Resepi Ikan Tongkol Masak Taucu paling menyengat bila dapat makan dengan nasi panas. Lagi-lagi guna jenama taucu Opah Nur, jenama taucu sangat popular di Perak.
Masakan ini antara sajian paling senang dan membuka selera. Bak kata orang paling menyengat apabila perut lapar dan tiada selera nak makan apa. Tak kisah masak apa jenis ikan asalkan namanya adalah masak taucu atau tauco. Mana-mana pun boleh pakai.
Ikan Masak Taucu Simple
Artikel Lain: Resepi Siakap 3 Rasa, Ini Rahsianya Sedap & Mudah
Sebelum ini sis biasa masak taucu guna jenama macam Tamin atau Jalen. Macam biasa rasa sedap dan kena dengan tekak. Tapi rupanya kalau nak rasa lebih menyengat masaklah guna Taucu Opah Nur.
Sis perasan seorang teman Sis Maizan ada beli so bila dia balik Tapah kirimlah. Katanya kat Tapah glamer jenama ini untuk masakan ini. Alang-alang balik kampung sis pun kirim sebekas. Tak cuba tak tahu kan.
Resepi Ikan Tongkol
Bila pertama kali masak, memang rasanya lebih sedap. Tak masin sangat dan just nice. Tak kisah ikan apa terpulang pada selera masing-masing. Dan baru-baru ni sis ada lihat satu resipi menggunakan ikan tongkol.
Jadi sis pun cuba resepi masak taucu ikan tongkol. Ramai yang tak gemar ikan ini sebab tekstur keras untuk masak sambal atau goreng. Ikan ini selalunya digunakan untuk masak Nasi Dagang.
Jangan terkejut jika ikan tongkol di sana sangat besar berganda-ganda dari kita biasa lihat di pasar sekitar Lembah Klang. Juga disebut ‘ikan aya’ ini memang sangat sedap dibuat kuah Nasi Dagang.
Okey berbalik pada resepi masak taucu tadi, memang gam rupanya ikan ini bila dijadikan hidangan taucu. Macam kena sangat ikan ini dengan jenama Opah Nur Taucu ini.
Baca Juga: Resipi Goreng Lala Berlada, Rasa Macam Di Kedai
Kalau tak percaya cubalah masak dan rasai sendiri keenakan. Pasti korang akan repeat lagi memasaknya terutama pada bulan puasa nanti. Hidangan simple ini tak perlu banyak bahan, paling penting kena ada taucu.
Atau jika korang kalau nak cuba kelainan pada resepi ikan tongkol boleh juga cuba resipi ikan tongkol masak kicap atau resipi ikan tongkol masak sambal. Yang penting dimakan bersama nasi panas.
Yang tak suka ikan tongkol, korang boleh je cuba masak resepi Sotong Masak Kicap yang juga gerenti sedap. Kalau tak percaya boleh cuba resepi yang jadi kegemaran anak-anak kerana tak pedas.
Resepi Ikan Tongkol Masak Taucu
Bahan-bahan:
- Ikan tongkol – dipotong beberapa bahagian
- Bawang besar seulas – hiris
- Bawang putih 3 biji – hiris
- Cili hijau / merah – belah besar
- Sebatang serai – diketuk
- Tomato – dipotong empat
- Opah Nur Taucu
Cara Membuat:
- Ikan dilumur dengan kunyit dan garam. Goreng garing. Ketepikan seketika.
- Tumis bahan hiris dan biarkan naik bau. Tumis sekali dengan serai yag diketuk.
- Masukkan Opah Tauchu (tak kisah berapa banyak, bergantung pada citarasa masing-masing).
- Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih seketika.
- Masukkan ikan yang digoreng tadi, tomato, cili dihiris besar tadi dan biarkan mereneh.
- Apabila sudah masak, boleh diangkat & dihidangkan. Nak sedap renehkan sehingga naik minyak pada api sederhana.
Petua Tambahan Resepi Ikan Tongkol Masak Tauco
- Ikan mesti goreng garing.
- Serai diketuk dulu sebelum dimasukkan dalam tumisan.
- Lebih senang letak lebih sudu opah taucu.
- Letakkan sedikit garam saja atau kalau tak suka masin tak payah lewak garam.
- Tak perlu letak asam keping kerana taucu sudah ada rasa masam/masinnya.
- Selain tomato, ada juga yang letakkan timun atau belimbing buluh.
- Kalau ada jenama taucu lain pun ok, tapi yang ini lebih ngam.
Resepi Ikan Masak Taucu Shiela Rusly
Sebenarnya ada banyak juga resepi lain cara masak guna taucu ini. Yang paling viral dan popular adalah resepi ikan ayam masak taucu Sheila Rusly.
Masih menggunakan beberapa bahan yang sama tetapi ada sedikit kelainan. Ini kerana dia menggabungkan dua bahan utama dalam satu resepi. Kalau korang nak cuba boleh la masak guna resepi di bawah ini.
Bahan-bahan:
- Ikan Ayam – digoreng
- Bawang merah
- Bawang putih
- Halia
- Pes taucu
- Sedikit air
- Asam keping
- Timun
- Serbuk perasa
- Cili Padi
- Sedikit gula & minyak masak
Cara Membuat:
- Panasakan minyak dalam kuali dan masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang dikisar tumis sehingga naik bau.
- Masukkan 2 sudu pes taucu, tumis seketika dan masukkan segelas air.
- Masukkan asam keping da timun
- Masukkan serbuk perasan dan sedikit gula.
- Masukkan cili padi, dan ayam ikan yang telah digoreng serta bahan sampingan lain.
Resepi Gulai Ikan Tongkol Azie Kitchen
Atau yang nak try masak ikan tongkal cara lain pun boleh jugak. Antara resepi paling popular adalah resepi gulai ikan tongkol stail Kelantan yang sedap dimakan bersama nasi panas, sambal dan juga ulaman timun. Di sini sis kongsi resepi ikan tongkol gulai stail Kelantan dari Azie Kitchen.
Bahan Bahan:
- Ikan (direbus dg garam dan asam keping)
- 7 – 8 tangkai cili kering
- 4 ulas bawang merah
- 4 hiris lengkuas
- 1 inci kunyit hidup
- 1 sudu kecil rempah biji ketumbar
- 1/2 keping asam keping
- Garam dan gula
- Santan secukupnya
- Timun, kacang panjang atau cili hijau Kelantan (jika suka)
Cara Membuat Resepi Gulai Ikan Tongkol Azie Kitchen:
- Rebus ikan direbus dengan air, asam keping dan garam.
- Blend semua bahan di atas dan masukkan dalam santan dan dimasak dengan api kecil hingga menggelegak. Perlu dikacau selalu.
- Kemudian masukkan ikan rebus, asam keping, garam dan sedikit gula. Masak hingga pecah minyak.
- Jika suka boleh dimasukkan timun yang dihiris, cili hijau Kelantan dan juga kacang panjang yang dipotong.
Artikel Lain: Ikan Tenggiri Masak Taucu, Simple