AJL 35, OOTD Nabila Razali Paling Cantik

AJL 35, menyaksikan OOTD Nabila Razali yang sangat cantik. Memilih persalinan warna putih sangat onzz dengan persembahannya di pentas berprestij.

Bukan saja baju, sentuhan mekap oleh MUA Ramzamode untuk penyanyi Peluang Kedua ini juga sangat on point. 

Kena dengan wajah Nabila yang bersaiz lebar, sekaligus menampakkan sisi kurus pada wajahnya.

Memilih menggayakan dress rona putih rekaan pereka terkenal Nurita Harith mengikut potongan badan dengan eleman puff di lengan dan taburan manik menyerlahkan lagi busana digayakan.

AJL 35, Gaya Memukau Nabila Razali

AJL 35

Malah padanan hijab rona senada menyempurnakan penampilan Nabila Razali yang kelihatan sangat suci dan telus menyanyikan lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong ini.

Berada di pentas AJL buat pertama kali memang membuatkan gadis ini kelihatan agak gemuruh mendendangkan lagi yang sangat indah di dengar di halwa telinga.

Biarpun ada sedikit terkucil, namun semua kekurangan itu ditutupi dengan penampilan yang sangat cantik dan mengagumkan daripadanya.

Bukan saja mendapat pujian warganet, ramai selebriti turut memuji OOTD Nabila Razali yang cantik. Antaranya adalah Mira Filzah.

all 35

Ternyata penyanyi ini sedaya upaya mempersembahkan lagu ini dengan caranya yang tersendiri. 

Sebelum ini ramai yang mengecam Nabila kerana dikatakan tidak dapat membawakan lagu ini dengan baik.

Apa pun tanggaan dan kecaman warganet, pemyanyi mesra di panggil Bella ini tétap bersemangat dan mencuba menyampaikan lagu ini dengan penuh penghayatan.

Bait-bait lagu yang keluar dari mulutnya sangat memberi kesan mendalam pada sesiapa yang mendengarnya. Sis juga turut merasai dari lubuk jiwa yang dalam.

OOTD Yang Perfect

Seperti kisah OOTD Nabila yang begitu tersusun cantik, perfect dengan mekap yang flawless. 

Tahniah untuk Nabila walaupun tak menang, tetapi dia tetap juara di mata kita dengan gaya cukup memukau.

ajl 35

Keputusan AJL malam tadi menyaksikan lagu Gila dendangan Kaka Azraff, Loca B dan Noki diumumkan sebagai juara AJL ke 35 yang disiarkan secara langsung TV3 dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini, malam tadi.

Kemenangan lagu ciptaan Ezra Kong, Noki dan Loca B itu melayakkan mereka membawa pulang trofi dan wang tunai RM50,000.

Naib juara AJL35 menjadi milik lagu Semalam nyanyian dan ciptaan Aina Abdul menyaksikannya membawa pulang trofi dan wang tunai RM35,000.

Menduduki tempat ketiga pula lagu Belenggu Rindu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong nyanyian Datuk Jamal Abdillah dan Wany Hasrita. Kemenangan itu melayakkan mereka memenangi trofi dan wang tunai RM20,000.

Suara penuh emosi Ernie Zakri mendendangkan lagu Gundah ciptaannya dan Sharon Paul membawa tuah apabila diumumkan pemenang trofi Vokal Terbaik dengan membawa pulang trofi dan wang tunai RM12,000.

Seterusnya, kategori Persembahan Terbaik pula menerima trofi dan wang tunai RM12,000 serta baucar McDonald’s Malaysia selama setahun menjadi milik Zizi Kirana menerusi lagu Eh.

ajl 35
Gila, juara AJL 35

Baca Juga: ‘TheNoor’ Aplikasi Islamik Terbaru, Kini Boleh Download!

2 thoughts on “AJL 35, OOTD Nabila Razali Paling Cantik”

Leave a Comment

error: Content is protected !!