotel yang terletak di Jalan Pahang ini sememangnya menjanjikan kepuasan untuk berbuka puasa buffet ramadan bersama insan dan keluarga tersayang.

Namun begitu, pengunjung dinasihatkan datang lebih awal bagi mengelak masalah meletak kenderaan. Atau gunakan sahaja pengangkutan awam kerana berdekatan dengan station Monorail dan LRT. Hanya lima minit berjalan kaki daripada stesen berkenaan ke Fairfield Marriot KL ini.

Usah risau untuk mengejakan solat Maghrib terlebih dahulu sebelum sambung buffet kerana di sini turut menyediakan ruang solat yang besar dan selesa di Level S sambil pengunjung dapat menyaksikan pemandangan indah KLCC dan kawasan sekitar di waktu malam.

Buffet Ramadhan 2023

Untuk RSVP (tiga hasi sebelum), boleh hubungi  03-2777 7777 (ext.747) atau WhatsApp +60 10-760 5455 / +60 18-918 7561 (Mr. Saiful – Restaurant Manager) website https://www.marriott.com/en-us/hotels/kulfi-fairfield-kuala-lumpur-jalan-pahang/dining/

Artikel Lain: Resepi Daging Goreng Kunyit Sedap & Simple

Leave a Comment

error: Content is protected !!