Rahsia Hubungan Kekal Lama & Sentiasa Bahagia | Seperti biasa, semalam lewat jam 6.15 petang saya mula mengemaskan barang untuk pulang ke rumah. Walaupun waktu pulang sebenarnya jam 6.petang, tetapi saya biasanya sedikit lewat bagi mengelak terperangkap dengan kesesakan di depan pejabat merentasi dua bulatan.
Radio pilihan Hot FM menjadi teman setiap kali memandu pulang. Cukup terhibur mendengar celoteh dua DJ Hot FM, Kiran dan Ikhwan menemani saya di udara. Dan petang itu rupanya ada permintaan lagu.
Artikel Lain: Cara Pikat Hati Suami, Rahsia Kekal Bahagia
Salah satu lagu permintaan pendengar adalah ‘My Heart Will Go On’ dendangan penyanyi kesayangan saya Celine Dion. Rasa terbuai mendengar lagu itu lantas mengimbau kenangan silam saya bersama En. Abah.
Rahsia Hubungan Kekal Lama & Bahagia
Ini boleh dikatakan lagu cinta kami (cewah) yang menjadi lagu tema bagi filem terhebat TITANIC. Waktu itu memang tengah hangat bercinta dan filem TITANIC juga begitu popular di kalangan penggemar filem.
Kami juga tidak ketinggalan menontonnya (walaupun terpaksa duduk di seat depan2). Konon tak nak terlepas peluang menjadi antara penonton kepada filem termahal pernah dihasilkan pengarah James Cameron.
Sememangnya itu bukan kali pertama menonton, malah saya sanggup beli CD pirate dan menontonnya berulang kali di Desa Damai (tempat tinggal ketika di USM) bersama teman-teman, Cak dan Mek Nor.
Dan ketika filem itu kembali ditayangkan beberapa minggu lepas dan minggu ini, En. Abah mengusik, itu lagu filem cinta kita. Saya hanya tersenyum sambil memandang muka anak-anak satu persatu.
Bagi saya filem ini bagus kerana menunjukkan betapa setia dan utuhnya cinta Jack dan Rose hingga ke akhir hayat mereka. Walaupun mereka baru bertemu, namun perasaan cinta itu sukar dipisahkan. Pandangan cinta pertama boleh menjadi cinta abadi anda.
Sebenarnya bukan senang untuk mempertahankan bahtera cinta yang kita bina. Pelbagai dugaan dan rintangan perlu dihadapi.
Jika tahun pertama perkahwinan, dianggap sebagai tahun bulan madu, tetapi masuk tahun kedua, ketiga hingga kelima, mencabar hubungan anda berdua. Jadi bagaimana rahsia hubungan kekal lama dan mampu bertahan till jannah.
Artikel Lain: Turunkan Ego Kalau Nak Rumah Tangga Kekal Bahagia
Tips Dalam Perhubungan
Inilah saat getir dan berdepan dengan dugaan demi dugaan yang melanda. Sebagai suami isteri, anda perlu bijak menangani setiap permasalahan yang datang. Usah biarkan perasaan cemburu, syak wasangka atau curiga wujud dalam diri anda kerana ia bisa meruntuhkan masjid yang dibina.
Melepasi tahun ke sepuluh atau sedekad, anda suami isteri boleh berlapang dada jika masih bersama. Biasalah jika ada perang dingin atau perselisihan faham. Itu kita anggap sebagai asam garam kehidupan suami isteri.
Seperti saya dan En. Abah sudah hampir dua dekad melayari kehidupan bersama. Hubungan kami…masih seperti 16 tahun lalu. Bohong kalau kata tidak pernah gaduh, tetapi segala-galanya bisa diatasi sebaik mungkin.
Walaupun En. Abah agak tegas dan garang orangnya (terutama pada anak-anak dan saya juga), tetapi sebenarnya dia juga cukup romantis jugak orangya. Tetapi sikap saya (agak brutal sedikit) berlawanan dengannya. Namun kami cukup bahagia dan masih seperti dulu.
Sebenarnya tidak kira berapa lama tempoh anda berkahwin, setiap pasangan itu perlu tahu cara untuk mengukuhkan sesuatu hubungan. Jangan sesekali anda selitkan perasaan bosan, rimas atau tidak suka dengan pasangan. Warnailah hubungan anda dengan usikan dan belaian manja agar perasaan sayang sentiasa hangat dan membara. Inilah yang menjadi rahsia hubungan kekal lama dan bertahan walau sudah berusia.
