Mee Sup Bebola Tenggiri bukan sekadar mee sup biasa. Malah hidangan ini memang jadi kegemaran keluarga sis. Terutama sekali En Abah. Kalau lama tak buat, boleh buat ketagih minta buatkan resepi ni.
Sebenarnya bukan sis malas nak buat, tetapi bahan-bahanya agak renyah. Sebabnya bebola itu kita kena buat sendiri dari ikan tenggiri. Bukan main pakai beli bebola yang macam-macam brand dijual tu.
Artikel Lain: Resepi Carbonara Asli Spaghetti, Rasa Memang Power
Sebenarnya resipi ini sis belajar dari emak mentua. Ini antara resipi sis sempat belajar darinya selain Mi Kari Sempoi (next entri la) disebabkan En Abah punya feveret.
Guna Isi Tenggiri
Nak membuatnya memang kacang je, tapi penyediakan bahan buat sis kadang-kadang buat kadangkan tak. Lagi satu resipi ini perlu dibuat dan dihidangkan dengan dua lagi bahan lain. Kata orang baru kena guuuuu nyer.
Paling penting dalam menyediakan resipi Sup bebola ikan tenggiri ini adalah mesti ada isi ikan tenggiri yang fresh dan mi lidi. Mi lidi yang sesuai hanya boleh dibeli di Pantai Timur jenama ini. Jenama lain tak sedap dan tak jadi.
Ikan tenggiri pula tak perlu perlu seekor, cukup dua atau tiga potong je. Dan bahan lain yang perlu ada adalah lada hitam. Inilah rahsia sebenar kesedapan Mi Sup Bebola Tenggiri ni
Okey, sis share resepi mudah yang bukan saja sedap tetapi berkhasiat.
Mee Sup Bebola Tenggiri
Bahan-Bahan:
- Ikan tenggiri
- Bawang merah – dua ulas – tumbuk kasar
- Bawang putih – 2 ulas – tumbuk kasar
- Lada hitam – tumbuk kasar
- Sayuran (sawi & tauge)
- Mi lidi – Bahan Wajib Ada
- Sedikit minyak
- Sedikit air
- Bahan perasa secukupnya
Cara Membuatnya:
- Ambil isi ikan tenggiri dan tumbuk dengan sedikit garam & lada hitam. Buatkan bentuk bulat-bulat seperti bebola.
- Panaskan minyak, tumis bahan yang ditumbuk kasar hingga naik bau. Masukkan air secukupnya.
- Biarkan mendidih dan masukkan bebola tadi. Masukkan sayuran dan bahan perisa secukup.
- Akhir sekali masukkan mi lidi yang dipatahkan dua & kacau seketika. Kemudian tutup dan mi lidi akan mengembang elok sebelum di makan.
Lawannya Dengan Ikan Goreng
P/S: Untuk melengkapkan sajian ini, sis kena sediakan sekali sambal belacan dan ikan goreng. Tak kisah ikan apa janji sedap. Sis suka goreng ikan selayang atau ikan selar kuning.
Makan untuk tengah hari memang akan bertambah-tambah. Untuk lebih best dan pelengkap hidangan, sajikan dengan ayam masak merah bagi yang tak gemar makan ikan.
Seperti anak nombor dua sis, Syed Adam Hakimi yang tak boleh makan selain hidangan ayam. Tak kisah ayam goreng, masak sambal, masak lemak janji menu kena ada ayam.
Pernah sis cakap, ‘rugi la tak makan ikan’, sebab sumber protein ini sangat sedap (jika kena cara masakannya) dan menyihatkan. Dia boleh makan ikan, cuma ikan besar seperti siakap kalau dibuat masak tiga rasa.
Resepi Tenggiri Masak Cuka Azie Kitchen
Ada juga perkongsian resepi lain dari ikan tenggiri yang kaya dengan khasiat tersendiri. Selain dibuat sup, goreng atau resepi ikan tenggiri masak cuka atau asam yang juga mengundang selera tersendiri.
Bahan bahan:
- 2 keping ikan tenggiri – lumur garam kunyit
- 1 – 1 1/2 sudu besar cuka
- 1 sudu kecil biji sawi
- Garam
- Gula
- Sedikit serbuk kunyit – opsyenal
Bahan Hiris:
- 3 ulas bawang putih
- 2 cm halia
- 1 biji cili merah dan cili hijau
- 1 labu bawang besar – potong bulat
Cara Membuat:
- Goreng ikan garing dan ketepikan seketika.
- Kemudian panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan hiris hingga naik baul.
- Masukkan air secukupnya. Masak sehingga mendidih. Jika tidak mahu terlalu berkuah masukkan sedikit saja air.
- Masukkan cuka, garam dan gula secukupnya. Akhir sekali, masukkan ikan goreng tadi dan biar mendidih sebentar. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Artikel Lain: Resepi Carbonara Asli Spaghetti, Rasa Memang Power