Bagi yang ingin mengenali dengan lebih dekat keperibadian pendakwah Ustaz Don Daniyal, ini biodata dan trivia menarik mengenai dirinya. Ramai menggelarnya Ustaz Selebriti disebabkan perwatakannya yang lebih simple dengan cara pemakaian sesuai dengan usianya yang masih muda.
Ustaz Don Daniyal atau lebih dikenali dengan nama Ustaz Don dilahirkan pada 14 November 1984 dan merupakan seorang penceramah bebas, pengacara televisyen dan juga seorang pensyarah di sebuah pusat pengajian tinggi. Sangat terkenal dengan rancangan keagamaan beliau yang kebanyakan disiarkan di stesen TV AlHijrah dan Astro Oasis.
Biodata Ustaz Don Daniyal
- Nama Penuh: Don Daniyal Don Bijayid
- Nama Komersial: Ustaz Don Daniyal
- Tarikh Lahir: 14 November 1984
- Umur:
- Asal: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
- Keluarga: Anak Kedua Dari Empat Adik Beradik
- Status: Berkahwin
- Nama Isteri: Dr Husna Zahry Rafie
- Anak-Anak: 4 Orang
- Nama Anak: Don Mustofa (2014(, Don Ibrohim (2016), Don Sulaiman (2019) & Don Yunos (2021)
- Kerjaya: Pendakwah Bebas, Pensyarah & Usahawan
- Agama: Islam
- Bangsa: Melayu
- Warganegara: Malaysia
- Rancangan TV: 30 Minit Bersama Ustaz Don, Suara Hati, Muhasabah Diri, Assalamualaikum dan Ihya Ramadan
- Selain bergelar Ustaz Selebriti, beliau juga bergelar usahawan apabila membuat restoran Smoked Kingdom yang telah mempunyai 3 cawangan di Shah Alam, Putrajaya dan Wangsa 118.

Baca Juga: Smoked Kingdom by Don Daniyal Perkenal Menu ‘Kepak Ayam’ Rai Ulang Tahun Ke 3
Trivia Menarik Ustaz Don
- Dilahirkan di Hospital Besar Bukit Mertajam dan mendapat pendidikan awal di Tadika Masriyah Bukit Mertajam. Kemudian menyambung pelajaran ke sekolah menengah kebangsaan (A) Bibong Tebal pada 1997-2001. Tamat sekolah menengah Ustaz Don melanjutkan pengajian di peringkat Diploma di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Pulau Pinang.
- Kemudian meneruskan pengajian di Mesir dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir
- Berkahwin dengan pilihan hatinya Dr Husna Zahry Rafie pada 2012 dan dikurniakan 4 orang cahayamata lelaki.
- Berjinak-jinak dengan dunia penulisan dengan menghasilkan buku tulisan sendiri bergenre Islamik iaitu Syariat Itu Mudah, Kahwin Itu Indah dan Solat & Selawat.
Baca Juga: Persiapan Tunai Umrah Dan Haji Di Mekah. Ini 20 Checklist Barangan Wajib Ada Setiap Jemaah
Hafal Quran Selepas Taman SPM
- Mula menghafal al-Quan selepas tamat SPM lagi
- Ketika zaman sekolah sangat aktif dalam pidato. Pernah jadi judar Pertandingan Bahas al-Quran Ala Parlimen pada 2002 dan dianugerahkan Pendebat Terbaik oleh Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir, Duta Malaysia ke Kaherah pada 2007.
- Selepas tamat pengajian di Mesir, beliau menganggur selama 6 bulan pada 2008. Waktu inilah membuka Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) di surau di kampung halamannya untuk membantu penduduk setempat tentang asas pendidikan Islam.

Amalan Ustaz Don
- Surah yang sering dibacanya adalah Surah Al-Kahfi
- Sangat mengkagumi pendakwah dan salah seorang Datuk Dr Haron Din
- Sejak dulu memasang niat lika menjadi bapa satu hari nanti, mahu mendidik anak seperti Rasulullah SAW walaupun mustahil, tetapi berharap dapat menjadi ayah yang baik seperti ayahnya.
- Seorang yang juga bijak bergaya dan gemar sekali memakai topi dan kacamata. Paling suka jenama Rayban.
- Ustaz Don juga meminati muzik dan kumpulan discutai Linkin Park. Menurutnya sebahagian lirik kumpulan itu yang dibacanya tidak keterlaluan dan ada yang berunsur kehidupan dan kemanusiaan.
Kontroversi Ustaz Don
Pernah terpalit dengan kontroversi berkaitan isu yang sedang hangat diperkatakan di media sosial beberapa tahun lalu. Pelakon Wardina Saffiyah menerusi akaun Facebooknya, telah menyeru para alim ulamak di Malaysia untuk menyemak kata-kata penceramah terkenal, Ustaz Don Daniyal yang didakwanya mengandungi cerita mistik tidak berpandukan Al-Quran dan Sunnah.
“Saya bukanlah orang alim. Namum saya menyeru kepada para ulama’..ustaz.. mufti supaya menyemak kembali apa yang diperkatakan oleh Don Daniyal. Minta berdiskusi bersama beliau. Saya risau jika masyarakat kita disogokkan dengan sumber cerita tanpa rujukan. Saya risau ketaksuban kita pada cerita mistik. Agama Islam sudah cukup dengan Quran dan Sunnah… It is an amazing mukjizat on its own. We don’t need anything more to strengthen our faith. Our faith is strong with the Quran. Saya pohon pada pihak TV Al HIjrah supaya menyemak balik content Ustaz Don. Sudah beberapa kali saya terdengar perkara dan peyampaian yang tidak sahih darinya. Saya sayangkan Ustaz Don dan mereka yang cintakan agama. Namun agama ini perlu hujjah dan dalil, perlu disiplin. Agama Islam bukan agama mistik. Ianya berpadukan dalil Quran dan Sunnah. Wallahualam.“
Namun Ustaz Don sudah menjelaskan dengan meminta pihak yang menuduhnya sampaikan ceramah menggunakan hadis palsu agar menyelidik terlebih dahulu dakwaan sebelum membuat sebarang tuduhan. Malah tidak adil dirinya dinilai berdasarkan sebuah video yang telah diedit daripada ceramahnya terdahulu bagi digunakan untuk memfitnahnya.

Baca Juga: Cara Solat Hajat Ringkas Sekali Doa : Panduan Pertama Kali Buat