Kalau dulu majalah Seri Dewi & KELUARGA setiap bulan turut menyediakan ruangan khusus untuk suami isteri seperti tip suami isteri dan juga tip seksologi. Anda boleh baca dan jadikan tip berguna dijadikan panduan dalam melayari kehidupan suami isteri. Kata orang bukan sahaja ikat perut suami, tetapi juga jaga hubungan di ranjang. Ia turut menjadi kunci kepada rahsia hubungan kekal lama hingga ke syurga.
Cara Sayang Pasangan & Kukuhkan Hubungan
1. Sentiasa luangkan masa bersama. Jika ada masa pergi bercuti berdua ataupun ditemani anak-anak. Mungkin ketika anak-anak mandi, anda boleh berbulan madu lagi sekali dengan pasangan.
2. Sentiasa telefon pasangan walaupun sekadar ucapan helo. Jika tidak pun hantar pesanan ringkas ataupun whatusp.
3. Jadilah pendengar yang setia. Jika dia sedang bercerita mengenai perihal opis atau apa sahaja, anda hanya perlu mendengar dan celah mana-mana yang patut. Mungkin juga dia akan minta pandangan anda atas sesuatu perkara.
4. Peluk dirinya dan salam tangan sebelum ke tempat kerja. Kata orang pelukan itu boleh menghangatkan lagi hubungan anda berdua dan menjadi pasangan yang baik. Menjadi tugas masing-masing untuk memastikan rahsia hubungan kekal lama dan sentiasa dibajai dengan bunga-bunga cinta.
5. Sediakan hidangan kegemaran. Setelah lama mengenali pasti tahu apa hidangan yang digemari. Pasti dia akan suka melihat hidangan yang digemari tersedia di meja hidangan.
6. Salah satu cara baiki hubungan dengan pasangan, cubalah sesekali buat kejutan. Misalnya pada majlis hari jadi anda menguruskan majlisnya bersama sanak saudara atau teman-teman rapatnya. Lebih elok jika kek hari jadi dibuat melalui air tangan sendiri.
7. Sering bertukar-tukar hadiah. Hadiah tidak semestinya dibeli pada hari-hari istmewa sahaja, tetapi hari biasa juga boleh. Misalnya anda belikan dia jam dan dia belikan anda kaca mata atau pewangi. Mungkin inilah juga dikatakan cara happy kan pasangan anda dengan cara tersendiri.
8. Punya minat dan hobi yang sama. Lebih mudah berkomunikasi apabila anda berdua mempunyai hobi dan minat yang sama. Misalnya mengumpul minyak wangi atau menonton filem. Anda boleh lakukannya dengan menonton bersama apabila anak-anak sudah tidur. Inilah masanya cara manja dengan boyfriend yang juga pasangan yang kita cintainya.
9. Sentiasa mendengar arahan dan hormati keluarga pasangan. Jangan lakukan sesuatu yang tidak disukai pasangan. Misalnya keluar tanpa pengetahuannya ataupun membeli barangan yang bukan menjadi kegemarannya. Hormati keluarga pasangan kerana anda bukan sahaja berkahwin dengan anaknya, tetapi juga umpama berkahwin dengan seluruh ahli keluarga. Jika anda pandai jaga diri,
nescaya akan disayangi keluarga mentua.
10. Sentiasa menjaga hubungan di ranjang. Walau penat atau tiada mood, ketepikan semua itu dan layanilah kehendak batin suami dengan senang hati. Ingat Syurga seorang isteri terletak di bawah telapak kaki suami. tidak sukar untuk mengekalkan kebahagiaan, kerana apa yang penting anda wajib menghormati suami dalam apa jua perkara.
Doa Untuk Kebahagiaan Pasangan
Sebagai orang Islam kita juga digalakkan untuk berdoa agar hubungan sentaiasa akan kekal dan bahagia hingga ke Janna. Digalakkan untuk buat setiap kali selepas solat, sama-sama sedekahkan Alfatihah buat pasangan. Doa yang boleh diamalkan adalah seperti ini untuk dijadikan amalan. Inilah juga sebahagian rahsia hubungan kekal lama till jannah.
Artikel Lain: Tips Bahagia Dengan Pasangan, Kuncinya Kena Jujur!