Cara Kira Zakat ASB 2023

Cara Kira Zakat ASB 2023 | Sebelum ini sis memang ada membuat sedikit simpanan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB). Ini sis buat melalui potongan pinjaman berjadual dengan Maybank.

Namun begitu setelah hampir dua tahun menyimpan, sis akhirnya membayar keseluruhan pinjaman berkenaan di Maybank. Malas nak ada komitment membayarnya setiap bulan.

Artikel Lain: Fesyen Baju Raya 2023 & Tip Pilih Design

Sebabnya satu je, sis malas nak bayar zakat ASB yang wajib dibayar setiap tahun. Rasanya lebih baik simpan je di Tabung Haji yang sah-sah dah kira sekali kita punya zakat. Maklumlah bila tak bayar zakat ini, rasa macam tak berkat pulak hidup.

Walau bagaimanapun, jumlah kiraan zakat yang perlu dibayar ini adalah jika simpanan kita sudah mencukupi haul dan nisabnya. Bagi ASB 2022, nisab zakat adalah RM20,361

Cara kira zakat ASB

Cara Kira Zakat ASB 2023

Ramai sebenarnya agak terkejut bila dengar dividen yang diperolehi kena bayar zakat ASB. Sebenarnya bagi anda yang sudah cukup haul dan mencapai niqab memang diwajibkan kena membayarnya untuk zakatkan jumlah simpanan anda.

Dan baru-baru ini ASB sudah memberitahu bonus dan dividen yang akan diberikan kepada pendeposit mereka tahun ini tahun 2023, iaitu sebanyak seperti dibawah. Walaupun tidak banyak tetapi dapat juga keuntungan yang memang ditunggu setiap hujung tahun. Inilah cara kira zakat ASB 2023 perlu korang tahu.

Cara kira zakat ASB

Semakan Dividen ASB 2022 beserta bonus boleh dibuat mulai 1 Januari 2023 secara online. Bagi urusan pengeluaran ASB online akan mengambil masa satu hari waktu bekerja untuk pemindahan dari akaun ASB ke akaun bank anda. Minima RM100 dan maksima pengeluaran ASB online adalah sebanyak RM2,000 dan di hadkan kepada tiga kali pengeluaran dalam tempoh sebulan sahaja.

Jangan sesekali lupa tunaikan tanggungjawab ini untuk membuat pembayaran zakat setelah mengira semua jumlah simpanan. Kemudian korang boleh bayar melalui sistem bayaran online yang ada dalam website www.zakatselangor.com.my jadi tak perlu bimbang kerana di sini disediakan kiraan dan berapa jumlah yang perlu dibayar. Inilah cara kira zakat ASB 2023 ini yang ditetapkan sebelum ini.

Artikel Lain: Cara Buka eFilling LHDN

Zakat Ke Atas Pelaburan ASB

Zakat diwajibkan ke atas pelaburan di ASB. Ini adalah bersesuaian dengan kaedah fiqh dalam ibadah zakat yang berbunyi كل مال نام فهو وعاء للزكاة yang bermaksud setiap harta yang berkembang adalah sumber untuk zakat.

Pelaburan yang dibuat di ASB, adalah bertujuan untuk mengembangkan harta dan mendapat pulangan berupa keuntungan yang diperolehi menerusi dividen, bonus dan pendapatan ASB setiap tahun.

Oleh kerana nilai unit pelaburan di ASB adalah Ringgit Malaysia, maka kadar zakatnya adalah 2.5%.

Ini berdasarkan hadith Nabi S.A.W:

“Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya lima dirham, dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu mata wang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab).

Artikel Lain: Sofea Jane Pilih Vege, Rahsia Cantik 53 Tahun

Cara Kira Zakat Simpanan ASB

Pengiraan zakat ke atas pelaburan ASNB hendaklah mengikut kaedah yang terkini, selaras dengan keputusan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor bertarikh 3 November 2020. Oleh itu, taksiran zakat terhadap pelaburan ASNB adalah diwajibkan ke atas keseluruhan aset pelaburan, dividen dan bonus sebagaimana kaedah berikut:

Cara kira zakat ASB
Cara kira zakat saham ASB: Kredit Lembaga Zakat Selangor

Kaedah Pengiraan Zakat Qada

Bagi pelabur yang ingin menunaikan qadha zakat ke atas pelaburan ASNB, ia hendaklah mengikut kaedah taksiran zakat pelaburan ASNB bagi tahun kewangan sebelum 2016 hingga 2019 iaitu mengikut kadar peratusan patuh syariah bagi tahun kewangan berkaitan sebagaimana kaedah berikut:

Ringkasan kadar pelaburan patuh syariah ASNB bagi setiap tahun kewangan adalah seperti jadual berikut:

Cara kira zakat ASB
Kredit: Lembaga Zakat Selangor

Kaedah taksiran zakat saham amanah ASNB bagi sesuatu tahun hendaklah mengikut kadar peratusan patuh syariah bagi tahun kewangan berkaitan.

Kaedah taksiran zakat saham amanah ASNB bagi tahun kewangan (t.k) 2019 adalah sebagaimana berikut :

Kredit: Lembaga Zakat Selangor

Artikel Lain: Kelebihan Guna Mae Maybank, Dapat Cashback

4 thoughts on “Cara Kira Zakat ASB 2023”

Leave a Comment

error: Content is protected !!