Resepi Asam Pedas Melaka Simple Dan Sedap Tanpa Daun Kesum

Resepi Asam Pedas Simple yang senang sangat nak buat walau korang sejenis yang malas malas. Apa resepi yang simple tapi sedap ini. Banyak sebenarnya cara buat resepi asam pedas, tetapi resepi yang sis nak kongsi ni istimewa kerana dibuat oleh anak jati Melaka.

Maklumlah Melaka memang terkenal dengan masakan resepi asam pedas. Resepi asam pedas ikan kembung, resepi asam pedas ikan tenggiri, resepi asam pedas ikan pari, resepi asam pedas jenahak, resepi asam pedas daging tetel simple, atau segala macam resepi asam pedas Melaka yang memang jadi signature dish penduduk negeri Hang Tuah ini.

Sis sebenarnya sangat jarang masak resepi asam pedas ni. Tapi dek kerana request dari anak bujang yang suruh Mama masak resepi asam pedas, jadi sis cubalah google resepi asam pedas Melaka simple mana yang paling senang nak buat.

Cari punya cari, terjumpa resepi asam pedas ikan simple Acik Naros. Dia ni dulunya rakan sekerja sis ketika kami sama-sama sebumbung cari rezeki dan belajar pengalaman hidup jadi wartawan majalah. Sis cuba buat asam pedas ikan tenggiri untuk rasa lebih ngam. Kalau tak nak boleh je buat resepi asam pedas simple ikan merah atau ikan kembung.

Baca Lain: 6 Resepi Guna Daun Kesum Paling Simple Dan Memang Sedap

Resepi asam pedas simple

Resepi Asam Pedas Tanpa Daun Kesum

Dia juga super senior belaja di Uni yang sama. Acik Naros ni memang orang jati Melaka dan dua tahun lalu dia ada share resepi asam pedas simple guna ikan tenggiri. Kiranya resepi asam pedas ikan tenggiri Acik Naros laaa.

Bila tengok bahan-bahan senang sangat nak cari dan buatnya. Semuanya bahan dapur yang memang ada di rumah, kecuali ikan Tenggiri. Tapi tak semestinya guna ikan tenggiri, apa jenis ikan pun boleh buat guna pes yang sama dikongsi. Kalau ikan tenggiri rasanya mungkin lebih sedap dan manis.

Okey, jom kita tengok resepi sama pedas simple air tangan Acik Naros yang pernah dikongsi di laman sosial Facebooknya. Siap ada gambar sebiji-biji memang mudah sangat nak follownya.

Istimewanya juga resepi asam pedas Achik Naros ini tanpa guna daun kesum, rasanya tetap Onz. Ini cara masak asam pedas simple air tangan Achik Naros kita. Resepi asam pedas Melaka ini juga dipanggil Asam Pedas Klebang.

Resepi Asam Pedas Simple Ikan Tenggiri Acik Naros

Bahan-bahan:

  • Ikan tenggiri – dipotong & dibersihkan
  • Bawang merah – ditumbuk
  • Bawang putih – ditumbuk
  • Kunyit hidup – ditumbuk
  • Belacan – ditumbuk
  • Serai – diketuk
  • Halba-
  • Daun limau purut
  • Cili kisar secukupnya
  • Air asam jawa
  • Sedikit bendi & tomato (option)
Resepi asam pedas simple
Tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan daun limau purut & serai.

Cara Membuat:

  1. Panaskan kuali/periuk dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkann serai, daun limau purut & halba. Biarkan hingga kekuningan sedikit.
  2. Masukkan cili kisar dan kacau sebati. Masak hingga cili masak dan masukkan air asam jawa secukupnya.
  3. Kemudian masukkan ikan dan tambahkan bahan perasa secukupnya.
  4. Akhir sekali masukkan bendi dan tomato. Biarkan mereneh hingga betul-betul naik minyaknya.
Resepi asam pedas simple
Masukkan air jawa dan biarkan seketika sebelum masukkan ikan.
Resepi asam pedas simple
Akhir sekali masukka bendi & biarkan hingga merenah. Siap dihidang

Tip Masak Asam Pedas:

