Resepi Daging Goreng Kunyit Sedap & Simple | Selain ayam, daging juga adalah sumber protein yang baik untuk kesihatan. Ada dua jenis daging, yang segar dan daging fozen yang boleh kita beli di pasar berhampiran.
Daging juga antara hidangan yang sis suka. Tak kisahlah buat sup, masak kari, daging grill ataupun goreng macam tu je. Memang layan lagi-lagi makan dengan nasi panas, confirm selera akan bertambah-tambah.
Artikel Lain: Resepi Lala Goreng Berlada, Rasa Macam Di Kedai
Dan kalau raya haji, stok daging memang banyak, maklum ada je orang yang sedeqah daging korban. Daging segar ni boleh simpan lama dalam peti sejuk tetapi pastikan letak dalam bekas bersesuaian.
Sebenarnya ada banyak version kalau nak buat resepi daging goreng kunyit mudah dan simple ini. Terpulang pada cara masing-masing. Apa yang penting masak guna air tangan untuk sajian keluarga
Tetapi sebelum kita masak resepi daging goreng kunyit ala Thai ke, resepi daging goreng kunyit Azie Kitchen, resepi daging kunyit Che Nom ke, resepi daging goreng kunyit Khairul Aming atau resepi daging goreng kunyit Kelantan, kena tahu tip pilih daging lembu yang segar.
Tip Pilih Daging Lembu Yang Segar
Ada cara tertentu untuk pilih daging segar jika rajin layan beli di pasar. Jangan main beli sebab takut liat dan ambik masa untuk memasaknya. Kalau ada periuk pressure cooker Noxxa tak de hal cepat je lembutnya daging berkenaan.
Sebenarnya antara daging terbaik yang berkuliti adalah dari Australia kerana dagingnya empuk dan dikatakan memang jadi pilihan rakyat Malaysia.
Artikel Lain: Resepi Asam Pedas Tetel Melaka
Ini kerana ternakan lembu Australia diberi makan rumput, bijirin, organik dan spesies baka terbaik seperti Wagyu dan Angus yang boleh dinikmati dalam daging berbeza potongan dan pelbagai gaya memasak.
1. Perhatikan Warna Daging
Daging lembu segar mempunyai warna yang gelap, Tanpa ada warna-warna pucat seperti kehijauan atau kebiruan. Daging yang tak segar mempunyai warna pucat dan selalu berwarna coklat.
2. Garisan Lemak Daging
Perhatikan urat-urat lemak pada daging tersebut. Ia mestilah berwarna putih dan kedudukan lemaknya padat. Itu adalah tanda daging yang segar dan berkualiti.
3. Tekstur Daging Yang Elastik
Cucuk daging dengan jari, kalau tinggalkan kesan mendalam dan kembali ke bentuk asal seperti span, itu tanda daging segar dan empuk apabila dimasak. Kalau keras dan kering petanda daging lama dan terbiar.
4. Perhatikan Garisan Lemak
Selain Warna dan bau, korang kena perhatikan juga urat-urat lemak pada daging berkenaan. Pastikan berwarna putih dan kedudukan lemaknya padat. Itu memberi tanda daging matig segar dan berkualiti. Dagingyang dah busuk, akan memperlihatkan garrison lemak berwarna kuning.
5. Elakkan Pilih Pek Berair
Elakkan beli pek daging (frozen) yang mengandungi jus daging kerana ia memberi petunjuk cara penyimpanan daging itu salah dan dibiarkan secara berpanjangan. Kalau bau juga tak menyenangkan jangat terus beli.
Resepi Daging Goreng Simple
Sis nak kongsi reispi yang mudah dari perkongsian Cheyah Saripuddin yang confirm sedap dan menjadi.
Resipi Daging Goreng Kunyit Mudah
Cheyah kan dah show menu penghabisan stok semalam kan kan. Inilah dia daging korban yang berbaki dalam peti ais. Cheyah buat goreng kunyit. Jom ikuti step paling ringkas goreng daging kunyit cheyah punya style
Bahan-Bahan
- 500g daging lembu (dipotong kecil)
- 1 inci kunyit hidup
- 5 ulas bawang putih
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit (jika suka)
- 1/2 biji bawang besar
- 3 biji cili padi
- 5 biji kacang buncis
- 1 cawan air putih
- Sedikit minyak masak
Cara Penyediaannya
1. Tumbukkan bawang putih dan kunyit hidup sehingga lumat. Masukkan ke dalam daging. Tambah serbuk kunyit dan air. Panaskan atas kuali.
2. Masak dengan api yang sederhana sehingga air daging tersebut kering. Bila dah kering, tambahkan garam dan minyak.
3. Boleh masukkan bahan hiasan seperti bawang, cili dan kacang buncit. Gaul sebati dan dah ready to eat!
Nota: Cheyah letak garam last sebab tak nak daging lambat masak atau liat dan terlalu masin. Jika ingin nampak hitam boleh titikkan kicap sedikit. Baru menawan gitew.
Selamat mencuba!
Kedai Tom Yam Daging Goreng Kunyit Sedap Area Shah Alam & Klang
Kalau yang malas nak masak atau tak sempat, sebenarnya banyak juga kedai atau restoran yang menyediakan daging goreng kunyit sedap. Ini antara restoran yang sis sering order kalau datang makan di sini. Kebanyakan di area Shah Alam dan Klang.
- Nasi Ayam Goreng Kunyit Mat Rock
- Restoran Din Tomyam, Kg Jawa
- Restoran Papa Tomyam, Klang
- Restoran Anis Wanis Tomyam, Jln Kebun Klang
- Restoran Jemari, Seksyen 7, Shah Alam
- Hot Pindang Kitchen, Seksyen 10 Shah Alam
- Teh Laris Cafe, Seksyen 13, Shah Alam
- Restoran Salai Salai Shah Alam
- Mohd Chan Restaurant, Seksyen 15, Shah Alam
- Yusri Tomyam, Seksyen 17, Shah Alam
Artikel Lain: Resepi Ikan Tongkol Masak Taucu, Paling Menyengat
Sedapnya kak Reen, saya memang suka masak daging goreng kelantan ni.. sebab senang nak masaknya. Makan pulak dengan nasi panas-panas.. fuh!
Sedapnya daging goreng kunyit. Teringat makan daging goreng kunyit atas PKNS.