  1. Lebih enak pilih ikan tenggiri yang segar dan potong ikut kesesuaian. Rasa ikan tenggiri lebih manis berbanding ikan lain.
  2. Seeloknya bahan ditumbuk bukan kisar kerana mahukan tekstur yang sedikit kasar untuk menumisnya.
  3. Bagi resepi asam pedas simple Acik Naros dia menggunakan halba sebagai penambah perisa asam pedas ini. Tiada penggunaan daun kesum sebaliknya guna daun limau purut. Kiranya resepi asam pedas tanpa daun kesum la.
  4. Pastikan kuali betul-betul panas barulah ditumis bahan kisar berkenaan. Pastikan juga cili sudah pecah minyak barulah dimasukkan bahan lain.
  5. Jangan masak terlalu lama bendi atau sayur terlalu lama nanti lembik dalam kuah asam pedas.
  6. Lawan untuk makan dengan resepi asam pedas simple ini adalah telur dadar, sayur kobis goreng dan juga ulam-ulaman.

Selain resepi masak asam pedas simple ini, korang juga boleh try resepi asam pedas yang disediakan oleh Chef selebriti Che Nom. Mesti ramai yang mahu mencuba resepi asam pedas Che Nom kerana bahan dan cara membuat lebih kurang sama macam resepi asam pedas simple sedap Acik Naros.

Atau boleh juga try resepi asam pedas tenggiri lain air tangan blogger Cikza.com yang juga mudah untuk korang buat di rumah. Hanya gunakan ikan tenggiri untuk rasa lebih sedap dan padu.

Resepi Asam Pedas Tenggiri Istimewa Che Nom

Bahan Untuk Asam Pedas:

  • 4 keping hirisan ikan tenggiri
  • 5-8 biji kacang bendi
  • 1 biji tomato, dibelah 4
  • Secekak daun kesum atau daun laksa
  • 1 mangkuk kecil air asam jawa
  • 1 kuntum bunga kantan, dibelah

Bahan untuk kisar halus:

  • 10-15 biji cili kering, dibuang biji dan rebus ATAU 1 senduk cili kisar
  • 6 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 batang serai,hiris nipis ambil bahagian lembut
  • 2 biji buah keras, optional
  • 1 sudu besar belacan, dibakar
  • 1 sudu kecil lada hitam

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan 1 senduk minyak dan tumis bahan kisar halus di atas api perlahan sehingga masak dan pecah minyak. Kalau minyak kurang tambahkan lagi supaya bahan kisar betul-betul masak. Minyak haruslah pecah terasing dari cili dan itu menandakan rempah masak elok.
  2. Masukan ikan dan air asam jawa. Masak seketika sehingga ikan separuh masak dan kemudia tambah sedikit air. Jangan terlalu banyak nanti kuah cair.
  3. Masukkan bunga kantan dan daun kesum. Masak lagi sehingga mendidih. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  4. Masukkan kacang bendi dan kemudian diikuti tomato pada saat terakhir sebelum angkat.

Port Best Resepi Asam Pedas Melaka

Tak kisah resepi mana yang korang guna, janji menu utama adalah asam pedas. Dan kalau datang Melaka, ada beberapa restoran asam pedas yang korang patut cuba masakanya.

Antara yang popular adalah Asam Pedas Lot 35, Asam Pedas Station, Restoran Selera Hang Tuah, Asam Pedas Selera Kampung, Asam Pedas Pak Man, AsamPedas Claypot & Asam Pedas Pasar Borong.

Banyak lagi sebenarnya asam pedas sedap di Melaka, terpulang pada citarasa masing-masing. Tapi kalau tanya orang Melaka, diorang masak sendiri asam pedas lebih sedap.

Oh ye, untuk yang suka masak lemak, boleh juga cuba pelbagai resepi sayur masak lemak yang sedap dan simple cara buatnya. Lawankan dengan ayam goreng dan sambal belacan memang terangkat selera.

Layari page sitizurinamatsaman.com untuk lebih info

3 thoughts on “Resepi Asam Pedas Melaka Simple Dan Sedap Tanpa Daun Kesum”

Leave a Comment

error: Content is protected !!